Dapur Gas Kaca

14 Dapur Gas Kaca Terbaik Di Malaysia

Memiliki dapur yang cantik dan kemas adalah idaman bagi kaum wanita, tambahan kini terdapat banyak jenama dapur gas kaca atau dapur moden yang boleh didapati. Sebelum anda membuat pembelian dapur gas kaca ini elok lah terlebih dahulu anda selidik ciri-ciri dapur gas agar sesuai dengan kegunaan dan dapur rumah anda. Di dalam artikel kali ini kongsikan beberapa jenis dapur gas kaca yang terdapat di pasaran serta ciri-cirinya.

Dapur Gas Riino 304

Jenama Riino tidak asing lagi dalam mengeluarkan model dapur masak moden termasuklah model Riino 304. Model ini memiliki 2 jenis dapur hybrid, iaitu satu menggunakan pembakaran gas dan satu lagi menggunakan pembakaran infrared. Kelebihan pembakaran infrared ini adalah membolehkan proses memasak lebih laju dan kurang penggunaan gas. Salah satu ciri utama yang ada pada model Riino 304 ini adalah memiliki tombol yang kemas dan automatik untuk mengawal kadar pembakar dapur.\

Permukaanya mudah dibersihkan dengan hanya lap menggunakan kain sahaja. Model dapur gas ini juga hadir bersama 1 tahun warranty.

Dapur Gas Milux MGH-S633M

Model jenama Milux ini mempunyai bentuk permukaan stainless steel yang kemas dan mudah untuk proses mencuci kotoran memasak. Kelebihan dapur milux ini adalah mempunyai kapasiti untuk menampung bahan masakan yang berat dengan selamat. Selain tu, pembakaran apinya juga yang sekata memberikan kuali haba yang selaras dan mencepatkan proses masakan. 

Dengan setiap pembelian dapur gas kaca Milux ini anda akan memperoleh satu tahun warranty. Produk ini juga mempunyai kelulusan dari SIRIM Malaysia dan selamat digunakan.

Dapur Gas Milux MSS8122IR

Model jenama Milux ini juga mempunyai dapur gas yang khusus menggunakan pembakaran infrared. Kelebihan dapur infrared ini adalah berkeupayaan untuk mengurangkan masa memasak anda dan menjimatkan penggunaan gas. 

Model ini juga mempunyai warranty selama 1 tahun dan mempunyai bentuk permukaan stainless steel yang mudah untuk dibersihkan.

Dapur Gas Isonic IGB-002 & IGB-003

Jenama Isonic ini mempunyai 2 jenis model dapur gas kaca yang paling popular iaitu Isonic IGB-002 & Isonic IGB-003. Ternyata jenama ini mengutamanakan kualiti pada jenama yang mewah dengan menawarkan harga golongan atasan. Kedua-dua model ini mempunyai satu persamaan yang istimewa iaitu pembakaran dapur yang lebih sekata dan api yang besar. Malah bahagian permukaan dapur moden ini juga diperbuat dari kaca yang berkualiti tinggi. 

Mempunyai 2 tempat pembakaran gas yang direka untuk menjimatkan penggunaan gas, jenama ini juga hadir bersama satu tahun warranty dengan setiap pembelian model ini.

Dapur Gas Milux MSG-6300

Jenama Milux juga mempunyai model dapur gas kaca yang mampu milik iaitu model MSG-6300. Model ini mempunyai reka bentuk permukaan yang diperbuat daripada kaca yang berkualiti. Selain itu, pembakaran api juga terhasil dalam bentuk cyclone flame yang mana akan menghasil haba yang lebih kuat pada pembakaran yang sedikit. 

Model ini mempunyai warranty selama 1 tahun dan mempunyai berat bersih 7kg, ukurannya pula adalah 715(L) x 415(W) x 130(H) (mm).

Dapur Gas Kaca XMA

Jenama XMA juga mengeluarkan model dapur gas kaca yang dijual dengan harga mampu milik. Model ini mempunyai keistimewaan apabila pembakaran dapur adalah lebih cepat disebabkan fungsi tornado fire yang memberi haba sekata pada kuali. Permukaannya yang diperbuat dari kaca yang berkualiti menjadikan dapur gas kaca ini lebih mudah untuk dibersihkan selepas penggunaan.

Model ini datang bersama satu tahun warranty dan mempunyai ukuran permukaan 73 cm x 41 cm. 

Dapur Gas ELBA EGH-G8523

Model EGH-G8523 keluaran jenama Elba adalah dapur gas kaca untuk golongan atasan. Dengan harga yang premium pada model ini jelas menunjukan pengeluar Elba mahu fokus kepada golongan elit. Dapur gas kaca ini mempunyai 3 pembakar api beserta 4 rubber stands. 

1 tahun warranty dengan setiap pembelian dapur gas elba. Ukuran saiz bagi dapur ini adalah (W x D) 760 x 450

Dapur Gas GOLDEN FUJI GF-M829

Model dapur gas kaca jenama Golden Fuji ini menawarkan harga pada mampu milik. Model ini dilengkapi permukaan kaca di bahagian atas dapur dan stainless steel di bahagian bawah. Dengan harga mampu milik yang ditawarkan, maka jelas model ini adalah sesuai untuk golongan pertengahan dan bawahan yang menginkan dapur gas berkonsepkan kaca. 

Model ini juga selamat dengan sijil sirim serta mempunyai warranty selama setahun dengan setiap pembelian. 

Dapur Gas kaca RUBINE

Jenama Rubine ini adalah jenama yang menghasilkan beberapa jenis dapur gas kaca pada harga premium. Terdapat 6 jenis dapur gas kaca yang dihasilkan oleh Rubine, setiap satunya mempunyai beberapa kelainan seperti bilang pembakaran api, saiz permukaan, fungsi tombol api, dan jarak antara pembakaran api. 

Setiap model ini mempunyai kegunaan yang berlainan bergantung kepada saiz kuali, oleh itu tidak hairan kenapa pengeluar rubine ini menghasil model yang banyak pada harga yang premium.

Dapur Gas Pensonic PGH-412N

Jenama pensonic tidak asing dalam alatan elektronik termasuklah dapur gas kaca model PGH-412N. Sama seperti dapur gas kaca yang lain, model pensonic ini mempunyai permukaan yang diperbuat dari kaca yang berkualiti, malah kelebihan kaya yang digunakan ini adalah sangat jernih hingga kelihatan seperti cermin. Selain memudahkan untuk proses membersihkan dapur, permukaan kaca ini juga akan menampakkan konsep mewah dan moden di dapur anda.

Setiap pembelian dapur pensonic ini akan dilindungi dengan warranty selama setahun, dapur ini mempunyai 2 tempat pembakaran dan mempunyai saiz berukuran 780 x 450mm.

Dapur Gas Midea MGH2408GL

Model dapur kaca Midea juga boleh dikategorikan untuk golongan atasan memandangkan dijual dengan harga yang premium. Kelebihan model Midea ini adalah mempunyai tempat pembakaran api yang sekata dan kemas. Selain itu, tombol apinya juga dilengkapi dengan child lock untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan melibatkan kanak-kanak.  

Model ini hadir bersama dengan setahun waranty dan mempunyai  ukuran permukaan 760mm x 420mm.

Dapur Gas kaca Pensonic PGC-2201G

Salah satu dapur kaca jenama Pensonic yang lebih mampu milik adalah model PGC-2201G. Dapur ini mempunyai permukaan atas yang diperbuat daripada kaca standert dan bahagian bawah diperbuat dari bahan stainless steel. 

Model ini mempunyai ukuran 710 x 410 x 135 L dan berat 8kg. Setiap pembelian dapur kaca ini disertakan sekali waranty selama setahun oleh pengeluar tempatan pensonic.

Dapur Gas MILUX MSG-6160

Model dapur gas kaca adalah model jenama Milux yang dijual dengan harga mampu milik. Sama seperti model lain, ia mempunyai lapisan kaca di bahagian atas sahaja, ini membolehkan proses untuk membersihkan dapur menjadi lebih mudah dan cepat.

Model Milux MSG-6160 ini juga mempunyai ukuran 750 x 450 x 130 mm serta warranty selama setahun.

Dapur Gas Riino 702i

Jenama Riino kali ini telah menghasilkan produk dapur gas yang popular iaitu model Riino 702i. Keistimewaan dapur gas kaca ini adalah mempunyai tempat pembakaran infrared. Dengan fungsi infrared ini membolehkan dapur ini menggunakan gas yang lebih rendah berbanding gas biasa. Selain itu, permukaannya yang diperbuat daripada kaca yang berkualiti memudahkan proses membersihkan dapur ini menjadi mudah. 

Tambahan, dapur model Riino 702i ini juga dilengkapi dengan fungsi keselamatan seperti kalis air, kalis angin, dan sesuai untuk semua jenis kuali.

Akhir kata

Dapur gas kaca adalah jenis dapur yang menjadi perhatian dalam kalangan suri rumah tangga terutamanya. Ini kerana, konsep dapur kaca yang mudah untuk dibersihkan dan kelihatan moden dan mewah itu menjadi pilihan bagi kebanyakan orang ramai. Diharap dengan sedikit perkongsian ini membolehkan anda untuk memilih dapur jenis kaca yang sesuai untuk dapur anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top