Cara Melukis Kartun Muslimah

Cara Melukis Kartun Muslimah

Anda mencari cara melukis kartun muslimah yang mudah? Kartun muslimah ini menjadi pilihan bagi kebanyakkan orang kerana ia adalah lambang kepada agama Islam. Oleh itu, untuk membuat kartun wanita mestilah bersesuaian dengan konsep seorang muslim. Di sini kami kongsikan asas melukis kartun muslimah.

Untuk mahir menjadi seorang pelukis, anda mestilah sentiasa berlatih setiap hari kerana bakat pelukis ini perlu digilap. Anda perlu berlatih melukis beberapa watak dan wajah sehinggalah betul-betul mahir dalam proses melukis.  Seperti juga melukis watak kartun yang lain, kartun muslimah juga perlu mempunyai bentuk asas di dalam proses melukis.

Cara Melukis Kartun Muslimah  

Berikut adalah langkah demi langkah untuk melukis kartun muslimah dengan mudah, cara ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin melukis kartun perempuan berkonsepkan muslimah ini. Untuk melukis kartun ini, anda hanya perlu menggunakan garisan pangkah dan bentuk bulatan sahaja. Nak kita start!

Cara Melukis Kartun Muslimah

Kredit deviantart.com

Garis pangkah

Mulakan dengan membentuk garisan pangkah dahulu, ini adalah asas dalam melukis bentuk wajah dan anggota muka yang lain. Pada bahagian atas garis melintang bentukkan bulatan ikut kesesuaian anda.

Bentuk dagu

Untuk melukis watak perempuan muslimah, anda perlu bentukkan bahagian dagu, bermula dari pipi hinggalah ke bawah dagu. Untuk lebih jelas, anda boleh bentukkan anggota leher dengan garisan halus untuk memudahkan anggaran bentuk tudung nanti.

Bentukkan tudung

Daripada bentuk leher ini anda boleh jadikan sebagai point untuk membentuk tudung bermula dari atas bulatan tadi hingga ke bahu, padam bentuk leher tadi maka terhasillah bentuk tudung.

Lukis mata

Untuk melukis mata, anda perlu meletakkan sebaris garisan secara melintang atas garisan melintang pangkah tadi. Lukis mata diantara dua garisan melintang tadi agar tidak senget, corakkan dengan lukisan alis mata dan kening yang bersesuaian. Anda boleh mula melukis hidung dan bahagian mulut kartun anda. 

Warnakan

Akhir sekali anda boleh warnakan watak kartun muslimah anda dengan warna yang sesuai, untuk kartun muslimah tidak perlu warna yang terlalu kontra, sebolehnya gunalah warna yang sejenis atau hampir sepasang untuk warna tudung dan baju. Siap!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Link barangan melukis di Shopee

Pensel Lukisan : https://shope.ee/3ATduUmJfc

kertas lukisan : https://shope.ee/8p80ew8TTc

 

Akhir Kata

Untuk melukis kartun muslimah ini tidaklah sukar, anda hanya perlu tahu asas untuk melukis dan lakukan sedikit gubahan untuk membentuk watak yang bertudung. Cara yang kami kongsikan ini anda boleh gunakan untuk melukis kartun bertemakan comel dan sebagainya. Anda hanya perlu lakukan gubahan pada ruang dan ruangan sahaja. Nak belajar melukis lagi? Boleh terus ke slot cara melukis haiwan comel. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top