cara membuat rumusan

Cara Membuat Rumusan

Terdapat beberapa cara membuat rumusan dengan betul dan baik, di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya yang anda perlu tahu untuk mencipta sebuah rumusan yang baik. Untuk membuat satu rumusan yang bagus anda memerlukan beberapa tip yang telah dimasukkan ke dalam format pembelajaran.

Tips Umum Cara Membuat Rumusan

  1. Panjang petikan yang diberikan tidak melebihi 300 patah perkataan
  2. Petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang daripada dua fokus
  3. Bahan rumusan terdiri daripada sekurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza. (Contoh: petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi tidak mempunyai tema yang sama.
  4. Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
  5. Calon perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam semua bahan.

Tips Menulis Pendahuluan Rumusan

  • Baca petikan yang dikemukakan dengan teliti
  • Kenal pasti F1 dan F2 jika bahan yang mempunyai dua fokus atau F1, F2, dan F3 jika bahan mempunyai riga fokus.
  • Anda boleh menggunakan formula pembinaan pendahuluan seperti ini:

Pendahuluan (Dua Fokus)

  • Rumusan membincangkan F1 dan F2 

Contoh: Rumusan membincangkan (F1) punca-punca pencemaran alam sekitar dan (F2) langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar.

Pendahuluan (Tiga Fokus)

  • Rumusan membincangkan F1, F2, dan F3

Contoh: Rumusan membincangkan (F1) punca-punca pencemaran alam sekitar, (F2) langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar, dan (F3) kesan-kesan pencemaran alam sekitar.

Rangka Rumusan

Pendahuluan (Perenggan Pendahuluan)

Rumusan membincangkan (F1) punca-punca penyakit berjangkit dan (F2) langkah-langkah mengatasi penyakit berjangkit. 

Fokus 1 (Punca-punca Penyakit Berjangkit)

Bahan 1

  • Titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin.
  • Kemasukan pekerja asing yang tidak terkawal atau tanpa saringan.
  • Perhubungan secara terus dengan warga asing berpenyakit.

Bahan 2

  • Gigitan nyamuk Anopheles yang dijangkiti perasit.
  • Makanan yang terdedah kepada bakteria.
  • Sentuhan permukaan yang terdapat virus.

Fokus 2 (Langkah-langkah Mengatasi Penyakit Berjangkit) 

Bahan 1

  • Pengesahan tahap kesihatan pekerja asing terutamanya yang bekerja dalam penyediaan makanan.
  • Memastikan sumber air yang digunakan ketika mencuci dan memasak daripada air yang bersih.
  • Masyarakat juga perlu mengelakkan makan sayur-sayuran mentah
  • Mengupas kulit buah buahan sebekum dimakan.

Tips Menulis Penutup Rumusan

  • Anda perlu mengingati idea keseluruhan petikan semula dan F1, F2, serta F3 untuk menulis penutup rumusan.
  • Bina kesimpulan/penutup rumusan dengan menggunakan formula yang berikut:

Kesimpulan + Cadangan + Tema + Kesan

  • Gunakan kata hubung untuk menggabungkan ketiga-tiga unsur tersebut (Cadangan + Tema + Kesan)

Contoh: supaya, agar, bagi, dan untuk (SABU)

  • Anda perlu menentukan tema petikan dan bahan dengan tepatnya
  • Yang berikut merupakan formula untuk menulis penutup rumusan.

Kesimpulannya + subjek + kata bantu ragam + positif/negatif + tema + SABU + kesan

Contoh:

Subjek

  • Semua pihak 
  • Pihak kerajaan
  • Pihak sekolah
  • Masyarakat
  • Ibu bapa
  • Rakyat 

Kata bantu ragam

  • Perlulah 
  • Hendaklah 
  • Haruslah
  • Mestilah

Positif/negatif

Positif:

  • Bekerjasama
  • Menggalakkan
  • Menyokong
  • Peka terhadap

Negatif:

  • Bekerjasama
  • Mengelakkan
  • Membendung
  • Membasmi

Tema

  • Pendidikan
  • Ekonomi
  • Sosial
  • Alam sekitar

SABU (supaya, agar, bagi, dan untuk )

  • Imej negara dipandang tinggi di mata dunia
  • Negara menjadi semakin maju
  • Kemakmuran negara dapat dikekalkan
  • Tahap kesihatan rakyat sentiasa terpelihara

 

  • Akhir sekali kira jumlah perkataan yang ditulis, pastikan rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.
  • Potong mana-mana perkataan yang tidak penting jika jumlah perkataan melebihi 120 patah perkataan.
  • Tulis jumlah perkataan rumusan pada bahagian kanan bawah rumusan anda dalam kurungan.

Kredit Learning With Shirley 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Link barangan melukis di Shopee

Pensel Lukisan : https://shope.ee/3ATduUmJfc

kertas lukisan : https://shope.ee/8p80ew8TTc

 

Akhir Kata Cara Membuat Rumusan

Untuk membuat rumusan ini tidaklah sukar, anda hanya perlu mengenalpasti fokus 1 dan 2 (F1 dan F2) untuk membuat huraian bekernaan suatu tajuk atau tema. Diharap dengan bantuan ini boleh membantu para pelajar untuk membuat rumusan dengan lebih baik dan terbaik. Artikel seterusnya cara nak buat google form.  

error: Content is protected !!
Scroll to Top