contoh buku skrap

Contoh Buku Skrap Terbaik

Anda mungkin mencari contoh idea buku skrap untuk dijadikan sebagai rujukan anda, terdapat banyak jenis hiasan buku skrap yang boleh dijadikan contoh untuk rujukan anda. Yang paling penting disini adalah untuk memastikan buku skrap anda kelihatan cantik, unik, dan kemas untuk dibaca.

Di dalam slot ini kami kongsikan beberapa contoh buku skrap kreatif untuk rujukan anda, koleksi buku skrap ini adalah perkongsian daripada warganet sendiri di dalam sosial seperti facebook, instagram, dan juga pinteres. Turut kami sertakan beberapa bahan untuk membuat buku skrap di Shopee yang popular dan murah. Rujuk di hujung artikel ini ya.

Contoh Buku Skrap Terbaik

Bagi anda yang kali pertama menghasilkan buku skrap kreatif anda perlulah mempunyai rujukan untuk dijadikan sebagai idea hiasan skrap anda. Tidak kiralah anda bercadang untuk membuat buku skrap sekolah rendah atau buku skrap prasekolah semuanya anda boleh dapatkan di dalam perkongsian.

Disebabkan skrap ini tidak hanya untuk sekolah rendah, maka terdapat banyak rujukan yang boleh dijadikan contoh untuk hiasan skrap termasuklah skrap sekolah rendah, untuk keluarga, untuk hari perayaan, hari kemerdekaan, dan banyak lagi. 

Contoh Buku Skrap Kreatif

contoh buku skrap
contoh buku skrap
contoh buku skrap

Rujukan : creativelive.com

Antara contoh rujukan buku skrap yang kreatif adalah apabila ia mempunyai gabungan beberapa kertas skrap yang dibentuk pada setiap muka suratnya. Terdapat banyak variasi bentuk kertas manila kad yang boleh dibentuk mengikut kreativiti anda. Anda juga boleh jadikan gubahan kertas origami pada muka surat buku skrap anda. Ini menjadikan buku anda lebih kreatif dan terbaik

Kekurangan buku skrap jenis ini adalah anda perlu rajin untuk mencari idea gubahan dan mengambil masa yang lama dan rumit untuk dibentuk. Selain itu, anda juga perlu menyediakan bahan kertas dan gam yang banyak untuk membantuk gubahan anda. 

Kebiasaanya buku skrap kreatif ini dijadikan sebagai hadiah dan juga deko peribadi barangan anda. Malah jangan terkejut jika terdapat skrap kreatif ini dijual dengan harga yang mahal sekali. Ini kerana skrap jenis kreatif ini lebih sesuai dijadikan sebagai barangan beharga untuk seseorang. 

Contoh Buku Skrap Sekolah Rendah

contoh buku skrap
contoh buku skrap

Rujukan : facebook.com

Jika anda seorang pelajar sekolah rendah atau ibu bapa yang mempunyai anak yang masih dibangku sekolah rendah, koleksi buku skrap ini adalah terbaik untuk rujukan pelajar sekolah rendah. 

Untuk buku skrap sekolah rendah ini anda tidaklah perlu terlalu rumit, anda boleh melakukan hiasan dan corak yang biasa sahaja di setiap muka surat buku anda. Dengan beberapa corak yang simple sudah memadai untuk menjadikan buku skrap sekolah rendah anda cantik dan kemas.

Contoh Buku Skrap Prasekolah

contoh buku skrap

Rujukan : facebook.com

Untuk buku skrap prasekolah pula perlulah sesuai dengan tahap pelajar prasekolah, tema skrap prasekolah ini perlulah bertemakan kearah info dan pembelajaran kenal suai. Contohnya berkenaan gambarajah haiwan, tema berkenaan ibu bapa keluarga, dan sebagainya.

Dari segi hiasan pula tidaklah perlu terlalu kreatif dan rumit, cukup sekadar kemas dan mudah apabila dibaca. Malah skrap prasekolah ini perlu lebih fokus dalam pemilihan warna-warna agar pelajar-pelajar prasekolah lebih kreatif dalam membina koleksi buku mereka dengan gabungan warna-warna.

Contoh Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan

Rujukan : facebook.com

Setiap tahun di Malaysia meraikan bulan kemerdekaan di setiap sekolah, oleh itu tidak hairan pelajar-pelajar diberi tugas untuk menyediakan buku skrap kemerdekaan sebagai tugasan rumah mahupon sekolah.

Konsep skrap kemerdekaan ini tidaklah sukar, anda hanya perlu ceritakan serba sedikit sejarah terbentuknya negara Malaysia yang bermula dari tanah melayu hinggalah merdeka. Tambahan, anda juga perlu mencari beberapa tokoh kemerdekaan Malaysia dan sertakan serba sedikit biodata peribadi tokah berkenaan di dalam buku skrap anda. 

Contoh Buku Skrap Sejarah

contoh buku skrap

Rujukan : facebook.com

Selain tema kemerdekaan, terdapat juga buku skrap yang bertemakan sejarah-sejarah di Malaysia. Terdapat banyak sejarah dalam dan luar negara yang boleh dijadikan album buku skrap anda. Kesemua info-info ini anda boleh jadikan sebagai tema buku skrap anda.

Untuk tema sejarah ini, anda hanya perlu sertakan info-info ringkas dan penting sahaja dalam setiap muka surat skrap anda. Selain itu, pastikan anda sertakan gambarajah dan info grafik merujuk kepada info ringkas sejarah anda. Buku skrap sejarah ini juga tidaklah perlu rumit, yang penting ia mudah dibaca kemas dan cantik.

Buku Skrap Ready Made Di Shopee

Bagi anda yang kali pertama ingin mencuba untuk membuat album buku skrap ini, cara mudah dan terbaik adalah dengan membeli buku skrap yang telah siap. Anda hanya perlu menyediakan isi kandungan ringkas tema buku anda beserta beberapa hiasan jika perlu. 

Tambahan, di Shopee terdapat banyak jenis variasi dan corak skrap untuk pilihan anda, anda hanya perlu memilih sahaja yang sesuai dengan tema anda. Disini kami sertakan beberapa jenis buku skrap yang popular di laman Shopee. Anda boleh menekan butang yang disediakan untuk terus ke laman penjual Shopee.

contoh buku skrap

Jika anda inginkan jenis buku skrap yang paling ringkas dan simple, corak buku skrap ini sesuai untuk anda. Hampir kesemua jenis buku skrap sekolah menggunakan skrap jenis ini, buku skrap ini mempunyai banyak corak frame yang terdapat pada muka hadapan dan juga muka surat yang lain. 

Tema skrap ini sangat sesuai untuk pelajar sekolah dalam menyediakan tugasan buku skrap disebabkan ia mudah dan boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Bagi anda yang ingin menyiapkan projek sekolah, bolehlah menggunakan tema skrap jenis simple ini. 

contoh buku skrap

Buku ini adalah berkonsepkan buku nota atau buku catatan, namun ia boleh juga dijadikan sebagai buku skrap disebabkan mempunyai cover yang cantik dan kemas. Buku ini sesuai dijadikan sebagai buku skrap peribadi ataupon diberikan sebagai hadiah untuk seseorang, ia juga boleh dijadikan sebagai diary. Anda boleh membeli buku ini terus dari kilang dengan harga murah di Shopee melalui butang di bawah.

Bagi anda yang mementingkan kekemasan dan hiasan pada buku skrap anda, anda boleh mengunakan cover lutsinar ini untuk buku skrap anda. Cover buku lutsinar ini boleh dijadikan sebagai hiasan yang unik selain boleh melindungi muka depan buku anda agar lebih tahan lama. Anda boleh beli cover buku ini dengan harga murah sahaja di Shopee, tekan butang di bawah.

Buku nota yang cantik dan kemas ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai buku skrap peribadi anda. Jika anda mempunyai minat dan hobi untuk membuat buku skrap yang premium dan berkualiti, anda boleh menggunakan model buku ini sebagai skrap anda. 

Tahukah anda dengan mempunyai hobi membuat buku skrap ini, anda boleh menjual semula dengan harga yang mahal di pasaran, yang penting pastikan anda tambah nilai dengan menghias buku skrap ini dengan hiasan yang kreatif dan unik.

Bagi anda yang inginkan buku skrap yang lebih kemas, anda boleh menggunakan pembahagi muka surat ini di dalam buku skrap anda. Ianya hanyalah kepingan muka surat yang diperbuat daripada plastik dan boleh diselitkan sebagai pembahagi tajuk muka surat skrap anda. Anda boleh membuat beberapa pilihan warna dan ukuran di laman Shopee dengan menekan butang di bawah.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Berikut adalah antara beberapa contoh buku skrap yang anda boleh tiruvasi dan jadikan sebagai ilham projek sekolah anda. Secara umunya, untuk buku skrap tugasan sekolah, anda boleh menggunakan buku skrap yang simple dan murah sahaja. Sebaliknya jika anda mempunyai minat dan hobi membuat buku skrap, anda boleh menggunakan buku album jenis yang mahal dan lebih kemas.

Buku skrap yang dihias dengan corak dan hiasan yang unik ini boleh dijual dengan harga yang tinggi. Buku skrap jenis premium ini boleh dijadikan sebagai hiasan dan juga hadiah untuk seseorang. Nak belajar cara membuat buku skrap? Boleh terus ke slot cara membuat buku skrap. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top