7 Karpet Murah Paling Cantik & Terbaik

Karpet adalah salah satu aksesori deko rumah yang penting di dalam rumah, dengan adanya karpet yang cantik di dalam rumah sudah semestinya menjadikan rumah sebagai tempat yang selesa untuk keluarga. Kini terdapat banyak jenis karpet murah yang dijual di pasaran tempatan yang boleh menjadi pilihan sebelum membeli. 

Walaupun karpet murah ini dijual dengan harga yang mampu milik, namun ia juga mempunyai kualiti yang setanding dengan karpet yang mahal. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis karpet murah yang popular di malaysia. Kesemua jenis karpet ini boleh didapati secara di dalam talian sahaja.

Karpet Bulu Lembut / Ruffle Shaggy Carpet 

Tidak dinafikan lagi karpet ini adalah karpet murah yang popular dalam kalangan pembeli dalam talian. Dengan harga ditawarkan serendah RM9.99 menjadikan karpet ini telah terjual sebanyak lebih 3000 unit di shopee. 

Dengan material yang diperbuat dari kain dan bulu yang lembut menjadikan ia selamat dari sebarang punca alahan kepada pengguna. Karpet ini sangat sesuai dijadikan alas lantai untuk ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi, dan bilik mainan kanak-kanak. 

Lapisan bawah karpet ini diperbuat daripada bahan polyester pile untuk mengelakkan daripada mudah terlipat dan rosak. Kebanyakan karpet murah mempunyai satu kekurangan iaitu lapisan bulunya mudah terabut dan tertanggal, namun tidak pada karpet ini kerana diperbuat dari material yang tahan lama dan tahan lasak. 

Karpet bulu ini juga sangat mudah dibasuh dan dikeringkan tanpa merosak bahan materialnya. Hadir bersama dengan 17 jenis warna untuk pilihan citarasa anda. 

Carpet Tatami

Karpet murah jenis tatami ini adalah corak yang baru dan murah. Diperbuat dari material yang tebal menjadikan karpet ini sesuai dijadikan lapik lantai untuk ruang tamu dan bilik. Diperbuat dari bahan utama iaitu foam menjadikan karpet ini sangat lembut apabila disentuh.

Mempunyai 3 jenis saiz iaitu M,L, dan XL dengan pilihan corak yang random. Karpet ini telah terjual sebanyak 2000 unit lebih di dalam talian menjadikan ia karpet murah mampu milik pilihan para pengguna malaysia.  

Karpet Murah 3D

Karpet murah 3D ini mempunyai keunikan dengan mempunyai corak yang cantik dan unik. Dengan set 10 jenis pelbagai corak 3D mengikut citarasa anda. Karpet ini hadir bersama pilihan 3 jenis saiz M, L, dan XL. 

Diperbuat dari material soft velvet memberikan tekstur lembut pada karpet ini. Mempunyai jahitan yang tebal menjadikan karpet ini tidak mudah rosak dan terlipat. Karpet ini juga boleh dicuci tanpa mengurangakn kualiti material original. Karpet jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pemandangan deko yang mewah di dalam rumah. 

Karpet Lembut Tatami 

Karpet jenis tatami yang simpel dan sesuai dengan deco rumah yang minimalis. Karpet ini mempunyai tekstur bulu yang tebal dan lembut sangat sesuai dijadikan karpet untuk di kawasan rehat sofa rumah anda. Lapisan bawahnya direka agar tidak mudah terlipat dan mudah rosak. 

Karpet tatami ini hadir bersama dengan 12 jenis corak dan warna untuk pilihan citarasa anda. Mempunyai pilihan 3 jenis saiz untuk disesuaikan dengan ruang sofa anda. Set karpet murah ini sudah terjual sebanyak lebih 200 unit di dalam talian shopee.

Koleksi Karpet 3D Lantai

Koleksi set karpet murah ini meliputi set tatami dan toto. Mempunyai lebih 20 jenis corak 3D untuk pilihan citarasa anda. Keunikan karpet 3D ini adalah mempunyai corak dan warna yang cantik dan unik, sangat sesuai untuk hiasan rumah yang berkonsep kan deko mewah dan elegent. 

Koleksi karpet ini telah terjual sebanyak 3000 unit lebih di dalam talian shopee dan memperoleh rating 5 star sebanyak lebih 1000. 

Koleksi Karpet Murah 5D

Koleksi karpet murah 5D pilihan popular di dalam talian dengan 6000 unit lebih telah terjual dan memperoleh lebih 2000 rating 5 star. Corak dan warna karpet 5D ini sangat sesuai dengan konsep deko rumah yang ingin menonjolkan kemewahan dan elegan.

Hadir bersama dengan 20 jenis corak dan warna untuk pilihan citarasa anda. Karpet ini mempunyai lapisan bawah yang tahan lasak dan tidak mudah berlipat. Ia juga mudah dibasuh dan dikeringkan tanpa mengubah kualiti asal karpet.

Karpet Murah Bulu Lembut

Karpet murah dengan kualiti material yang lembut dan tebal ini sangat popular dan menjadi pilihan ramai. Diperbuat dari material Polyster Fiber menjadikan lapisan atas sangat lembut dan mudah untuk dibasuh tanpa mengurangkan kualiti original.

Karpet ini mempunyai 20 jenis warna dan corak untuk pilihan citarasa pembeli. Disebabkan tekstur yang lembut dan tabal karpet ini sesuai dijadikan alas lantai untuk dalam kawasan bilik tidur dan bilik peribadi. 

Akhir kata

Terdapat banyak karpet murah yang dijual di pasaran yang menawarkan harga yang mampu milik, namun anda harus juga menitik beratkan kualiti karpet itu sendiri agar tidak menyesal selepas membeli. Senarai di atas adalah senarai penjual karpet dalam talian yang terbukti berkualiti dengan jualan yang banyak dan positif review yang baik. Mudah mudahan sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat keputusan sebelum membeli.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version