Minyak Angin

9 Minyak Angin Paling Popular Di Malaysia

Penggunaan minyak angin adalah sinonim dengan kehidupan golongan berusia terutamanya golongan berumur 50 tahun dan ke atas. Kesan minyak angin yang berangin dan suam memberikan kelegaan pada otot-otot badan. Kesan minyak angin juga sangat bagus digunakan apabila selesai bersukan yang ekstrem kerana mampu melegakan otot-otot yang mengalami regangan.

Selain tu, kegunaan minyak angin juga baik untuk bayi yang mengalami masalah perut kembung. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenama minyak angin yang menjadi pilihan bagi masyarakat Malaysia. 

Minyak Angin Cap Kapak

Minyak Angin

Apabila sebut sahaja minyak angin sudah pasti jenama minyak angin cap kapak adalah yang datang dalam fikiran orang ramai. Formulasi kandungan minyak cap kapak ini telah digunakan sejak 80 tahun dahulu lagi dengan manfaatnya baik untuk kegatalan, pening kepala, hidung tersumbat, sakit atau kembung perut, gigitan serangga, dan sakit otot. 

Formulasi terbaik ini hadir dengan beberapa manfaat iaitu memberikan rasa sejuk berangin pada kulit anda serta menghilangkan masalah-masalah luaran badan anda. Minyak angin ini digunakan dengan menitiskan beberapa titis ke bahagian kulit yang bermasalah dan gosok secara perlahan hingga sekata, kesan sejuk berangin boleh dirasai seawal beberapa minit sahaja.

Salah satu kelebihan jenama cap kapak ini adalah ia hadir dengan beberapa jenis saiz botol dan isipadu untuk kegunaan semua golongan. Minyak angin ini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia dan juga secara dalam talian. Anda juga boleh membuat pembelian dalam talian untuk mendapatkan minyak cap kapak ini pada harga yang jimat dan murah, anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman jualan dalam talian shopee. 

Minyak Angin Aromatherapy Fresh Care

Minyak Angin

Sesuai dengan namanya, minyak angin ini adalah minyak yang yang berkonsepkan terapi minda. Kebaikan utama minyak angin aromatherapy fresh care ini adalah melegakan sakit kepala, tekanan, dan sakit otot. Kelebihan minyak angin jenama ini adalah mempunyai aroma yang wangi selain minyak yang sejuk berangin.

Bagi mereka yang aktif bersukan minyak angin ini sangat bagus dijadikan minyak urut untuk melegakan otot-otot sebelum atau selepas bersukan. Bagi golongan wanita pula boleh mengamalkan sapuan minyak ini untuk melegakan masalah senggugut. 

Wangian minyak angin ini yang harum dan sejuk juga bagus digunakan bagi mereka yang selalu mengalami pening ketika memandu. Selain menghilangkan sakit kepala, ia juga menghasilkan bau yang harum sepanjang perjalanan dalam kereta. 

Minyak Bidara Al Mateen

Minyak Angin

Kini terdapat juga minyak angin yang diperbuat daripada bahan pokok bidara. Pokok bidara terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi yang bagus untuk kesihatan manusia. Minyak bidara al-mateen ini dirumus bersama formulasi bidara yang mempunyai banyak khasiat seperti:

  • Mengubati migrain
  • Melawaskan sembelit
  • Melegakan senggugut
  • Melegakan kembung perut
  • Melegakan gigitan serangga
  • Mengelakkan sukar untuk tidur malam
  • Melegakan otot badan
  • Melegakan lenguh-lenguh badan
  • Menghilangkan kebas-kebas
  • Mengelakkan gangguan makhluk halus
  • Membuang angin dalam badan

Minyak Bidara Al Mateen juga mempunyai keistimewaan untuk mengelakkan dari terkena gangguan makhluk halus. Produk ini 100% diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan keluaran Bumiputera serta Halal. Minyak angin bidara ini dijual dengan botol berisi padu 30ml dan sesuai digunakan untuk bayi berumur 6 bulan ke atas tetapi dengan penggunaan sapuan nipis sahaja.

Minyak Angin Terapi Aura Original HQ

Minyak Angin

Minyak angin ini hadir dengan 11 jenis yang dihasilkan dengan formulasi yang berbeza. Setiap jenis formula ini dihasilkan dengan bahan serta khasiat yang tersendiri mengikut kegunaan umur penguna. 

Jenis -jenis minyak angin terapi aura:

  • Aura terapi collagen
  • Aura Serai wangi Collagen
  • Aura terapi limau purut
  • Aura Collagen Propolis
  • Aura Safron Bidara
  • Aura collagen propolis
  • Aura Serai Wangi Propolis
  • Aura Terapi Rose
  • Aura Terapi Lavender
  • Aura Terapi Halia Bara
  • Aura Terapi Oasis

Selain kegunaan untuk melegakan organ luaran, minyak angin ini juga mempunyai khasiat untuk merawat gangguan dalaman seperti kejang otot, rasa gelisah, gangguan tidur, sawan, dan mudah lupa. Produk ini telah terjual sebanyak lebih 22000 unit di laman jualan dalam talian shopee, jika anda berminat boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual.

Minyak Angin Bidara Aromaterapi Cheeria

Minyak Angin

Seperti minyak angin campuran formulasi minyak bidara yang lain, minyak angin bidara aromaterapi cheeria ini juga mempunyai pelbagai kebaikan termasuklah merawat masalah dalaman rohani seperti masalah batin. 

Antara khasiat Minyak Angin Bidara Aromaterapi Cheeria

  • Menghilangkan stress, badan lesu, mudah mengantuk, dan kemurungan
  • Memberikan aura positif dalam badan
  • Menghilangkan gangguan jin dan sihir

Khasiat – khasiat di atas mempunyai kaitan dengan kebaikan pokok bidara yang terkenal untuk rawatan alternatif untuk gangguan makhluk halus. Minyak angin ini mempunyai 4 jenis perasa iaitu.

  • Bidara apple mint
  • Bidara lavender
  • Bidara lemon
  • Bidara sandalwood

Minyak angin pati bidara ini telah kterjual sebanyak lebih 1000 unit di shopee dan telah mendapat rating 5 bintang sebanyak 300 lebih. Jika anda ingin mendapatkan minyak angin bidara aromaterapi cheeria ini anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman jualan shopee.

Minyak Urut Mestika Original

Minyak Angin

Minyak Mestika adalah minyak urut yang popular dalam kalangan orang melayu sejak dari dahulu hingga kini. Minyak ini sinonim dijadikan sebagai minyak mengurut untuk masalah seperti kembung perut, sakit perut, dan regangan otot badan. 

Minyak urut Mestika anda boleh dapatkan yang original di laman pembelian shopee. Produk ini telah terjual sebanyak lebih 2000 unit dan mendapat rate 5 bintang sebanyak 400 lebih di shopee. Untuk butiran lanjut sila tekan link di bawah. 

Minyak Angin Untuk Bayi Pilihan Ibu di Malaysia

Vicks Vaporub

Selain untuk orang dewasa, minyak angin ini sesuai untuk digunakan sebagai minyak sapu untuk bayi terutamanya kepada bayi yang mengalami masalah kembung perut. Jenama minyak angin bayi yang popular adalah vicks vaporub. 

Minyak angin vicks vaporub ini hadir dengan 3 isipadu iaitu 10g, 25g, dan 50g. Bentuk bekas minyak ini yang kecil dan mini memudahkan ia dibawa ke mana-mana sahaja. Minyak angin ini bertekstur lebih pekat dan likat berbanding minyak angin cecair. 

Untuk kegunaan pada bayi, pastikan anda hanya sapu minyak ini dalam kuantiti yang sedikit atau nipis. Formulasi ubat ini yang kurang panas menjadikan ia sesuai untuk kegunaan bayi dan orang dewasa. Selain itu, minyak ini juga sangat bagus untuk masalah selsema dan hidung tersumbat, sapu sahaja minyak ini di atas hidung untuk rasa lega yang pantas. Anda berminat untuk dapatkan vicks vaporub? Boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman jual beli shopee.

Tropika Baby Herbal Cream

Kesitimewaan minyak angin tropika baby herbal cream ini adalah ia di formulasi hanya untuk kegunaan khas untuk bayi sahaja. Kandungan minyak angin ini adalah hasil dari khasiat minyak kelapa dara (VCO) yang sudah sinonim dengan banyak kebaikannya untuk tubuh badan.

Antara kebaikan minyak Tropika Baby Herbal Cream adalah:

  • Melegakan batuk
  • Menghilangkan selsema
  • Melegakan masalah kembung perut pada bayi
  • Selamat lulus KKM dan HALAL

Anda boleh dapatkan minyak angin ini di dengan harga yang jimat secara dalam talian di shopee. Stok terbaru telah di kemas kini dengan botol yang lebih kemas dan mudah digunakan. Tekan butang di bawah untuk butiran lanjut.

Bayini Minyak Telon 30ml

Minyak bayini ini adalah minyak jenama dibawah Mestika yang popular tetapi khas buat untuk bayi dan kanak-kanak. Minyak Mestika adalah minyak yang sinonim dijadikan minyak urut dalam kalangan orang melayu. Minyak ini dipercayai ramai kerana ia digunakan sejak dulu lagi selain kesan yang berangin dan suam untuk kesegaran otot badan.

Terbaru, produk Mestika ini mengeluarkan minyak yang lebih mesra kanak-kanak dan bayi. Antara kebaikan minyak bayini adalah

  • Melegakan kembung perut pada bayi
  • Melancarkan pernafasan ketika tidur
  • Melegakan bengkak gigitan nyamuk

Seperti jenama asal yang popular, minyak ini juga mendapat tempat dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia. Produk ini telah terjual sebanyak lebih 2000 unit dan mendapat lebih 300 rate 5 bintang di shopee. Untuk butiran lanjut ubat ini boleh terus tekan butang di bawah. 

Akhir kata

Minyak angin boleh dikatakan menjadi keperluan dewasa kini, minyak ini bukan sahaja perlu semasa di rumah, malah ia juga boleh dijadikan keperluan apabila keluar melancong dan melakukan aktiviti luar rumah. Untuk para ibu pula minyak ini biasa digunakan untuk melegakan masalah kembung pada bayi, namun dalam pemilihan produk pastikan anda menjadi pengguna bijak dengan membeli jenama minyak angin yang berkualiti di pasaran agar selamat untuk keluarga anda. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top