Table of Contents
Tembikai adalah salah satu buah-buahan yang sedap dan enak untuk dimakan. Bukan sahaja enak dimakan, jika tembikai dipilih dengan cara yang betul anda akan dapat isi buah tembikai yang manis dan berair @ juicy. Menjadikan ia buahan yang sesuai untuk dijadikan jus dan dinikmati di negara iklim panas seperti di Malaysia.
Tahukah anda terdapat rahsia cara memilih buah tembikai yang manis dan kurang manis? Di dalam perkongsian ini kami kongsikan beberapa tips cara memilih tembikai yang manis dan sedap dengan hanya melihat luaran buah tembikai itu sahaja. Tips ini dikongsikan oleh seorang bekas pekerja yang menjual tembikai di kedainya, jom saksikan perkongsian ini.
4 Tips Cara Memilih Tembikai Manis & Sedap
Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan tembikai yang anda beli manis dan sedap untuk dimakan. Tips cara memilih tembikai ini anda hanya boleh lihat pada luaran buah tembikai sahaja.
Corak Tembikai Teratur
Tanda ketara yang boleh dilihat adalah pada jalur corak buah tembikai yang teratur dan tersusun cantik. Jika jalur corak cantik dan tersusun, maka ia adalah tembikai yang manis.
Contoh tembikai yang mempunyai corak dan jalur yang cantik
Manakala ini pula contoh tembikai yang mempunyai jalur corak yang tidak tersusun, tembikai ini kurang manis.
Tapak bawah yang kecil
Jika tembikai itu manis, bahagian tapak bawah tembikai akan lebih kecil berbanding tembikai yang kurang manis.
Contoh tapak bawah kecil yang manis
Manakala jika tapak bawah besar ini menandakan tembikai ini kurang manis
Bentuk bulat lebih manis
Biasanya tembikai yang berbentuk bulat lebih manis berbanding tembikai berbentuk lonjong. Manakala tembikai yang berbentuk lonjong pula biasanya lebih banyak air @ juicy.
Tangkai keriting lebih manis
Anda juga boleh melihat pada tangkai tembikai yang manis akan lebih keriting atau curly.
Jika tangkai ia lurus, tembikai itu biasanya kurang manis.
Kredit kepada Aishah Wahab
Dengan hanya melihat 4 tips ini sahaja sudah cukup untuk anda memilih buah tembikai yang rasa manis dan sedap untuk dibeli. Dengan hanya melihat pada luaran sahaja anda boleh tahu tembikai mana yang berbaloi untuk dibeli. Semoga bermanfaat!
Tips Tambahan Memilih Tembikai Yang Sudah Masak, Manis, dan Sedap
Tembikai merupakan buah yang sangat menyegarkan, terutama apabila dimakan dalam keadaan sejuk. Namun, untuk menikmati tembikai yang betul-betul masak dan manis, kita perlu tahu cara memilih tembikai yang matang dengan betul. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih tembikai yang masak, manis, dan sedap.
Pilih Yang Berat
Tembikai yang matang dan penuh dengan air akan terasa lebih berat. Pilih tembikai yang berat untuk saiznya untuk mendapatkan rasa yang matang dan manis.
Pilih Yang Berkulit Cerah Kulit
Tembikai yang masak akan kelihatan cerah dan terang. Elakkan memilih tembikai yang berwarna hijau terlalu gelap.
Ketuk-Ketuk Untuk Mendengar Suara
Ketuk tembikai dengan lembut. Jika anda mendengar bunyi yang matang dan padat, ini mungkin menandakan bahawa tembikai itu sudah masak. Bunyi ini menunjukkan bahawa isi buahnya segar dan padat.
Periksa Tangkai
Periksa Tangkai tembikai. Jika tangkainya kering dan berwarna coklat, ini menandakan bahawa tembikai itu sudah matang.
Dengan mengikuti tips ini, anda dapat memilih tembikai yang matang, manis, dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. ak lagi banyak tip jom baca artikel cara share kredit celcom Selamat mencuba!