8 Bakul Rotan Popular Pilihan Nitizen Malaysia

Bakul rotan adalah satu aksesori rumah yang penting buat masa kini, ini kerana bukan sahaja disebabkan reka bentuknya yang cantik, tetapi ia juga menjadi keperluan dalam sesetengah keperluan kerja rumah. Kelebihan bakul ini adalah diperbuat daripada olahan dan anyaman rotan yang diperoleh secara semulajadi. Selain mempunyai bentuk deko yang cantik, rotan ini mempunyai mempunyai ketahanan yang baik menjadikan bakul rotan lebih tahan lama. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis bakul rotan yang menjadi pilihan nitizen di Malaysia.

Bakul Rotan Besar ( Produk China )

Bakul Rotan

Salah satu pilihan nitizen di malaysia ialah kebanyakkannya mencari produk bakul rotan bersaiz besar. Bakul ini direka dengan fungsi untuk digunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang seperti baju, barang dapur, buku, dan barang peribadi. Bakul rotan besar ini dianyam menggunakan rotan yang berkualiti dan disalut dengan bahan melindung bagi mengelakkan cepat rosak. 

Set bakul ini hadir bersama dengan kain di bahagian dalam bakul sebagai pelapik. Sulaman rotan pada bakul ini juga dibuat secara berlapis dan tebal, selain kelihatan kemas, sulaman rotan yang tebal juga menjadikan bakul ini lebih tahan lama. Set bakul rotan ini hadir bersama dengan beberapa pilihan corak kain pelapik. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk set yang mempunyai penutup ataupun tidak mempunyai penutup. Ukurannya pula terbahagi kepada 4 ukuran untuk pilihan anda. 

Set bakul rotan besar ini adalah buatan dari china, namun anda boleh mendapatkannya secara dalam talian di shopee dan penghantaran terus dari china ke rumah anda. Untuk butiran lanjut anda boleh tekan link di bawah untuk terus ke laman pembelian shopee.

Bakul Rotan Kecil

Bakul Rotan

Selain bakul rotan besar, bakul rotan saiz kecil juga menjadi carian dalam nitizen Malaysia. Tidak seperti bakul saiz besar, bakul saiz kecil ini pula sesuai dijadikan sebagai barang hiasan di dalam rumah. Disebabkan saiznya yang kecil, bakul ini juga sesuai dijadikan sebagai bekas hadiah kepada seseorang atau bekas cenderahati dalam majlis. 

Bakul rotan kecil ini mempunyai 4 jenis rekaan dan warna, kelebihan utama bakul ini adalah disebabkan saiznya yang kecil, bakul ini mempunyai berat yang ringan. Selain itu, anyaman rotannya juga adalah tidak tebal sesuai dengan ukuran saiz. Bakul ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan deko rumah yang berkonsepkan semulajadi dan rotan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan bakul ini anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

Bakul Rotan Baby

Bakul Rotan

Mungkin ramai tidak tahu bahawa bakul rotan juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk bahan-bahan baby anda. Bagi kebanyakan ibu yang mempunyai baby, sudah pasti bakul rotan baby adalah antara termasuk dalam senarai persediaan sebelum kelahiran cahaya mata. 

Sesuai dengan material diperbuat dari anyaman rotan, bakul ini sudah pasti mempunyai ketahanan yang tahan lama dan lasak. Keunikan bakul rotan baby ini adalah mempunyai corak anyaman yang cantik sepanjang bakul. Bakul ini juga dianyam dengan tebal bagi memastikan ia kemas ketika digunakan. Pada bahagian atas bakul ini mempunyai tempat pemegang yang turut diperbuat daripada rotan, ini memudahkan para ibu untuk membawa ini bersama barang keperluan baby ke mana-mana sahaja.

Bakul rotan baby ini mempunyai 16 jenis corak dan anyaman beserta 3 jenis ukuran untuk pilihan anda, jika anda berminat anda boleh terus ke laman pembelian shopee dengan menekan butang harga di bawah.

Bakul Rotan Hantaran Kahwin

Bakul Rotan

Selain untuk keperluan harian, bakul rotan juga sangat sinonim dijadikan sebagai bahan hantaran dalam majlis perkahwinan orang melayu. Tahukah anda bahawa untuk tujuan hantaran perkahwinan, terdapat bakul yang direka khas untuk dijadikan bekas hantaran. Bakul ini sudah pastinya diperbuat dari rotan yang berkualiti dan dianyam dengan baik dan kemas untuk tujuan hantaran. 

Bakul hantaran ini mempunyai bentuk yang bulat dan bujur serta mempunyai tempat pemegang yang turut diperbuat dari rotan. Rotan ini mempunyai lapisan yang tebal di bahagian bawah untuk memastikan ia kemas dan cantik apabila diletakkan barang hantaran di dalamnya. 

Bakul Rotan Ikea

Bakul Rotan

Apabila melibatkan perabot kediaman, sudah pasti ramai yang mencari produk yang berkonsep kan ikea. Berita baiknya, terdapat juga bakul rotan ikea yang anda boleh dapat secara dalam talian sahaja. Keunikan bakul rotan ini adalah direka dengan berkonsep kan minimalis. Bakul ini mempunyai lapisan anyaman rotan yang sangat jarang dan nipis, anyaman rotan bakul ini berntuk corak menjadikan ia kelihatan cantik dan menarik. Bakul ini juga mempunyai tempat pemegang di bahagian atas untuk memudahkan proses pengankat. 

Secara kasarnya bakul ini sesuai dijadikan sebagai bakul untuk meletak kain selepas dikeringkan. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan sebagai bakul untuk meletak barangan peribadi di dalam bilik, ataupun boleh juga dijadikan barang deko di dalam rumah. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus tekan butang dibawah.

Bakul Rotan Sabah

Bakul Rotan

Bakul rotan yang diperbuat dari sabah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jenis bakul ini mempunyai corak dan anyaman yang berkonsep kan budaya borneo ataupun negeri sabah khususnya. Bakul ini mempunyai anyaman yang padat dan sedikit tebal pada bahagian bakulnya, manakala pada bahagian atasnya pula mempunyai tempat pemegang yang kecil, sesuai untuk digunakan untuk mengangkat bakul. 

Bagi orang Sabah, bakul seumpama ini banyak digunakan sebagai bakul galas untuk mengangkat barang-barang hasil pertanian. Bagi orang Malaysia, bakul ini sesuai dijadikan sebagai bahan deko rumah, ataupun boleh dijadikan sebagai pasu bunga, bakul baju, dan lain-lain. Bakul ini hadir dengan 5 jenis ukuran untuk pilihan pengguna, untuk maklumat lanjut sila tekan butang di bawah.

Bakul Rotan Baju

Bakul Rotan

Bagi suri rumah sudah pasti mencari bakul rotan yang boleh dijadikan sebagai bakul baju. Disebabkan bakul rotan ini diperbuat daripada rotan, maka bakul ini lebih tahan lasak dan tahan lama untuk digunakan sebagai bakul basuh baju. Bakul ini direka dengan saiz yang besar dan mempunyai lapisan rotan yang tebal di sekelilingnya. 

Di bahagian dalam bakul ini mempunyai lapisan kain sebagai pelapik, kain ini boleh dibuka dan dipasang semula jika perlu. Bakul rotan ini juga mempunyai bahagian penutup yang juga diperbuat daripada rotan semulajadi. Sudah pastinya bakul rotan ini sangat sesuai untuk para suri rumah yang inginkan bakul yang cantik dan kemas semasa menguruskan urusan basuh baju.

Bakul Rotan Bertutup Serbaguna

Terdapat juga jenis bakul rotan yang dibuat sesuai untuk banyak perkara. Bakul rotan ini sudah pastinya mempunyai kelebihan dari segi ruang, ukuran dalam yang luas, dan juga mempunyai penutup yang kemas. Secara dasarnya bakul ini sesuai untuk digunakan dalam banyak perkara sama seperti kegunaan bakul-bakul yang lain. 

Daripada dijadikan perhiasan deko rumah, hinggalah kepada hadiah dan cenderahati serta untuk kegunaan harian bakul ini sangat baik dan sesuai. Bakul ini mempunyai 4 jenis corak dan warna, dan mempunyai 2 jenis ukuran saiz untuk pilihan para pembeli. Anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman pembelian dalam talian shopee. 

Akhir kata

Ternyata bakul rotan mempunyai banyak keistimewaan dan keunikan yang sangat bagus untuk para pengguna. Memilih rotan yang berkualiti dan anyaman rotan yang cantik dan kemas juga perlu bagi memastikan bakul yang dibeli betul-betul berbaloi dengan harga yang dibeli, diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi pengguna yang lebih bijak.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top