Kipas siling

15 Kipas Siling Terbaik Di Malaysia

Kipas siling adalah salah satu aksesori rumah yang menjadi kewajipan terutamanya rumah yang memiliki ruang tamu dan bilik yang luas. Memiliki kipas siling yang terbaik dan sesuai dengan rumah adalah perlu memandangkan terdapat pelbagai jenis kipas siling yang sesuai dengan deco hiasan rumah. 

Terdapat pelbagai jenis jenama kipas siling yang popular di pasaran, namun yang manakah menjadi pilihan terbaik anda? Di dalam artikel ini kami kongsikan 15 jenis kipas siling untuk anda nilai dan miliki. Selamat membaca!

Kipas Siling Deka F6 56”

kipas siling

Kipas siling model F6 jenama Deka ini adalah sambungan daripada model deka F5P. model terbaru ini hadir bersama beberapa ciri yang telah dikemaskini. Model kipas siling ini amat sesuai bagi pengguna yang memiliki rumah jenis pertengahan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dengan sistem AC motor yang telah dibaiki membolehkan kipas siling ini memberi pengudaraan yang baik di dalam rumah anda.

Model ini mempunyai ukuran 56” diameter dan mempunyai 5 bilas kipas. Seperti kipas jenama lain kipas deka F6 ini mempunyai 4 tahap kelajuan dengan 3 set had iaitu 1, 33, dan 6 jam.

Kipas Siling Milux 60”

kipas siling

Kipas siling milux ini adalah jenama untuk pengguna kelas bawahan dan pertengahan. Kipas ini hadir dengan harga mampu milik dengan kualiti yang bagus. Walaupun harganya agak murah berbanding kipas siling lain namun kipas jenama Milux ini dilengkapi dengan kualiti yang setanding. Malah jenama ini juga hadir dengan warranty selama 3 tahun. Kipas ini mempunyai 2 warna iaitu putih dan coklat, maka anda boleh memilih model warna yang sesuai dengan deco rumah anda.

Kipas siling milux 60” ini mempunyai 5 tahap kelajuan serta mempunyai enjin berkuasa tinggi 5 bintang. Kipas ini berkeupayaan memberi pengudaraan 250m3/min dengan kuasa 95 wat sahaja. 

Kipas Siling Rezo Ventus MY56”

kipas siling

Kipas siling jenama rezo ini adalah kipas yang berkuasa tinggi. Mempunyai bentuk kipas yang cantik dan direka untuk sesuai dengan deco rumah golongan pertengahan dan atasan. Antara kelebihan jenama ini adalah kipas siling ini lebih jimat penggunaan elektrik berbanding jenama lain. Bilah kipas ini juga diperbuatan dari bahan polymer yang ringan dan tahan lasak.

Kipas ini hadir dengan 5 had kelajuan dan 5 bilah kipas dan mempunyai warranty motor selama 3 tahun. Seperti juga kipas-kipas berkuasa tinggi lain, model kipas rezo ini mempunyai had timer selama 2, 4, 6, dan 8 jam bersama pengudaraan air sebanyak 240cmm.

Kipas Siling KDK K15V0 60”

kipas siling

Kipas siling KDK adalah jenama yang biasa bagi pengguna kelas pertengah dan bawahan. Kipas ini hadir dengan beberapa jenis model dan harga yang boleh dipilih berdasarkan poket anda. Model K15V0 ini adalah antara model KDk yang popular disebabkan harganya yang mampu milik dan berkualiti.  

Kipas jenama jepun ini hadir bersama 1 tahun warranty dan mempunyai 3 bilah kipas. Mempunyai sirim yang pasti memberi keyakinan kepada pengguna untuk lebih rasa selamat apabila menggunakan kipas siling ini. 

Kipas Siling Deka Kronos F5P

kipas siling

Model F5P ini adalah model kipas siling jenama deka yang popular disebabkan reka bentuk yang cantik beserta kualiti yang bagus. Kipas ini hadir dengan warna hitam, selain itu kipas ini juga mempunyai kelulusan sirim, jadi anda tidak perlu risau akan mengenai keselamatan apabila menggunakan kipas ini. 

Model F5P ini hadir bersama 5 bilah kipas serta 3 tahap kelajuan. Setiap pembelian kipas ini layak menerima warranty motor kipas selama 3 tahun. 

Kipas Siling Deka DK10 

kipas siling

Model DK10 daripada jenama kipas siling deka ini adalah antara yang sesuai untuk golongan pertengahan dan atasan. Jenama deka ini juga pernah memenangi beberapa anugerah menjadikan ia antara jenama kipas siling yang dipercayai. Antara anugerah yang diperoleh adalah Platinum Business Award 2016 dan 2016 Super Brand.  

Model DK10 ini hadir bersama 5 bilah kipas berwarna hitam dan mempunyai 5 tahap kelajuan. Setiap pembelian kipas siling ini akan disertakan bersama warranty selama 1 tahun.  

Kipas Siling KDK K14XZ-PBR 56”

kipas siling

Kipas siling KDK ini adalah jenama yang terkenal dalam kalangan orang-orang atasan sahaja. Oleh itu, tidak hairan apabila dilihat dari  segi harga model-model kipas siling ini atas RM100 termasuklah model KDK K14XZ-PBR. Walaupun harganya mahal namun ia setanding dengan kualiti jenama KDK itu sendiri.   

Model KDK K14XZ-PBR ini hadir bersama 4 bilah kipas dan mempunyai 2 jenis warna iaitu kelabu dan grey. Model ini juga menawarkan 1 tahun warranty pada setiap pembelian. Antara kelebihan kipas ini adalah mempunyai putaran kipas berkuasa tinggi tetapi tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Fungsi ini bagus terutamanya anda yang inginkan kipas yang laju dan suasana yang tenang di rumah. 

Kipas Siling Panasonic F-M15AO dan F-M15AOVBHH

kipas siling

Jenama Panasonic juga mempunyai model-model kipas siling yang berkualiti antaranya adalah F-M15AO dan F-M15AOVBHH. Model – model ini adalah yang popular digunakan oleh golongan pertengahan dan bawahan. Antara kelebihan jenama panasonic ini adalah mempunyai kualiti yang tahan lama. 

Model ini hadir dengan 3 bilah kipas dan mempunyai satu tahun warranty. Mempunyai berat kasar 7.3kg dan mempunyai 2 jenis warna masing-masing iaitu putih (F-M15AO) dan hitam kelabu (F-M15AOVBHH)

Kipas Siling Elba G6012 

kipas siling

Elba juga mempunyai kipas siling yang berkualiti pada harga mampu milik. Model kipas elba ini sesuai untuk golongan pertengahan yang inginkan kipas yang tahan lama pada harga mampu milik. Kipas siling elba juga mempunyai kelulusan dari sirim maka ia selamat digunakan untuk semua.

Kipas model elba G6012 ini hadir bersama 1 tahun warranty dan mempunyai 5 tahap kelajuan kipas. Mempunyai 3 bilah kipas berukuran 60 inci diameter. 

Kipas Siling Elmark 921

kipas siling

Kipas siling jenama Elmark tidak dinafikan sangat terkenal dengan reka bentuk yang cantik dan sesuai bagi sesiapa yang mementingkan deko rumah dan hiasan. Kualiti jenama Elmark juga bertaraf dan mempunyai sirim, maka boleh digunakan dengan selamat. Kelebihan model kipas Elmark adalah bilahnya diperbuat dari bahan Arcrylic bagi menampakkan reka bentuk yang berkualiti dan baik. 

Model Elmark 921 ini adalah hadir dengan 3 tahap kelajuan dan 5 bilah kipas. Mempunyai set timer sebanyak 3 tahap iaitu 1 jam, 3 jam , dan 6 jam. Setiap pembelian model ini dilindungi dengan 3 tahun warranty.

Kipas Siling Khind CF615 & CF615B

kipas siling

Jenama barang elektronik khind tidak asing bagi golongan pertengahan yang inginkan alatan elektrik pada harga mampu milik, kipas siling khind juga termasuk salah satu model kipas mampu milik yang sesuai untuk golongan pertengahan. Kipas ini mempunyai daya kelajuan yang baik dan tahan lama.

Model CF615 & CF615B ini datang bersama dengan 3 bilah kipas berukuran 60 inci. Mempunyai pengudaraan angin sebanyak 240m3/min serta berat kasar adalah 6.5kg. Setiap pembelian model ini dijamin bersama 3 tahun warranty bersama.

Kipas Siling Panasonic Bayu 4 & Bayu 5

kipas siling

Jenama panasonic juga mempunyai beberapa jenis model kipas untuk pelbagai peringkat. Antara model yang sesuai untuk golongan atasan adalah model Panasonic Bayu 4 & Bayu 5. Sesuai dengan harganya, model ini hadir dengan reka bentuk yang sangat cantik, ia sesuai bagi orang yang inginkan peralatan rumah yang sedondong dengan tema deco dan hiasan. 

Model ini siap bersama dengan 2 pilihan bilah kipas iaitu 4 bilah dan 5 bilah. Sesuai dengan namanya “bayu”, model ini memberikan rasa sejuk dan nyaman di dalam rumah anda. Kipas ini juga mempunyai kelebihan tidak mengeluarkan bunyi bising walaupun pada kelajuan maksima. 

Kipas Siling Rezo Ventus MY56

kipas siling

Jika anda golongan pertengahan yang inginkan model kipas yang berkuasa tinggi dan tahan lasak serta mempunyai reka bentuk yang elegen, maka kipas siling model Rezo Ventus adalah jawapannya. Model MY56 ini datang dengan reka bentuk yang mewah tetapi pada harga mampu beli. 

Model ini siap set bersama 5 bilah kipas dan 5 had kelajuan. Ia siap bersama dengan 3 tahun warranty untuk setiap pembelian. Mempunyai sazi bilah 56 inci dan berat bersamaan dengan 6.4kg.

Kipas Siling Elmark KL101

kipas siling

Model KL101 jenama Elmark ini juga kipas siling moden dan mewah yang dijual dengan harga mampu milik. Mempunyai 3 jenis warna/corak menjadikan model Elmark ini pilihan bagi golongan pertengahan yang inginkan set kipas siling mewah dan moden. 

Model ini mempunyai bilas kipas diperbuat dari bahan ABS dan mempunyai 5 bilah setiap satu set. Mempunyai 3 tahap kelajuan 3 tahun warranty pada motor kipas.

Kipas Siling Panasonic Bayu 3

kipas siling

Seperti juga model bayu 4 dan bayu 5, panasonic juga mengeluarkan model kipas siling bayu 3 dengan rekaan moden dan minimalis. Mode 3 ini sesuai untuk golongan atasan yang meminati konsep minimalis pada deko rumah. Konsep reka ciptanya yang unik dan ringan namun mempunyai daya angin yang kuat.

Model ini hadir dengan 3 bilah kipas serta 56 inci diameter. Setiap pembelian disertakan dengan 1 tahun warranty oleh panasonic.

Akhir kata

Terdapat pelbagai jenis jenama dan model kipas siling yang terdapat di pasaran. Namun untuk membeli anda harus melihat beberapa seperti konsep dan jenis deko disamping kewangan anda agar lebih sesuai dengan keperluan seisi rumah anda. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat pilihan dengan lebih baik. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top