treadmill murah

8 Treadmill Murah Terbaik Di Malaysia

Terdapat banyak model treadmill murah yang boleh menjadi pilihan bagi mereka yang mencari treadmill untuk kegunaan di dalam rumah. Dengan kesibukan kerja dan kekangan masa menjadikan ramai orang mula beralih untuk mempunyai ruang senaman di rumah, termasuklah memiliki treadmill sendiri. Dengan adanya kemudahan treadmill indoor ini membolehkan isi rumah melakukan senaman tanpa mengira waktu terutamanya di masa lapang dengan mudah. Di dalam artikel ini kami kongsikan 8 jenis treadmill murah yang anda boleh dapati di pasaran.

Treadmill murah Kemilng M1

treadmill murah

Treadmill jenama kemilng ini adalah model yang paling laris kerana menawarkan harga bawah RM400 dengan kualiti yang baik. Selain itu, model ini juga datang sekali bersama tali regangan untuk kegunaan semasa jogging di treadmill. Treadmill ini juga disetkan dengan kemudahan tempat meletak IPad pada stand, kemudahan ini membolehkan pengguna melihat atau mendengar musik kegemaran semasa joging. 

Treadmill ini juga mempunyai kemudahan multi fungsi dimana mempunyai stand meletak kaki untuk tujuan senaman cengkaman. Fungsi mudah alihnya juga membolehkan treadmill ini dilipat dan disimpan di tempat yang sesuai. 

Jican Treadmill M1

treadmill murah

Model treadmill jenama Jican ini juga menawarkan harga yang mampu milik iaitu di bawah RM400 sahaja, oleh itu tidak hairan model ini juga menjadi pilihan kebanyakkan orang terutamanya golongan pertengahan. Model ini hadir bersama tali regangan dan tapak senaman untuk bergerak. Sama seperti model kemilng, treadmill ini juga mempunyai kemudahan meletak Ipad untuk mendengar lagu semasa joging. 

Tapak berlari juga direka untuk lebih tahan lasak dengan 5 jenis lapisan bagi mengurangkan geseran ketika joging. Set stand juga mempunyai tempat untuk meletak kaki untuk senaman cengkaman. Model ini mempunyai monitor dashboard sebagai kemudahan untuk mengira  masa joging, kelajuan joging, jarak joging, dan jumlah pembakaran kalori.

Mesin Treadmill Murah Malaysia

treadmill murah

Mesin treadmill ini adalah treadmill pilihan untuk golongan pertengahan kerana reka bentuk yang lebih ringan dan ringkas berbanding treadmill lain. Treadmill ini mempunyai tapak joging yang ringkas tetapi diperbuat dari bahan yang berkualiti dan tahan lasak. Bahagian stand depan direka dengan hanya besi dan tiada dashboard, tetapi masih mempunyai tempat untuk meletak gajet anda.

Secara keseluruhannya treadmill jenis ini mempunyai kelebihan lebih ringan dan mudah untuk disimpan memandangkan tidak mempunyai banyak perkasasan. Dengan setiap pembelian treadmill ini akan disertakan bersama 3 hadiah percuma untuk kegunaan bersama.

Vigor Fitness TR500 3.5HP Treadmill

treadmill murah

Jenama Vigor Fitness ini hadir dengan model treadmill TR500 3.5HP, model ini jelas fokus untuk jualan kepada kepada golongan pertengahan dengan kualiti setanding treadmill kelas atasan. Model ini direka untuk mereka yang inginkan tradmill yang berkuasa tinggi di rumah. Dengan motor yang stabil dan tapak joging yang selamat menjadikan treadmill ini sesuai untuk senaman larian laju. Bahagian dashboard pula mempunyai monitor elektronik sebagai rujukan semasa pengguna treadmill.

Treadmill murah ini mempunyai beberapa kelebihan yang premium, seperti anda boleh mengubah kadar curam ketinggian treadmill anda agar lebih selesa serta mempunyai fungsi khas untuk mengira kadar denyutan nadi dan tekanan darah semasa berlari. Treadmill ini hadir bersama dengan 2 tahun warranty dan hadiah percuma untuk pengguna.

Sport T600 Treadmill

treadmill murah

Model T600 Treadmill ini adalah model treadmill sesuai untuk golongan pertengahan dan atasan. Kualiti model ini juga setanding dengan treadmill berharga premium. Kelebihan utama treadmill ini adalah material yang digunakan adalah dari bahan yang berkualiti dan direka untuk mengurangkan geseran ketika digunakan. Set ini mempunyai menyerap tekanan dan geseran bagi mengurangkan bunyi. 

Bahagian tapak berlari juga mempunyai saiz yang lebih lebar berbanding model jenama lain, ini memberi lebih keselesaan pada pengguna sepanjang berlari. Seperti treadmill premium lain, bahagian dashboard juga dilengkapi dengan monitor digital sebagi rujukan sepanjang senaman. Dengan enjin yang senyap dan mempunyai penyerap tekanan di lapisan larian menjadikan treadmill ini premium pada harga mampu milik. 

Treadmill Running 2.5HP

treadmill murah

Model treadmill ini juga menawarkan harga yang mampu milik bagi pengguna. Mempunyai tapak larian yang lebar diperbuat dari lapisan material yang berkualiti tinggi. Model ini juga hadir bersama dashboard yang lebar dan luas. Jenama ini mempunyai 6 set kelajuan treadmill untuk pengguna. Mempunyai fungsi mudah alih dan mudah untuk dilipat menjadikan treadmill murah ini sebagai pilihan terbaik bagi yang inginkan senaman dari rumah.

FitExperte Treadmill 3.5HP

treadmill murah

Jenama FitExperte mempunyai model treadmill yang berkualiti pada harga premium, dengan harga sekitar RM1000 menjadikan model ini masih dikategorikan sebagai treadmill murah yang sesuai dengan kualiti yang terbaik. Treadmill ini mempunyai fungsi menyerap geseran di bahagian bawah lapisan treadmill menjadikan ia kurang bising ketika digunakan. Lebar treadmill juga lebih luas berbanding treadmill biasa sesuai untuk aktiviti larian. 

Model ini juga dilengkapi dengan meter digital yang lebih moden dan terkini. Mempunyai meter merekod segala aktiviti seperti kelajuan larian, denyutan nadi, dan kadar bakar kalori badan. Treadmill murah ini juga direka untuk mudah dilipat untuk disimpan. selain tu, kadar curam treadmill juga boleh ubah bergantung keselesaan pengguna.  

Xcore Fitness Indoor Treadmill

Model jenama Xco Fitness ini adalah model sesuai untuk mereka yang mencari treadmill separa premium yang ringan dan mudah disimpan alih. Jika dilihat dari segi reka treadmill ini sangatlah ringkas dengan hanya besi stand di hadapan, namun kualiti sebenar treadmill ini adalah pada bahagian motor dan tapak treadmill yang tahan lasak dan berkualiti. 

Model treadmill murah ini mempunyai remote kontrol pada meter digital dan juga mempunyai kemudahan bluetooth. Bawah lapisan treadmill mempunyai penyerap getaran dan tekanan agar lebih kurang bunyi semasa digunakan. 

Keistimewaan treadmill ini adalah mempunyai set bluetooth di bahagian depan treadmill yang mena merekod segala aktiviti kelajuan treadmill dan segala data akan dihantar ke talipon bimbit untuk dirujuk. Ini lebih baik berbanding treadmill yang mempunyai dashboard yang besar kerana gak sukar untuk disimpan dan berat.

Akhir kata


Dengan meningkatnya budaya aktiviti senaman di rumah secara tidak langsung menjadikan permintaan untuk model-model treadmil ini semakin meningkat. Dengan adanya model treadmill murah membolehkan golongan pertengahan juga melakukan aktiviti senaman indoor yang mana lebih cepat, mudah, dan selamat. Diharap dengan artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan dengan lebih bijak.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top