Cara Membuat Buku Skrap Yang Kreatif Dan Cantik

Cara membuat buku skrap yang kreatif dan unik tidaklah sukar, anda hanya perlu lebih rajin untuk menghasilkan beberapa hiasan pada halaman buku anda. Terdapat banyak variasi dan contoh hiasan buku skrap yang cantik untuk ditiruvasi. Di dalam slot ini kami kongsikan cara membuat buku skrap dan cara hias dengan cantik dan kreatif.

Untuk mula membuat buku skrap, anda perlu terlebih dahulu kenalpasti tema dan tajuk utama buku skrap anda. Ini kerana buku skrap ini mempunyai corak dan hiasan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Untuk buku skrap formal hiasannya tidaklah perlu terlalu unik, sebaliknya hanya perlu lebih simple dan ringkas sahaja. 

Isi Kandungan Buku Skrap

Asas utama dalam setiap buku skrap baik formal atau tidak formal adalah mempunyai isi kandungan. Sama juga seperti buku bacaan, skrap juga memerlukan halaman isi kandungan sebagai penanda muka surat untuk setiap tajuk. Untuk membuat isi kandungan ini tidaklah sukar, anda hanya perlu membuat sistem nombor pada setiap muka surat skrap anda dan tetapkan muka surat tertentu untuk tajuk tertentu.  

Pendahuluan Buku Skrap

Antara halaman pertama yang perlu ada di dalam buku skrap adalah pendahuluan buku skrap. Untuk lebih mudah faham, pendahuluan buku ini perlulah mengandungi tiga perkara iaitu, 

  • Kata-kata aluan
  • Latar belakang isi kandungan 
  • Tujuan utama buku skrap anda

Untuk pendahuluan ini tidaklah perlu panjang, sebaliknya cukup dengan hanya satu peringggan atau satu muka surat sahaja. Jika anda membuat buku skrap tidak formal, anda boleh sahaja langkau bahagian pendahuluan ini.  

Contoh Penutup Buku Skrap

Untuk penutup pula, anda perlu menyediakan satu atau dua perenggan untuk merumuskan keseluruhan isi kandungan buku skrap anda. Rumusan ini hendaklah mengikut point taju-tajuk utama buku skrap anda. 

Cara terbaik  untuk menyediakan rumusan ini adalah anda perlu membuat ringkasan pada setiap tajuk utama buku skrap anda. Gabungan beberapa rumusan ini menjadikan satu perenggan penutup buku skrap anda. 

Contoh Penghargaan Buku Skrap

Untuk bahagian penghargaan pula anda boleh nyatakan dengan khusus individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses anda membuat buku skrap. Jika buku skrap anda melibatkan temu bual bersama seseorang, maka anda perlu sertakan nama individual yang ditemu bual. Jika terdapat supervisor dan cikgu yang membantu anda dalam menjayakan buku skrap ini, anda perlu memberikan kredit penghargaan kepada mereka. 

Cara Membuat Buku Skrap Manual

Bagi anda yang ingin membuat buku skrap sendiri, disini kami kongsikan langkah demi langkah untuk membuat buku skrap dengan mudah sahaja. Cara buat buku skrap ini adalah cara tradisional @ cara lama yang memerlukan anda menyediakan beberapa bahan. Antara bahan-bahan yang anda perlukan adalah: 

Bahan bahan untuk membuat buku skrap:

  • Pelekat gam
  • Gunting
  • Kertas manila kad
  • Cover dan kertas buku skrap siap banding (saiz A4)
  • Binding buku skrap

Langkah Pertama:

Langkah pertama adalah anda perlu untuk menyediakan lukisan @ gambarajah kepada satu-satu objek untuk diletakkan di dalaman buku skrap anda. Lukisan atau gambarajah ini anda boleh lukis sendiri atau anda boleh gunakan gambar-gambar daripada mana-mana keratan buku atau surat khabar. Pastikan ia bewarna untuk menjadikan buku skrap anda lebih menarik. 

Langkah Kedua: 

Gunting kesemua gambar yang telah siap, dan boleh mulakan proses untuk melekatkan gambar ke dalam setiap muka surat buku skrap anda. Anda boleh melekatkan lebih daripada satu gambar di dalam satu muka surat anda, namun pastikan muka surat anda mempunyai ruang untuk diletakkan tulisan @ text. 

Tahukah anda dengan sedikit gubahan pada cara melekatkan gam, anda boleh menjadikan buku skrap anda lebih kreatif iaitu dengan meletakkan gam secara menegak. Ini akan menjadikan buku skrap anda 3D dimana gambarajah anda akan menegak apabila satu-satu muka surat dibuka. 

Kredit :  nidapink90.blogspot.com

Langkah Ketiga:

Selesai proses menampal gambarajah, sekarang adalah masa untuk meletakkan text @ tulisan pada setiap halaman muka surat anda. Untuk text ini anda boleh melakukan dengan cara tulisan tangan atau anda boleh taip menggunakan komputer, print, gunting dan tampal seperti proses gambarajah. Pastikan setiap perenggan anda tidak terlalu panjang, cukup dengan meletakkan isi-isi penting sahaja.  

Langkah Keempat:

Setelah selesai proses gambarajah dan text/tulisan, anda boleh mula untuk merangka hiasan pada setiap halaman skrap anda. Kebiasaanya setiap buku skrap yang dijual mempunyai corak dan hiasan pada frame, jadi anda tidak perlu melakukan hiasan yang terlalu banyak, cukup sekadar tambahan untuk mencantikkan buku sahaja.

Namun, jika muka surat skrap anda plain @ kosong, anda boleh melakukan hiasan dengan kertas manila kad. Dengan ini boleh menjadikan setiap muka surat lebih cantik dengan kombinasi beberapa warna. 

Langkah Kelima:

Langkah terakhir adalah anda boleh melekatkan kesemua muka surat kertas A4 anda menjadi sebuah buku skrap. Jika anda mengunakan buku skrap yang ready made, anda tidak perlu risau kerana setiap muka surat kertas A4 anda telah siap di binding, anda hanya perlu pasang binding roll sahaja. 

Terdapat juga banyak buku nota yang boleh diubah suai untuk dijadikan buku skrap, anda boleh memilih mengikut jenis buku mengikut kreativiti anda. Selain itu, anda juga boleh mengunakan plastic page untuk dijadikan sebagai divider kepada tajuk utama, ia juga sebahagian daripada hiasan selain melindungi buku skrap daripada cepat rosak.

Design Buku Skrap Guna Canva

Jika anda nak lebih mudah tanpa perlu melakukan aktiviti gunting atau gam, terdapat satu cara moden untuk design buku skrap secara dalam talian @ online iaitu dengan mengunakan Canva.com. Dengan cara ini anda hanya perlu edit secara online di website Canva, simpan dan print sahaja. Proses lain yang anda perlu lakukan adalah anda perlu binding dan sekalikan dengan binding roll. 

Kelebihan design buku skrap mengunakan Canva ini adalah:

  • Template design disediakan
  • Boleh edit dengan mudah dan cepat
  • Boleh simpan dan edit semula
  • Boleh upload gambar anda
  • Terdapat ratusan gambarajah boleh guna

Bagi anda yang mempunyai komputer dan line internet yang laju boleh mencuba mengunakan canva untuk membuat buku skrap anda. Malah cara untuk design nya mudah sahaja, berikut adalah beberapa cara asas untuk design skrap mengguunakan canva. 

Kelebihan utama design melalui canva ini adalah anda boleh menggunakan ratusan gambarajah dan pilihan ratusan jenis text untuk skrap anda. Selain itu, anda juga boleh edit warna gambarajah, text, dan juga latar belakang buku skrap anda. Terdapat juga ratusan temple ready uses untuk pilihan anda.  

Di dalam Canva anda boleh memilih scrapbook saiz dan template ready uses

Anda boleh menggunakan ukuran kertas A4 untuk ukuran buku skrap biasa.

Contoh editing & design menggunakan Canva

Canva adalah website yang mempunyai dua pilihan langganan iaitu percuma dan juga berbayar, untuk membuat buku skrap ini langgan pencuma sudah memadai. Namun langganan berbayar turut menyediakan beberapa kelebihan terutamanya lebih banyak pilihan gambarajah dan element. 

Cara Menghias Buku Skrap Dengan Kreatif

Mempunyai buku skrap yang cantik dan kreatif adalah idaman bagi semua orang, hiasan buku skrap kreatif ini perlu memainkan peranan dalam menonjolkan buku anda agar kelihatan lebih kemas dan unik. 

Terdapat pelbagai variasi hiasan buku skrap yang anda boleh cuba, antara yang paling popular dan unik adalah hiasan jenis 3D. Corak 3D ini adalah antara yang popular dalam kalangan pelajar dan memerlukan masa dan idea untuk melaksanakannya. Selain itu, untuk membina corak 3D ini anda memerlukan lebih banyak alatan terutamanya kertas manila kad untuk membuat gambarajah bentuk 3D di setiap muka surat buku anda.

Kredit : itsmejd.com

Untuk jenis skrap biasa, anda boleh menghias buku anda dengan gubahan beberapa kertas manila kad. Selain corak frame yang sudah ada pada kertas muka surat, anda boleh melakukan hiasan dengan menambah manila kad untuk membentuk elemen-elemen bewarna pada muka surat. Selain itu, anda juga boleh menggunakan jenis buku nota yang lebih kreatif untuk menjadikan buku skrap anda lebih unik.

Bagi anda yang menggunakan canva pula, menghias corak buku skrap ini menjadi lebih mudah dan simple. Ini kerana di dalam canva itu sendiri mempunyai banyak pilihan gambarajah dan elemen untuk digunakan. Tambahan, dalam canva juga mempunyai pilihan edit warna, font tanpa had, anda boleh hias buku skrap anda mengikut kreativiti anda sendiri. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Buku Skrap A4 : https://shope.ee/89rtzPGdJS

Buku Nota Comel : https://shope.ee/7pF3asTHto

Kertas Manila Kad : https://shope.ee/79zMni3fqz

Akhir Kata

Membuat buku skrap tidaklah sukar, anda hanya perlu mempunyai minat dan sedikit tiruvasi daripada buku skrap sedia ada untuk dijadikan sebagai ilham hiasan. Anda juga boleh dapatkan bahan-bahan buku skrap ini secara dalam talian di Shopee dengan harga yang murah dan jimat. Baca juga artikel buku skrap kemerdekaan. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version