Buku Skrap Kemerdekaan Malaysia

Pastinya ramai pelajar mencari idea untuk buku skrap kemerdekaan di sekolah masing-masing. Di Malaysia setiap tahun akan menyambut hari kemerdekaan termasuklah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Oleh itu, pastinya para pelajar akan diberi tugasan untuk menyediakan buku skrap mengenai sejarah dan tokoh kemerdekaan tanah melayu.

Malah subjek kemerdekaan ini menjadi antara tajuk utama di dalam buku sejarah tingkatan 4, tingkatan 5, dan tingkatan 6. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa info dan contoh buku skrap kemerdekaan yang anda boleh tiruvasi untuk projek hari kemerdekaan Malaysia. Jika anda mencari bahan buku skrap murah, dan boleh cari sahaja di laman jual beli Shopee jangan lupa tebus voucher Shopee di hujung artikel ini.

Contoh Buku Skrap Kemerdekaan

Kredit : hasrulhassan.com & facebook.com

Untuk membuat sebuah buku skrap yang terbaik, anda perlu terlebih membuat kajian adan carian tentang info dan kandungan buku anda. Anda boleh membuat carian melalui buku-buku text sejarah ataupon boleh juga menggunakan google untuk mencari info berkenaan kemerdekaan Malaysia. 

Terdapat beberapa info yang boleh dijadikan tajuk buku anda, info ini boleh dijadikan tajuk utama dan juga tajuk-tajuk kecil kandungan buku skrap anda. Setiap tajuk ini mestilah mempunyai gambarajah dan juga info ringkas yang berkaitan. Berikut adalah tajuk yang anda boleh sertakan di dalam buku skrap anda. 

Design Buku Skrap Kemerdekaan Guna Canva

Anda boleh design buku skrap anda dengan mengunakan canva, website ini mempunyai pilihan kertas ukuran A4 sesuai untuk membuat buku skrap projek sekolah. Tambahan, anda juga boleh edit 100% muka surat buku anda secara dalam talian sahaja. Terdapat beratus templet percuma yang anda boleh gunakan di canva. Anda hanya perlu print dan binding kesemua kertas anda hinggalah menjadi buku skrap lengkap. 

Secara umumnya, anda hanya perlu menghias muka depan buku anda agar lebih menyerlah tema utama iaitu kemerdekaan Malaysia. Anda boleh menggunakan gambarajah seperti bendera Malaysia, gambar Tuanku Abdul Rahman, percu tanda negara Malaysia atau apa-apa sahaja yang berkaitan Malaysia.

Tokoh Kemerdekaan Malaysia

Berikut adalah beberapa tokoh kemerdekaan Malaysia yang telah tercatat di dalam sejarah. Tokoh-tokoh ini telah berjuang menentang penjajah hingga ke akhir hayat mereka. Oleh itu, mereka layak untuk digelar sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia.

Terdapat beberapa nama tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara Malaysia, anda boleh fokus kepada nama-nama yang terdapat di dalam buku-buku text sahaja. Pastikan juga anda sertakan serba ringkas info berkenaan tajuk utama anda. Jika boleh sertakan sekali biodata tokoh-tokoh kemerdekaan ini. 

Tuanku Abdul Rahman Putra

Apabila menyambut hari kemerdekaan Malaysia, antara tokoh yang paling popular dan diingati adalah Tuanku Abdul Rahman Putra atau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Beliau adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan sumbangan besar beliau adalah mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada masa itu. 

Kemahiran beliau telah membantu menyatukan bangsa dan kaum yang ada di tanah melayu untuk bersama-sama mendapatkan kemerdekaan. Beliau juga adalah penentang kepada penubuhan Malayan Union di tanah melayu.  

Tun Sir Hendry H.S Lee

Selain Tuanku Abdul Rahman, antara tokoh pejuang kemerdekaan tanah melayu adalah Tun Sir Hendry H.S Lee. Beliau antara nama penting dalam penubuhan parti kaum cina di tanah melayu iaitu MCA. Selepas mencapai kemerdekaan, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan hinggalah 1959. 

Tun V.T. Sambanthan

Beliau adalah pejuang kaum india di tanah melayu yang berasal dari sungai siput perak. Beliau adalah antara nama penting bersama-sama Tun Sir Hendry dalam menyatu padukan kaum di malaysia untuk mencapai kemerdekaan bersama-sama. 

Mat Salleh

Mat salleh atau nama sebenarnya adalah Datu Mat Salleh adalah seorang pejuang yang menentang kepada penjajah british di Sabah. Mat salleh telah menentang pencerobohan Kompeni Hindia Timur Inggris selama 6 tahun dan meninggal pada tahun 1900. Beliau dikenali sebagai pemberontak dalam kalangan penjajah Inggris tetapi nama beliau adalah pejuang untuk rakyak tanah melayu.

Rentap

Bagi negeri Sarawak pula, Rentap adalah tokoh kemerdekaan yang menjadi anggota utama menentang pemerintahan Raja Putih Brooke. Panggilan rentap ini adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kerana keberaniannya memanggal kepala musuh di dalam perang pertamanya. 

Tok Janggut

Seorang pahlawan yang menentang penjajahan di negeri Kelantan. Nama sebenar beliau adalah Haji Mohd Hassan Bin Panglima Mat Munus, beliau diberi gelaran tok janggut kerana mempunyai janggut panjang hingga ke paras dada. Beliau adalah tokoh agamawan negeri kelantan yang menentang cukai yang dikenakan oleh pihak british di negeri kelantan. 

Mat Kilau

Mat Kilau atau nama sebenarnya adalah Mat Kilau bin Imam Rasu adalah pahlawan yang menentang penjajah di negeri Pahang. Beliau seorang yang mahir dalam ilmu batin dan seni persilatan. Beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai kepimpinan dalam kalangan penduduk negeri Pahang dan antara penentang kuat penjajah ketika itu. 

Dato Maharaja lela

Beliau adalah salah seorang pembesar di negeri Perak yang berasal dari Luwuk, Sulawesi. Beliau mempunyai kuasa boleh melaksanakan hukuman pancung kepada penduduk yang melakukan kesalahan yang setimpal. Beliau adalah antara perancang utama pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch) ketika itu. 

Tok Gajah

Tok gajah adalah ayah kepada pahlawan Mat Kilau, beliau bersama-sama Datuk Bahaman dan Datuk Lela yang menentang inggeris setelah inggeris berjaya mengambil alih kuasa negeri Pahang dengan tipu helah. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pembesar dan penduduk negeri Pahang. Keberanian beliau berhadapan askar-askar inggeris menjadikan beliau tokoh yang disegani pada masa itu.  

Kesemua info tokoh kemerdekaan ini anda boleh salin dan gunakan di dalam buku skrap anda, pastikan anda turut sertakan gambarajah tokoh-tokoh yang dinyatakan. Yang paling penting adalah pastikan info text ini ringkas dan jelas untuk rujukan pembaca.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Buku Skrap A4 : https://shope.ee/89rtzPGdJS

Buku Nota Comel : https://shope.ee/7pF3asTHto

Kertas Manila Kad : https://shope.ee/79zMni3fqz

Akhir Kata

Untuk membuat buku skrap sejarah ini tidaklah sukar, anda hanya perlu menyediakan info dan gambar yang berkaitan untuk dijadikan kandungan buku anda. Anda juga boleh dapatkan buku skrap ready made secara dalam talian sahaja di Shopee. Anda boleh tebus voucher percuma yang kami sediakan di atas ini. 

Selain daripada isi kandungan buku skrap, antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah pada bahagian muka depan buku skrap anda. Terdapat banyak cara edit dan design muka depan ini, untuk rujukan lanjut boleh terus ke artikel ini ;  muka depan buku skrap. Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya untuk projek buku kemerdekaan anda!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version