Table of Contents
Nak belajar cara nak buat google form dengan mudah? Google form adalah salah satu produk digital yang dikeluarkan oleh google untuk kegunaan pelangan google sendiri. Ia adalah tool digital yang membolehkan orang ramai mencipta borang digital, uji selidik, quiz dan banyak lagi. Berita baiknya, anda boleh menggunakan google form ini dengan percuma dengan kapasiti peyimpanan data sebanyak 15GB.
Di dalam artikel ini kami kongsikan langkah demi langkah untuk membuat google form untuk rujukan anda. Selepas mengikuti artikel ini anda sudah boleh membuat google form anda sendiri untuk kerja harian anda.
Cara Nak Buat Google Form Kehadiran
Salah satu fungsi google form ini adalah anda boleh membuat borang untuk kehadiran pelajar, kaedah menggunakan Google Form untuk kehadiran ini sangat bagus kerana ia mempunyai sistem yang mudah dan kelajuan website yang tinggi. Jadi di sini kami kongsikan cara buat borang kehadiran dengan menggunakan google form.
Mulakan dengan masuk ke dalam Google Drive, buat satu Folder khusus untuk kehadiran pelajar.
Di dalam folder kehadiran, buat folder kehadiran untuk setiap kelas jika anda mengurus lebih dari satu kelas.
Di dalam folder kelas, tekan butang “+ New” dan pilih Google Form.
Asingkan nama form dengan minggu 1 @ anda boleh juga asingkan mengikut setiap sesi kelas anda.
Setelah itu, anda boleh mula nyatakan soalan-soalan untuk pelajar anda nyatakan kehadiran mereka, antara yang biasa adalah:
- Nama penuh:
- No. Matriks:
- Saya hadir ke kelas atas talian (Pilihan untuk tick)
Untuk setkan soalan seterusnya anda hanya perlu menekan butang + atau “add question” untuk tambahan soalan baru.
Anda mesti tick butang “Required” untuk memastikan setiap soalan mesti dijawab oleh pelajar.
Setelah selesai borang kehadiran anda, anda perlu “share” link form ini melalui share link untuk diberikan kepada pelajar.
Anda boleh setkan berapa lama borang ini boleh diisi, ini membolehkan pelajar mengisi borang pada waktu kelas berjalan dan bukan selepas waktu kelas. Untuk menutup borang ini daripada diisini anda boleh masuk ke tab “Responses” dan untick “Accepting responses”.
Akhir Kata
Untuk membuat google form ini tidaklah sukar, malah mereka yang kali pertama pon masih boleh membuat borang google form ini dengan cepat dan mudah sahaja. Yang paling penting anda mesti mempunyai email gmail dan mendaftar masuk ke dalam Google Drive untuk menyimpan semua data borang anda. Baca tips seterusnya, terus ke artikel cara order foodpanda. Semoga bermanfaat!