Table of Contents
Buku skrap sains adalah salah satu tugasan yang perlu disiapkan oleh warga pelajar di sekolah baik di sekolah menengah mahupon sekolah rendah. Dengan tugasan mencipta buku skrap ini boleh memberi pendedahan para pelajar kepada satu-satu tajuk dan info berkenaan subjek sains. Nak tahu lebih banyak contoh buku skrap sains? Boleh teruskan membaca artikel ini hingga habis.
Untuk mencipta buku sains ini tidaklah sukar, ia sama sahaja seperti membuat buku skrap sejarah dan lain-lain. Yang penting di sini adalah pastikan anda mempunyai info ringkas beserta gambarajah untuk diletakkan bersama-sama di dalam buku skrap nanti. Selebihnya anda hanya perlu kreatif dalam menghias buku skrap anda.
Idea Tajuk Buku Skrap Sains
Selain hiasan yang cantik, tajuk yang menarik juga menjadi salah satu tarikan buku skrap anda. Terdapat banyak pilihan tajuk buku skrap anda, pastikan anda memilih tajuk yang mempunyai banyak pilihan info serta gambarajah. Untuk memudahkan anda, disini kami kongsikan beberapa tajuk untuk rujukan anda:
Cadangan tajuk buku skrap:
- Planet-planet Di Bima Sakti
- Jenis-Jenis Haiwan Karnivor
- Jenis-Jenis Haiwan Herbivour
- Proses Fotosintesis Tumbuhan
- Fakta Angkasalepas
- Pembiakan Batang Pokok Tumbuhan
- Cara Pembiakan Biji Benih
- Cara Pembiakan Tumbuhan
- Rantai Makanan Haiwan
Senarai ini adalah antara tajuk yang anda boleh jadikan sebagai tajuk utama buku skrap anda. Terdapat banyak lagi tajuk sains untuk buku skrap anda, rata-rata tajuk ini anda boleh ambil di dalam buku text sains anda sahaja. Anda juga boleh gunakan info yang terdapat di dalam buku text sebagai text ringkas buku skrap anda. Untuk gambarajah, anda boleh lukis sendiri ataupon print di gambar di google sahaja.
Edit Menggunakan Canva
Terdapat salah satu cara mudah untuk membuat buku skrap, iaitu dengan mengunakan laman website Canva.com. Di dalam website ini anda boleh edit apa-apa sahaja termasuklah design buku skrap, info, dan lain-lain.
Untuk mencipta buku skrap, anda hanya perlu edit mengunakan ukuran kertas A4, setelah siap anda perlu print dan jadikan ia sebagai buku skrap dengan binding dan sekalikan dengan binding comb. Kelebihan utama edit menggunakan canva ini adalah anda tidak perlu gunting dan gam untuk membuat skrap, sebaliknya semua text dan gambarajah akan di “print” di atas kertas sahaja.
Selain itu, di canva juga mempunyai ribuan elemen editing termasuklah gambarajah, warna, text font, gambar dan banyak lagi, anda hanya perlu edit sahaja. Ini secara tidak langsung memudahkan kerja anda untuk membuat buku skrap sains dengan mudah dan cepat.
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..
Buku Skrap A4 : https://shope.ee/89rtzPGdJS
Buku Nota Comel : https://shope.ee/7pF3asTHto
Kertas Manila Kad : https://shope.ee/79zMni3fqz
Akhir Kata
Buku skrap adalah antara projek yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Tidak seperti dahulu, dengan wujudnya website seperti canva ini memudahkan pelajar untuk mencipta buku skrap anda dengan mudah dan kemas. Namun bagi anda yang tidak mempunyai komputer dan saluran internet, anda masih boleh membuat buku skrap dengan menggunakan kertas buku skrap yang boleh dibeli di Shopee sahaja. Baca contoh buku skrap. Semoga bermanfaat!