Saiz Cincin Emas

Saiz Cincin Emas Malaysia

Macam mana nak tahu saiz cincin emas dengan jari kita? Sebelum anda membeli cincin untuk kegunaan anda, anda perlu terlebih dahulu tahu ukuran size cincin emas yang sesuai untuk jari anda. Mengetahui ukuran jari ini penting bagi mengelakkan anda tersilap membeli cincin yang terlebih besar ataupon terlalu ketat untuk jari anda. 

Apabila anda tahu ukuran sebenar jari anda, barulah anda boleh membeli cincin samada di kedai ataupon boleh membeli di laman Shopee sahaja. Untuk tahu ukuran jari anda boleh sahaja lakukan sendiri di rumah atau dengan bantuan pekerja di kedai berdekatan. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara kira saiz cincin emas sendiri di rumah.

Cara Kira Saiz Cincin Emas

Tidak kiralah samada anda mencari cincin untuk hiasan, cincin untuk kawin, atau cincin tunang, anda perlu tahu ukuran jari anda terlebih dahulu. Untuk mengira ukuran ini anda boleh sahaja melakukan sendiri di rumah dengan beberapa alatan ringkas sahaja. Berikut adalah cara untuk ukur sendiri di rumah.

Ukur ukuran cincin menggunakan kertas

Saiz Cincin Emas
  1. Potong kertas secara memanjang
  2. Lilit kertas pada jari yang disarung cincin, pastikan ketat
  3. Tandakan pada bahagian yang bertemu.
  4. Boleh gunakan ukuran pada kertas tadi untuk diukur dengan pembaris.

Ukur ukuran cincin menggunakan tali pengukur badan

Saiz Cincin Emas
  1. Gunakan tali pengukur badan, lilit keliling jari anda
  2. Catatkan pada ukuran yang bertemu
  3. Rujuk carta saiz cincin untuk tahu saiz cincin yang sebenar.

Sesudah anda mengukur jari anda, boleh gunakan carta saiz cincin ini untuk rujukan saiz cincin.

s1 = 4.0cm
S2 = 4.2cm
S3 = 4.3cm
S4 = 4.4cm
S5 = 4.5cm
S6 = 4.6cm
S7 = 4.7cm
S8 = 4.8cm
S9 = 4.9cm
S10 = 5.0cm
S11 = 5.2cm
s12 = 5.3cm
S13 = 5.4cm
S14 = 5.5cm
S15 = 5.6cm
S16 = 5.7cm
S17 = 5.8cm
S18 = 6.0cm
S19 = 6.1cm
S20 = 6.2cm
S21 = 6.3cm
S22 = 6.4cm
s23 = 6.5cm
s24 = 6.6cm
s25 = 6.7cm
s26 = 6.8cm
s27 = 6.9cm
s28 = 7.0cm
s29 = 7.1cm
s30 = 7.2cm
s31 = 7.3cm
s32 = 7.5cm
s33 = 7.6cm

Rujukan Regina Patrick

Apabila anda mengukur ukuran jari, terdapat beberapa perkara yang anda boleh perhatikan, ini bagi memastikan ukuran yang anda peroleh lebih tepat, antaranya adalah:

  • Ukuran jari boleh berubah bergantung kepada keadaan badan dan sekeliling. Waktu terbaik untuk mendapat bacaan yang tepat adalah pada waktu siang hari.
  • Sebolehnya anda mengambil ukuran sebanyak 2 ke 3 kali untuk mendapatkan purata ukuran jari anda.
  • Ketika membeli cincin pula, pastikan anda bertanya dahulu jenis cincin yang ingin dibeli. Ini kerana setiap cincin mempunyai ukuran saiz yang sedikit berbeza berganting fizikal suatu cincin. 
  • Terdapat banyak jenis carta ukuran cincin, samada dalam cm atau mm. Anda boleh covert ukuran jika perlu. 

Apabila anda sudah tahu ukuran sebenar cincin anda, maka mudahlah anda untuk membeli cincin. Malah kini semakin ramai yang membeli cincin secara dalam talian sahaja di Shopee. Kelebihan utama membeli cincin di Shopee ini adalah wang anda akan lebih selamat kerana ia hanya akan diberikan kepada penjual hanya apabila cincin anda selamat sampai. 

Malah courier juga mempunyai polisi ketat untuk penghantaran barangan beharga seperti cincin emas bagi menggelakkan kes barang hilang, hanya anda sebagai pembeli sahaja yang boleh menerima barangan beharga anda. 

Jika diperhatikan pula semakin banyak jenama-jenama menjual emas yang terkenal mula membuka kedai di Shopee seperti Habib Jewels, Tomei dan juga Poh Kong. Anda boleh shopping di hujung jari sahaja!

Selain itu, anda juga boleh dapatkan koleksi voucher dan cashback di Shopee. Anda boleh dapatkan kesemua voucher ini secara percuma melalui link yang kami sertakan di bawah. Terdapat juga vocuher semasa yang terhad untuk tempoh terhad sahaja, jangan lupa tebus ya.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Link kedai emas jenama terkenal di Shopee

Tomei : https://shope.ee/9K49LMgGw4

POH KONG : https://shope.ee/AJwgX5fMTw

Habib : https://shope.ee/4zvABMt6m0

Akhir Kata

Untuk mendapatkan ukuran jari ini tidaklah sukar, anda hanya perlukan pembaris @ tali pengukur badan untuk mendapatkan ukuran jari anda. Proses ini anda boleh lakukan sendiri di rumah sahaja, untuk pembelian dalam talian, anda boleh nyatakan ukuran jari anda kepada penjual melalui ruangan chat yang disediakan, seller akan lebih arif dalam menyedikan jenis cincin yang sesuai untuk anda. Anda mempunyai cincin yang lama dan perlu dibasuh? Boleh terus ke artikel cara cuci emas. Semoag bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top