cara melukis orang

Cara Melukis Orang Perempuan

Nak belajar cara melukis orang? Di dalam artikel ini kami kongsikan step by step cara melukis yang mudah. Melukis adalah salah satu hobi yang popular dalam kalangan kanak-kanak hinggalah remaja. Untuk menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas memerlukan kemahiran dan skil yang cekap.

Seperti juga hobi lain, melukis juga memerlukan latihan agar tangan menjadi seragam dengan corak dan bentuk lukisan. Seorang pelukis perlu menghabiskan masa yang lama untuk berjaya menjadi seorang pelukis profesional. Bakat ini perlu digilap setiap hari hinggalah anda mahir dalam bab lukisan.

Cara Melukis Orang Perempuan

Untuk melukis orang perempuan, anda perlulah mempunyai skill dan kemahiran untuk menghasilkan bentuk kartun perempuan. Kemahiran ini perlu digilap setiap hari dengan cara melukis yang betul dan tersusun. Berikut adalah salah satu cara untuk melukis orang perempuan.

Melukis kartun kanak-kanak perempuan comel

Berikut adalah salah satu cara untuk melukis kanak-kanak perempuan versi kartun, lukisan ini bertemakan comel dan cute. Ia hanya memerlukan gabungan beberapa bentuk sehinggalah menjadi seorang kartun yang perempuan comel. Berikut adalah langkah demi langkah untuk melukisnya.

Lukis kepada dahulu

Mulakan dengan melukis bentuk bulat untuk kepala dahulu

cara melukis orang
Bentukkan bentuk telinga dan rambut hadapan

Pada bahagian atas bulatan, gariskan garisan zig zag dan lukiskan dua belah telinga

Lukiskan mata dan senyuman

Letakkan bulatan hitam beserta sedikit bulatan putih di dalamnya, masukkan unsur bulu kening dan juga garisan berbentuk senyuman.

Lukiskan ponytail untuk rambut

Masukkan bentuk rambut yang diikat di atas kepala, pada ketika ini lukisan anda telah menjadi seakan bentuk kanak-kanak perempuan.

Lukiskan baju

Untuk lukisan baju, buat dua garis ke bawah secara membuka, dan sambungan secara semi bulatan titik hujung hinggalah menjadi bentuk baju.

Lukiskan bentuk tangan

Pada sebelah baju tadi, gariskan bulatan memanjang sehinggalah menjadi bentuk tangan.

cara melukis orang
Lukiskan bentuk kaki

Sama juga bentuk bulatan memanjang tadi, lukiskan di bawah baju untuk membentuk kaki.

cara melukis orang
Bentukkan kasut

Pada hujung kaki tadi, anda cuma perlu masukkan garisan memanjang untuk kelihatan seperti kanak-kanak memakai kasut. 

cara melukis orang
Warnakan lukisan

Pada tahap ini, anda hanya perlu siapkan lukisan dengan memberikan warna pada kartun anda. Maka siaplah kartun kanak-kanak perempuan comel. 

cara melukis orang

Melukis kartun perempuan

Berikut adalah langkah demi langkah melukis gambar kanak-kanak perempuan untuk rujukan anda. Berbeza dengan kartun kanak-kanak, kartun perempuan ini lebih dewasa dan mempunyai bentuk yang sedikit realistik.

Bentukkan kepala

Mulakan dengan melukis bentuk kepala, untuk bentuk realistik anda perlu membuat garisan seasan sama dengan bentuk wajah manusia. Lukis garisan pangkah pada tengah-tengah muka.

Bentukkan garisan rambut

Mula melukis rambut dengan membina garisan rambut di hadapan muka kartun. Garisan ini adalah bentuk awal rambut kanak-kanak perempuan.

Lukis keseluruhan rambut

Mula melukis keseluruhan rambut, anda boleh tentukan samada kartun ini berambut panjang atau sederhana sahaja.

Lukis mata

Gunakan garisan pangkah yang dibuat awal tadi untuk membentuk mata, lakukan pada garisan mendatar kiri dan kanan wajah.

Lukis hidung

Pada titik tengah garisan pangkah tadi, lukiskan hidung, hidung hendaklah berada di tengah-tengah antara kedua-dua mata kartun.

cara melukis orang
Lukis kening

Untuk melengkapkan bentuk mata, anda mesti melukis bentuk bulu kening di atas bentuk mata. 

cara melukis orang
Lukis mulut

Pada garisan pangkah di bawah, bentukkan mulut untuk melengkapkan wajah, anda boleh lukis bibir sedikit lentik untuk membentuk bibir seorang wanita.

cara melukis orang
Lukiskan anak mata

Bentukkan anak mata dengan bulatan hitam di dalam mata, memandangakan kartun ini mempunyai mata yang besar, maka bola mata hendaklah dilukis dengan bulatan yang besar.

Masukkan pencahayaan anak mata.

Untuk nampak lebih realistik, anda boleh masukkan unsur pencahayaan pada anak mata kartun perempuan ini, ini menjadikan ia lebih realistik dan cantik.

cara melukis orang
Lukiskan bahu

Sebelum melukis hujung rambut, anda perlu terlebih dahulu melukis baju kartun ini, bentukkan bahu hinggalah menjadi seperti badan seorang kanak-kanak dewasa.

cara melukis orang
Lukis rambut selebihnya

Lukis dan siapkan rambut kartun ini, anda boleh membentuk rambut seperti mengurai.

cara melukis orang
Hapus garisan pada wajah

Selepas selesai melukis bahagian muka, anda mesti padamkan semua garisan pangkah pada muka. Harisan ini hanya untuk rujukan sahaja. Dan siap!

cara melukis orang

Kredit howtodraweasy

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Link barangan melukis di Shopee

Pensel Lukisan : https://shope.ee/3ATduUmJfc

kertas lukisan : https://shope.ee/8p80ew8TTc

 

Akhir Kata

Melukis adalah hobi yang seronok dan boleh dijadikan sebagai skil pada seseorang individu. Untuk lebih mahir, anda mestilah membuat banyak kali latihan dan melukis agar tangan anda mahir dengan bentuk serta lukisan yang anda minati. Baca juga artikel cara kira peratus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top