mesin tebu

6 Mesin Tebu Terbaik Di Malaysia

Mesin tebu adalah antara alatan penting yang bagi penjual air tebu di Malaysia. Jus tebu adalah minuman yang tidak asing lagi bagi masyarakat asia terutamanya di Malaysia. Mesin memproses jus tebu yang berkualiti diperlukan bagi para penjual air tebu memandangkan untuk memerah batang tebu memerlukan tekanan yang kuat. Oleh itu, terdapat beberapa jenis mesin air tebu yang dijual di pasaran untuk peniaga air tebu. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan senarai mesin perah air tebu yang terbaik dan berkualiti.

 Mesin Tebu Bateri Elektrik Cas Semula

mesin tebu

Mesin tebu bateri elektrik ini adalah mesin yang paling popular di laman jual beli dalam talian shopee. Kelebihan mesin yang dijana kuasa melalui bateri ini adalah boleh dicas semula dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Diperbuat dari bahan yang tahan karat dan mudah untuk di selenggara, cuma yang penting anda perlu memastikan mesin ini dibersihkan dengan betul dan kemas. 

Kelebihan mesin tebu jenis elektik ini adalah:

  • Direka untuk mengekstrak sepenuhnya batang tebu hingga hancur
  • Mempunyai saiz yang kecil dan mudah untuk dibawa
  • Ekstrak jus yang terhasil 100% asli
  • Diperbuat dari keluli tahan karat di semua bahagian
  • Boleh mengubah kuasa cekaman secara automatik
  • Enjin yang tahan karat dan kurang bunyi

Mesin tebu ini boleh didapati secara pre-order dan akan dihantar ke alamat rumah anda selepas pembelian. Disebabkan mesin ini menggunakan elektrik untuk beroperasi maka ia lebih jimat dan tahan lebih lama serta kuat penyelengaraan. Mesin ini mempunyai kapasiti untuk menghancurkan tebu sebanyak 5kg dalam masa seminit. Jadi ia sangat sesuai untuk golongan peniaga yang inginkan mesin yang jimat kos tetapi mampu menghasilkan air tebu dengan banyak.

Mesin Air Tebu Manual Happypopper

mesin tebu

Mesin manual adalah pilihan terbaik bagi yang mencari mesin perah tebu pada harga mampu milik. Walaupun sistem operasinya hanya menggunakan tenaga manual namun dengan material bahan dan setting yang betul mesin ini juga boleh menghasil air perahan tebu yang maksima.    

Mesin ini mempunyai butang untuk mengubah bahagian tekanan untuk menghancurkan batang tebu, jadi anda boleh set kan saiz sebelum melakukan proses perahan tebu. Di bahagian tempat mengeluarkan jus  tebu pula diperbuat dari bahan stainless steel bagi mengelakkan daripada berkarat dan untuk mudah dibersihkan. Kesemua bahagian perahan dan tapisan juga diperbuat daripada stainless steel maka anda tidak perlu risau akan kebersihan jus yang diperah. 

Produk ini boleh didapati secara pre-order dan anda akan diberi pilihan untuk menggunakan kotak biasa ataupun kotak yang mempunyai ekstra pelindungan. Jika anda inginkan mesin tebu manual pada harga mampu milik maka inilah yang terbaik untuk anda. 

Mesin Tebu TFS377 Hisaki

mesin tebu

Mesin tebu jenama dari jepun ini hadir bersama dengan 2 jenis model iaitu model tahan lasak dan model mesin manual biasa. Perbezaan 2 jenis model ini adalah model tahan lasak mempunyai set sekali bersama enjin dan getah enjin. Model ini sesuai digunakan untuk kegunaan menjual dengan kapasiti pengeluaran jus tebu yang banyak. Model biasa pula direka untuk kerja manual dan untuk kapasiti tidak terlalu berat, walaubagaimanapun model ini boleh menggunakan fungsi enjin untuk menjadikan kerja lebih automatik.

Kelebihan model mesin tebu ini adalah

  • Sesuai untuk keperluan komersial seperti penjual air, restoren, kedai makan, cafe.
  • Dilengkapi material dari stainless steel bagi bahagian perah batang tebu.
  • Enjin yang berkuasa tinggi untuk kegunaan yang kerap
  • Selain untuk kegunaan air tebu, mesin ini juga sesuai untuk memerah buah-buahan seperti lemon dan halia. 

Model ini juga hadir bersama rumah dan roda untuk memudahkan proses mudah alih. Bagi yang berminat boleh tekan link di bawah untuk dapatkan mesin perahan ini secara pre-order.

Mesin Tebu Auto Tahan Lasak

mesin tebu

Mesin tebu jenis auto ini direka untuk memaksimakan pengeluaran jus tebu. Untuk memaksimakan pengeluaran cecair dari dalam batang tebu, mesin perap tebu harus mempunyai sistem gear dan baik serta sistem penapisan yang berkualiti. Mesin ini mempunyai sistem gear yang berkualiti dalam menghasilkan hampas tebu yang betul -betul kering yakni lebih banyak cecair yang diperah keluar menjadi jus.

Selain tebu, mesin ini juga sesuai dijadikan mesin untuk memerah buah- buahan dalam kadar yang banyak. Oleh itu ia sangat sesuai digunakan oleh golongan yang bekerja di bahagian dapur dan kawasan-kawasan seperti kedai, cafe, kedai buah dan hotel.

Jika anda inginkan mesin yang tahan lasak dan boleh bekerja dalam kapasiti yang tinggi maka mesin ini adalah sesuai buat anda. Anda boleh dapatkan mesin ini secara pre-order dengan pilihan bungkusan yang lebih selamat.

Mesin tebu Buatan Malaysia

Mesin tebu keluaran dari malaysia menggunakan enjin dari jepun. Seperti juga mesin perah tebu yang lain, mesin ini mempunyai tempat perahan yang disambung dengan mesin yang ditempatkan di bawah.  Mesin ini juga diperbuat daripada material tahan karat stainless steel untuk mudah dibersihkan dan di selenggara. Untuk memudahkan pergerakan mesin ini juga mempunyai roda dan perumah yang besar. 

Mesin ini sangat sesuai bagi tujuan komersel yang memerlukan pengeluaran secara besar-besaran. Ia juga boleh digunakan untuk memerah buah-buahan dan sayuran seperti halia, kunyit, lemon, dan lain-lain.

Mesin Tebu Tahan Lasak Taikin

Mesin tebu jenama taikin yang ini adalah mesin tebu keluaran Malaysia dengan harga yang premium. Mesin ini hadir dengan set perumah yang kemas dan cantik, bahagian perahan tebu pula diperbuat 100% dari material stainless steel manakala enjin yang digunakan adalah jenis 5HP Robin.

Seperti juga mesin tebu yang lain, mesin ini direka untuk kerja menghasil kan kapasiti jus tebu yang banyak. Mesin ini sesuai digunakan oleh pengusaha kilang yang memerlukan pengeluaran kapasiti yang tinggi setiap hari. Model ini juga hadir bersama dengan bekas penapis jus untuk menapis lebihan hempas tebu.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan mesin ini anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual di shopee.

Akhir kata

Mesin tebu adalah mesin yang digunakan untuk mengisar bukan sahaja tebu, tetapi boleh juga digunakan untuk mengisar buah buahan untuk keperluan industri  komersil. Walaupun mesin ini ada di antaranya mempunyai harga mencecah sehingga 5000 seunit, tetapi ia adalah belanjawan sekali sahaja untuk mesin yang boleh menghasil kan pengeluaran sepanjang tahun untuk kilang dan produk. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat pilihan dengan lebih bijak.

error: Content is protected !!
Scroll to Top