cara kira peratus

Cara Kira Peratus Mudah

Anda pelajar sekolah nak tahu cara kira peratus yang mudah dan betul? Kiraan peratus ini adalah salah satu nilai kira-kira yang banyak diigunakan di dalam pekerjaan harian. Dengan adanya beratus ini menjadikan kerja-kerja @ kiraan lebih mudah dan mudah untuk difahami. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara mudah untuk mengira peratus.

Dengan memahami cara kira peratus ini memudahkan anda untuk mengira suatu jumlah kiraan atau boleh digunakan semasa pekerjaan harian anda.

Apa Itu Peratus?

Peratus adalah suatu numbor atau nisbah yang ditunjukkan sebahagian daripada jumlah keseluruhan suatu kiraan, jumlah keseluruhan kiraan ini akan dinyatakan dalam jumlah “100”. Atau dengan kata lain peratus bermakna “per 100”. Ia akan dinyatakan dengan simbol %.

Contoh mudah adalah 30 peratus bermaksud 30 daripada 100 @ 30 peratus daripada jumlah keseluruhan. Untuk lebih mudah faham contoh peratus adalah seperti berikut:

  • Jualan baju diskaun 20% daripada harga asal RM100.
    Ini bermaksud harga sebenar baju RM100, diskaun RM20.
  • Jumlah gol 20% daripada 10 percubaan.
    Ini bermaksud dalam 10 percubaan 2 menghasilkan gol.

Di dalam peratus, jumlah keseluruhan ini akan diberi dengan nilai “100”. Oleh itu tidak kiralah berapai nilai sebenar ia tetap dikira dengan nilai “100”. Contohnya

  • Jualan baju diskaun 20% daripada harga asal RM180.
    Ini bermaksud harga sebenar RM180, diskaun RM36 

Cara Kira Peratus

Berikut adalah cara kira peratus dengan mudah dan jelas, cara ini sesuai untuk anda yang baru hendak belajar kira peratus. Disini juga kami sertakan website kira peratusan online untuk memudahkan lagi anda mengira peratus dengan cepat dan mudah. Untuk mengira formula anda boleh menggunakan formula asas ini:

Value / Total Value X 100%.

Value : Jumlah yang ingin ditukar ke peratus
Total Value : Jumlan keseluruhan Value 

Contoh: 

Nyatakan peratusan bagi potongan harga RM36 daripada RM180?

Value : RM36
Total Value : RM180

36/180×100 = 20%

Bagi anda yang mempuunyai sambungan internet, anda boleh melayari laman website percentagecalculator.net. Website ini khas untuk kira peratus dengan cepat dan mudah sahaja, anda hanya perlu meletakkan nilai kiraan anda sahaja, kiraan akan dibuat secara auto. Mudah bukan?

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Link barangan matematik di Shopee

Kalkulator Casio : https://shope.ee/1L1ziuctN2

Bag Sekolah Perempuan : https://shope.ee/4KfbISqvMe

Bag Sekolah Lelaki : https://shope.ee/AUGEdpB6tU

 

Akhir Kata

Untuk mengira peratus ini tidak sukar, anda hanya perlu tahu asas formula kira-kira sahaja, tambahan sekarang pelajar boleh menggunakan kalkulator jadi pengiraan akan lebih cepat dan mudah. Peratusan ini sangat penting memandangkan ia digunapakai dengan banyak sekali apabila menempuh alam pekerjaan nanti. Anda minat melukis? Boleh terus ke artikel cara melukis kartun muslimah . Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top