sangkar kucing

9 Jenis Sangkar Kucing Anda Perlu Tahu

Memiliki sangkar kucing yang sesuai adalah satu kemestian bagi mereka yang gemar memelihara kucing di rumah. Terdapat banyak jenis sangkar kucing di pasaran sekarang dengan pelbagai fungsi dan saiz, maka anda harus bijak membuat keputusan sebelum melakukan pembelian. Tambahan dengan adanya rumah kucing yang sesuai menjadikan kucing anda lebih selamat dan sihat sepanjang berada di dalam sangkar. Artikel kali ini membincangkan beberapa jenis sangkar kucing dan fungsinya.

Sangkar Kucing 2 Tingkat

sangkar kucing

Sangkar kucing 2 tingkat adalah antara jenis sangkar yang sering digunakan sebagai rumah untuk kucing peliharaan. Ini disebabkan bentuknya yang memiliki 2 tingkat memberi lebih ruang kepada kucing untuk bergerak dan bermain ketika di dalam sangkar. Sangkar bersaiz besar ini sesuai untuk beberapa ekor kucing dalam satu-satu masa.

Sangkar 2 tingkat ini mempunyai 2 tingkat dan tangga yang diperbuat daripada trail grid besi tahan lasak sesuai untuk kucing 3 bulan dan ke atas. Mempunyai trail hitam untuk diletakkan di bahagian bawah agar mudah untuk proses mencuci di kemudian hari.

Sangkar Kucing Setingkat 1.5 Kaki

sangkar kucing

Selain sangkar 2 tingkat, saiz sangkar setingkat 1.5 kaki juga menjadi pilihan untuk kucing peliharaan. Sangkar ini lebih kecil berbanding saiz 2 tingkat dengan memiliki 2 pintu di depan dan tepi. Untuk sangkar saiz ini kebiasaannya sesuai untuk seekor kucing sahaja atau untuk anak kucing bawah 3 bulan. Sangkar ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk kuarantin kucing-kucing yang sakit bagi mengelakkan penyakit berjangkit. 

Sangkar ini mempunyai 2 pintu sisi dan turut disertakan dengan tray di bahagian bawah. Sangkar ini mempunyai saiz yang berukuran 48cm(L) x36cm(W) x 42cm(H).

Sangkar Kucing 3 Tingkat 

sangkar kucing

Jika anda mempunyai kucing yang banyak dan inginkan sangkar yang lebih besar, maka sangkar kucing 3 tingkat ini sesuai untuk anda. Sama seperti sangkar 2 tingkat, sangkar 3 tingkat ini mempunyai tingkat dan tangga pada setiap tingkap. Grid diperbuat daripada besi yang tahan lama dan selamat untuk kegunaan haiwan peliharaan. 

Kelebihan sangkar ini adalah mempunyai ruang yang lebih besar dan luas, sesuai untuk 2 ke 3 kucing dewasa. Selain itu, sangkar ini juga menyediakan tray plastik di bahagian bawah serta mempunyai roda untuk memudahkan proses memindah lokasi jika perlu. 

Sangkar Kucing Pagar Grid

Bagi anda yang tercari-cari sangkar kucing yang sesuai digunakan di dalam rumah (indoor) maka inilah jawapannya. Sangkar kucing yang unik ini mempunyai pagar yang diperbuat daripada grid besi yang rendah, sesuai untuk membuat kawasan khas di dalam rumah anda. Kelebihan sangkar grid ini adalah ia amat mudah dipasang dan mudah alih. Ia juga boleh DIY dibentuk mengikut keperluan kucing anda. 

Sangkar ini mempunyai ukuran 35(L) x 35(H) (cm) | 4(L) x 4(H) dan hadir dengan 2 jenis warna. Sangkar ini juga sesuai untuk haiwan peliharaan lain seperti arnah, hamster, dll.

Kucing Sangkar Mudah Alih

Jika anda inginkan sangkar yang mudah untuk dibawa ke mana-mana, anda boleh mendapatkan sangkar mudah alih ini. Sangkar ini amat sinonim dengan kucing dan sesuai untuk mereka yang selalu travel atau ingin membawa kucing bersama ke mana-mana. Sangkar ini hadir bersama 7 jenis warna untuk pilihan anda. 

Mempunyai ukuran  49cm X 31cm X 31cm dan berat 2000g sahaja. Matarial sangkar ini adalah diperbuat daripada PP resin

Sangkar Kucing Pagar Grid Plastik Lutsinar

Salah satu sangkar kucing yang sesuai digunakan di dalam rumah atau indoor, malah keunikan sangkar ini adalah mempunyai grid yang diperbuat dari plastik lutsinar. Kelebihan plastik lutsinar ini adalah ia selamat daripada benda-benda tajam yang berbahaya untuk kucing anda. 

Sangkar ini mempunyai 2 jenis saiz iaitu saiz besar dan keci. Dengan adanya saiz pagar yang berbeza, anda boleh melakukan DIY sendiri untuk membentuk saiz sangkar kucing anda. Selain itu, sangkar ini juga amat mudah dibersihkan dan ringan untuk dikendali.

Sangkar Kucing 3 Kaki Platform & Tangga

sangkar kucing

Sangkar ini sama seperti sangkar 2 dan 3 tingkat tetapi berbeza dari sudut platform dan tangga di setiap tingkap yang diperbuat dari plastik yang berkualiti yang lebih selesa untuk kucing berpijak. Terdapat kucing yang kurang selesa dengan platform tingkat dan tangga yang diperbuat dari grid besi dan mengakibatkan berlakunya kecederaan jika serius.   

Kelebihan platform plastik ini adalah kucing anda akan lebih selesa dan mengurangkan risiko cedera, ia juga selamat untuk anak kucing berumur bawah 3 bulan. 

Sangkar kucing Premium 2 tingkat 

Terdapat juga sangkar kucing yang menawarkan harga premium dengan kualiti yang setanding untuk peminat-peminat kucing. Sesuai dengan harga yang premium, sangkar ini mempunyai beberapa ciri yang tiada pada sangkar lain. Antaranya ialah mempunyai tempat sorok khas peralatan groom kucing di bahagian bawah. Kualiti besi dan kekemasan juga sangat baik berbanding sangkar harga biasa. 

Untuk sangkar premium ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang berkemampuan kerana ia ibarat sebuat bilik khas untuk kucing anda.

Beg Kucing Kapsul Mudah Alih

sangkar kucing

Kini terdapat bag yang diubahsuai untuk memudahkan pemilik haiwan peliharaan membawa kucing peliharaan mereka seperti bag galas belakang. Bag ini mempunyai plastik lutsinar di bahagian atas bagi memudahkan kucing untuk melihat keluar. Bag ini berukuran 40cmx32cmx20cm dan diperbuat daripada PVC+ Oxford Cloth.

Bahagian dalam bag ini mempunyai lapisan khas bagi memberi keselesaan kepada kucing, ia juga dilengkapi dengan ruang udara untuk kucing bernafas.

Akhir kata

Sebagai pemilik haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus menyediakan rumah yang sesuai dengan keperluan kucing anda. Harus diingat setiap baka kucing memerlukan ruang tempat yang berbeza sesuai dengan ciri-ciri fizikal baka kucing itu sendiri. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top