format buku skrap

Format Buku Skrap Terkini

Membuat format buku skrap adalah antara aktiviti yang sinonim dalam kalangan para pelajar baik pelajar sekolah rendah mahupun pelajar sekolah menengah. Buku skrap bermaksud buku yang diperbuat daripada kertas kosong untuk menyimpan satu – satu perkara seperti lukisan, gambar, info-info, dan sebagainya.  

Terdapat banyak jenis versi buku skrap bergantung kepada tujuan dan isi kandungan buku skrap itu sendiri. Bagi para pelajar buku ini biasanya dibuat untuk tujuan tugasan pelajaran di sekolah, di dalam artikel ini kami kongsikan perkara asas dalam cara membuat buku skrap kreatif sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang diperlukan.

Kebaikan Membuat Buku Skrap Pada Kanak-kanak

Kebaikan dalam aktiviti membuat buku skrap ini adalah menjadikan sel otak kanak-kanak berhubung dan menjadi lebih kreatif. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa di eropah menjadikan aktiviti membuat buku skrap ini sebagai aktiviti yang biasa dalam kalangan anak-anak kecil. Bukan sahaja di sekolah, aktiviti membuat buku ini boleh juga dijadikan sebagai aktiviti semasa di rumah. 

format buku skrap

Sediakan Barang Keperluan Untuk Membuat Buku Skrap

Untuk memulakan aktiviti membuat buku skrap, anda harus menyediakan terlebih dahulu beberapa alatan yang perlu untuk membuat buku ini, antaranya adalah: 

  • Kertas skrap
  • Gunting
  • Gam kertas
  • Pen pelbagai warna
  • Hiasan  – hiasan lain, seperti butang, ribbon, atau frame

Dalam menyediakan alatan ini, anda haruslah memastikan bahawa alatan yang digunakan adalah sesuai dengan pengguna. Contohnya, jika untuk kanak-kanak pastikan anda menyediakan alatan yang selamat untuk digunakan, pastikan gunting yang disediakan adalah gunting yang mesra kanak-kanak bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

Cari Tema Buku Skrap Kreatif Online

Sebelum memulakan aktiviti sudah semestinya anda perlu menentukan dahulu tajuk format buku skrap anda. Pastikan anda memilih tajuk yang jelas dan mudah untuk mendapatkan info berkenaan tajuk tersebut. Bagi para pelajar kebiasaannya tajuk buku ini adalah berdasarkan pelajaran dalam buku text sekolah masing-masing. Bagi kanak-kanak pula, anda boleh mencadangkan beberapa tajuk yang sesuai dengan umur mereka, contohnya tajuk berkenaan gambar-gambar keluarga, gambar makanan kegemaran, mahupun hobi kegemaran.  

Jika anda sukar untuk memilih tajuk buku skrap anda, aku juga boleh melakukan carian secara online. Anda boleh lakukan carian di google berkenaan idea-idea yang membuat buku skrap, ini menjadikan proses mencari tajuk anda lebih mudah dan cepat.

format buku skrap

Senaraikan Isi Kandungan Tajuk

Selepas memilih tajuk yang sesuai, anda haruslah mencari info-info lanjutan yang berkaitan dengan tajuk utama. Dalam membuat buku skrap, anda tidak harus membuat buku skrap terlalu tebal, pastikan buku skrap anda ringkas dan padat dengan kandungan yang berkaitan. Bilangan muka surat yang ideal adalah dalam 10 ke 20 muka surat sahaja, walaubagaimanapun ia bergantung dengan isi tajuk masing-masing. 

Dalam isi kandungan buku anda, anda boleh variasikan kandungan agar buku skrap lebih cantik dan kemas. Antaranya anda boleh campurkan beberapa gambar, tulisan dan hiasan bagi memastikan buku anda seronok untuk dibaca.

Pilih Gambar & Text Yang Berkaitan

Selepas anda senaraikan isi kandungan buku skrap anda, anda boleh mula untuk mencari bahan untuk kandungan. Pastikan anda variasikan campuran gambar dan tulisan (text), tapi pastikan text anda tidak terlalu panjang. Anda boleh letakkan text yang tepat dan berkaitan dengan gambar-gambar buku skrap anda. Untuk lebih baik, anda boleh banyakkan gambar yang beserta tulisan pada gambar sahaja untuk buku skrap anda, ini menjadikan buku anda kemas tanpa text yang banyak

Susun Dan Gam Gambar Buku Skrap Anda

Seterusnya, anda boleh mula untuk proses tampal dan gam semua bahan-bahan tadi hinggalah menjadi buku skrap anda yang terbaik. Proses tampal bahan-bahan ini haruslah dibuat dengan kemas dan teratur, anda juga boleh jadikan contoh-contoh buku skrap yang terdapat di luar sana sebagai rujukan untuk aturan buku anda. 

Pastikan anda memilih kertas buku skrap yang sesuai dengan tema tajuk anda. Selain itu, pastikan juga kertas skrap yang anda gunakan adalah kertas yang berkualiti dan tahan lama. Dengan menggunakan kertas yang berkualiti ini menjadi buku skrap anda boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.  

Jika anda mempunyai hiasan seperti butang, bunga, atau sebagainya, anda juga boleh letak kan di dalam buku anda. Namun, seperti biasa pastikan hiasan anda adalah sesuai dengan tema anda dan elakkan hiasan yang berlebihan.

format buku skrap

Buku Skrap Online Canva

Mungkin ramai yang belum tahu bahaya terdapat tool untuk membuat buku skrap secara dalam talian (online) iaitu Canva. Buku skrap online ini mempunyai banyak kebaikan yang tersendiri, antaranya adalah anda tidak perlu membeli atau memiliki buku secara fizikal. Jadi untuk membuka buku skrap ini anda hanya perlu mempunyai saluran internet sahaja. Walaubagaimanapun anda juga boleh print rekaan buku skrap online ini untuk membuat buku fizikal. 

Selain itu, salah satu kebaikan format buku skrap online ini adalah anda boleh reka bentuk setiap muka surat secara dalam talian sahaja. Jadi anda tidak perlu untuk melakukan aktiviti seperti menggunting, memotong, dan menampal gambar-gambar buku anda. Proses design boleh dilakukan 100% dalam talian dan anda hanya perlu print keluar design anda.

**Jika anda mencari buku skrap ataupun alatan buku skrap , anda boleh membeli dengan harga yang murah di shopee. anda boleh menekan link shopee di sini

Buku skrap : https://shp.ee/gtiipbw

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Aktiviti membuat buku skrap adalah antara aktiviti yang bagus untuk diamalkan baik di sekolah mahupun di rumah. Aktiviti ini bagus untuk menjadikan minda kanak-kanak lebih kreatif dan aktif apabila membesar. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai tempat simpanan gambar-gambar lama untuk tatapan pada masa akan datang. Diharap artikel ini memberi sedikit sebanyak info dan rujukan untuk membuat buku skrap sendiri anda, baca juga artikel tote bag. semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top