Tanda Kena Sihir

Tanda Kena Sihir Dan Santau

Terdapat beberapa tanda kena sihir yang boleh dilihat bagi anda yang sedang mengalami gangguan sihir ini. Sihir adalah salah satu perbuatan yang bertujuan untuk memberi mudarat sakit tubuh badan kepada seseorang. Faktarnya, orang melayu masih ramai (bahkan majoriti) yang masih mengamalkan ilmu sihir ini walaupun beragama Islam. Ilmu sihir ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan perbuatan ini termasuk dalam dosa besar iaitu syirik.

Terdapat banyak perkara yang boleh dihuraikan apabila bercakap mengenai ilmu sihir ini termasuklah simptom dan tandanya. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa tanda yang biasa terjadi apabila seseorang terkena sihir. Semua info yang dikongsikan ini adalah perkongsian daripada seorang individu yang terkena sihir dan juga rujukan pakar perubatan islam yang bertauliah. 

Selain itu, kami turut kongsikan cara rawatan sihir dan juga beberapa alat bantu untuk merawat gangguan sihir ini. Rawatan dan alat bantu ini digunakan berdasarkan apa yang tertulis di dalam Al-quran, Hadis, dan kitab karangan ulamak, inshaAllah semoga bermanfaat 

Tanda Kena Sihir (Pengalaman Pesakit Yang Terkene Sihir)

Terdapat banyak tanda kena sihir dan ia berbeza mengikut tujuan suatu sihir yang dituju. Disini kami kongsikan rujukan daripada perawat yang bertauliah dan juga pengalaman peribadi individu yang terkena sihir. 

Namun harus diingat bahawa semuanya berlaku dengan izin Allah, dan semuanya berada di bawah kuasa Allah Yang Maha Mengetahui. Anda disarankan untuk tidak terlalu taksub dengan permainan jin ini kerana ia juga tidak lebih daripada mahkluk Allah seperti juga makhluk-makhluk lain.

Pengalaman Pesakit Terkena Sihir

Disini kami kongsikan pengalaman kenalan rapat kami yang terkena gangguan sihir. Individu ini adalah seorang lelaki yang bekerja sebagai peniaga dalam talian sepenuh masa dan mula mengalami sakit dengan teruk selepas memperoleh hasil daripada perniagaan online yang dijalankannya.

Disini juga kami turut kongsikan rawatan yang dilakukan beserta beberapa alat bantu berlandaskan Al-quran dan sunnah nabi yang membantu mengurangkan mudarat sihir ini (dengan izin Allah) untuk rujukan anda. Semoga memperoleh manfaat daripada perkongsian beliau ini. 

Miang tekak

Tekak berasa gatal dan naik miang hingga menyebabkan terbatuk-batuk. Ini adalah tanda awal sebelum tanda-tanda lain berlaku. Rasa gatal miang ini akan dirasai apabila saya sedang fokus untuk membuat kerja online melalui laptop. Seperti seolah-olah ada miang buluh di tekak dan pastinya akan menyebabkan terbatuk hingga berair mata, situasi ini akan menggangu saya semasa bekerja. 

Cara untuk mengurangkan rasa miang ini adalah dengan minum satu sudu minyak habatus sauda. Minyak ini mempunyai tesktur pekat dan pahit untuk menghilangkan kerak-kerak miang pada tekak.

Tidur terkejut- kejut setiap 20 ke 30 minit

Tidur terkejut-kejut ini adalah antara salah satu gangguan untuk menggangu waktu rehat saya. Apabila tidur terganggu, maka akan mengganggu kesihatan mental seseorang. Jika ini berlarutan akan menganggu fokus untuk mencari rezeki. Cara untuk mengatasi masalah gangguan ini adalah tidak lain dengan amalkan sunnah nabi iaitu:

  • Ambil wuduk
  • Membaca 3 kul, tiup dan sapukan pada badan
  • Menutup aurat @ gunakan selimut

Tambahan, boleh juga memasang mp3 surah al-mulk @ mana-mana surah al quran disamping semasa tidur. Cara ini boleh membantu untuk hafalan surah.

Perut loya dan muntah setiap 5 ke 10 minit

Ini adalah antara tanda sihir awal yang saya lalui, iaitu perut terasa loya secara tiba-tiba dan muntah, ia berlaku berulang kali setiap 10 minit dan menyebabkan badan saya menjadi lemah dan lesu akibat muntah banyak kali. 

Setelah hampir 10 kali muntah, saya membaca surah 3 kul, tiub tapak tangan dan sapukan pada perut ikut lawan arah jam, saya buat berkali-kali hinggalah raya loya mula berkurang dan saya terlantar terus tidur sebab lesu.

Rasa kena cucuk di perut 

Tanda kena sihir ini pada awalnya saya ingatkan hanyalah gastrik biasa, namun dengan izin Allah saya dapat tahu rupa-rupanya ia adalah sihir yang dihantar kepada saya. Rasa sakit ini sama seperti rasa kene cucuk dengan jarum pada bahagian atas perut, iaitu bawah tulang rusuk. 

Cara untuk atasi mudarat sihir ini adalah dengan cara membaca bismilah ketika makan atau berpuasa jika boleh. Ini kerana ia melibatkan sihir yang dicampur melalui makanan yang dimakan.

  • Membaca bismilah (kalau boleh bismilah 5)
  • Berpuasa
  • Selepas makan, minum susu segar dicampur bersama madu

Anda juga boleh meminum susu segar yang dicampur dengan satu sudu madu, baca 3 kul dan ayat pemutus sihir jika tahu, tiup ke dalam susu tadi dan diminum. Ini adalah salah satu cara melemahkan/membatalkan buhulan sihir dalam makanan yang kita telah makan. 

Sakit kepala @ migrain

Rupanya ada sihir yang dituju dengan niat untuk menyebabkan rasa sakit kepala dan pening secara tiba-tiba. Inilah yang berlaku kepada saya, saya mula perasan apabila setiap kali saya ingin membuka laptop untuk bekerja, secara tiba-tiba saya akan sakit kepala. Sihir ini bertujuan untuk menghalang saya daripada bekerja.

Salah satu cara untuk kurangkan rasa pening ini adalah setiap kali rasa nak pening saya akan berwuduk dan solat sunat 2 rakaat @ qada solat. Cara lain yang saya biasa buat adalah dengan meletakkan tuala yang digulung dibelakang kepala sambil tidur, tekan bahagian belakang kepala sambil berselawat boleh membantu untuk kurangkan pening.

Tersedak angin dalam perut (sihir angin dalam badan)

Perut berangin dan tersedak di dalam perut ini berlaku setiap kali saya selesai makan. Rupanya ia adalah salah satu teknik sihir untuk mengganggu organ dalaman terutamanya sistem penghadaman badan. Angin sihir ini akan masuk dalam badan dan mengangu pergerakan makanan/peristalsis dan menyebabkan saya tersedak dan sakit.

Jika anda mengalami masalah sama seperti saya ini, berikut adalah antara cara saya atasi masalah gangguan sihir ini:

  • Membaca bismilah sebelum makan (kalau boleh bismilah 5)
  • Makan dengan perlahan
  • Selepas makan, minum susu segar dicampur bersama madu
  • Selepas makan, hidu minyak kasturi kijang
  • Makan kurma ajwa

Ini adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghalang daripada angin sihir menggangu pergerakan peristalsis dalam perut. Minyak kasturi kijang ini adalah wangian yang ditakuti oleh bangsa jin, letak sahaja minyak kijang di hidung, hirup dan hembus melalui mulut, ini boleh melemah dan sakitkan jin yang bersarang di dalam badan manusia.

Rasa mengantuk @ menguap bila bekerja

Sihir juga boleh membuatkan anda rasa mengantuk dan kerap menguap. Inilah yang berlaku kepada saya, setiap kali saya fokus sedang bekerja di depan laptop akan datang secara tiba-tiba rasa mengantuk dan menguap berkali-kali tanpa henti hingga berair mata. Ini tidak lain tidak bukan untuk hilangkan fokus saya semasa bekerja. Cara atasi:

  • Berwuduk dan solat sunat 2 rakaat
  • Hidu minyak kasturi
  • Makan kurma ajwa
  • Membaca bismilah (kalau boleh bismilah 5)

Mungkin ada yang beranggapan menguap itu biasa, ya, menguap itu normal tetapi kalau menguap berkali-kali tanpa henti ditambah pula berlaku setiap kali saya membuka laptop ingin bekerja itu ada suatu yang tak kena. Itu adalah gangguan sihir.

Hidung berair, gatal dan tersumbat

Ini juga kerap berlaku kepada saya, pada awalnya saya beranggapan ia hanyalah masalah resdung. Tetapi saya mula perasan apabila rasa hidung gatal, tersumbat, dan berair ini akan saya alami setiap kali saya mula membuka laptop untuk bekerja. 

Keadaan ini bertambah teruk apabila adakala saya akan bersin tanpa henti, masalah hidung tersumbat ini juga saya alami semasa sedang tidur dan menyebabkan saya terjaga dan tidak boleh bernafas langsung, hanya boleh bernafas melalui mulut sahaja. 

Tapi alhamdulilah, dalam keadaan panik, Allah kurniakan ilham untuk memakan kurma ajwa 7 biji, secara beransur-ansur saya boleh mula bernafas semula. Bahkah, saya boleh rasa bernafas semula sebaik sahaja saya menggengam kurma ajwa (dengan izin Allah) sebelum saya makan lagi.

Cara Rawatan & Alat Bantu Untuk Melemahkan Jin Sihir

Disini juga saya kongsikan beberapa cara rawatan dan alat bantu yang anda boleh amalkan di rumah sahaja. Harus diingat apabila bercakap mengenai cara rawatan dan bahan yang digunakan untuk merawat mestilah berdasarkan al quran, sunnah, dan rujukan ulamak. 

Ini kerana terdapat perawat yang menggunakan kaedah salah dengan membaca mentera-mentera buatan sendiri dan taksub dengan alat bantu yang tiada dan kitab rujukan yang sahih. Sebagai pesakit anda mestilah tahu ayat yang dibaca dan juga penggunakan alat bantu yang betul agar tidak lari dari aqidah Islam.

Ayat pembatal sihir yang mudah dihafal

Berikut adalah antara surah dan ayat al quran yang boleh dijadikan bacaan ketika merawat dan juga zikir selepas solat anda. Terdapat beberapa ayat al quran yang boleh digunakan untuk merawat sihir, senarai ini adalah yang paling popular dan mudah untuk dihafal.

  • Surah Al Ikhlas
  • Surah Al Falaq
  • Surah Al Nas

Harus diingat, adalah menjadi kewajipan untuk anda membaca dengan tajwid yang betul dan tepat agar kerana ia adalah ayat suci al quran.

Amalan melemahkan jin sihir

Terdapat juga beberapa amalan yang boleh diamalkan setiap hari untuk melemahkan jin-jin sihir yang bersarang di dalam badan pesakit. Amalan-amalan ini tidaklah sukar malah ia adalah sebahagian daripada sunnah nabi. Antaranya adalah: 

  • Membaca bismilah 5 sebelum makan
  • Banyakkan solat qada @ solat sunat
  • Baca doa masuk keluar rumah dan tandas
  • Zikir
  • Sedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat sihir yang terputus ketika anda solat, namun sihir ini dihantar semula oleh penyihir menjadikan ia kelihatan kebal. Banyakkan solat kerana syaitan akan kepanasan ketika manusia mendirikan solat. 

Sedekah juga boleh menyembuhkan sakit sihir, ini berlandaskan hadis nabi yang menyeru agar bersedekah untuk sembuhkan sakit. Pastikan anda membaca doa setiap kali keluar masuk rumah @ tandas.

Alat bantu merawat sihir

Berikut adalah beberapa alat bantu untuk melemahkan bangsa jin kafir yang ada dalam badan manusia. Ini antara alat bantu yang biasa saya gunakan dan membantu untuk melemahkan mudarat sihir. Anda boleh dapatkan semua barang ini secara dalam talian di Shopee, link Shopee terdapat di hujung artikel ini.

  • Minyak kasturi
  • Kurma ajwa
  • Minyak habatus sauda
  • Minum susu segar dan madu

**Link Shopee semua alat bantu ini ada di hujung artikel ini. 
Dapatkan dengan harga jimat & murah.

Jika diperhatikan semua alat bantu ini adalah barangan sunnah baginda nabi, barangan sunnah ini ternyata sangat ditakuti oleh bangsa jin dan boleh melemahkan jin-jin yang bersarang di dalam badan pesakit.

Tanda Kena Sihir Mengikut Jenis Sihir

Terdapat beberapa jenis tanda sihir yang mana ia boleh dilihat mengikut jenis sihir yang dituju. Jenis-jenis sihir yang yang berlainan cara hantar ini boleh dilihat melalui simptom-simptom yang berbeza. Berikut adalah tanda-tanda umum sihir mengikut cara sihir ini dihantar.

Tanda sihir dimakan:

  • Perut berasa loya @ mual
  • Kerap mengalami gangguan di perut
  • Kurang selera makan @ makan dengan gelojoh
  • Kerap muntah diwaktu pagi @ kerap rasa hendak muntah
  • Perut sentiasa lapar walaupun selepas makan
  • Sering melihat bayangan @ kelibat yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar
  • Sering ketakutan apabila bersendirian
  • Sering berasa diikuti pada waktu malam @ rasa ada angin lalu
  • Tidak gemar memakan timun jepun dan labu kuning
  • Perut berangin dan kembung tanpa sebab yang jelas

Tanda sihir diminum:

  • Kerap rasa asid perut naik ke dada dan teras panas
  • Hilang nafsu makan
  • Rasa panas pada perut
  • Tidak suka minum susu
  • Rasa panas ketika buang air kecil
  • Kerap rasa tercekik
  • Kerap mengalami pening diwaktu pagi
  • Gangguan darah haid
  • Gangguan pada ginjal dan kerap sembelit

Tanda sihir dihidu:

  • Kerap sakit di belakang kepala
  • Kerap alami masalah pada hidung 
  • Suka dan tidak suka pada satu-satu wangian
  • Sering mencium wangian secara tiba-tiba
  • Emosi terganggu selepas mencium wangian tertentu
  • Rasa sakit dan berat pada dahi
  • Hidung kerap selsema @ mengeluarkan air
  • Sering lupa
  • Suara cepat berubah serta emosi yang tidak stabil

Tanda sihir ditanam:

  • Kerap menghidu wangian anih yang tidak diketahui dari mana
  • Teras panas disebelah kiri @ kanan tubuh anda
  • Kerap berpeluh
  • Kerap bermimpi tempat berkuburan, tempat kotor, @ arwah yang telah meninggal
  • Kerap mimpi dikejar hantu @ kerangka manusia
  • Kerap sakit pada tengah dahi 
  • Rasa takut akan kematian sehingga tidak berani ziarah jenazah
  • Kerap bermimpi terbang dari satu ke satu kawasan yang lain
  • Emosi berubah menjadi seorang yang cepat takut dan panik

Tanda sihir disiram @ ditabur:

  • Sakit pada bahagian betis 
  • Tapak tangan berasa seperti ditusuk
  • Sakit pada sendi-sendi badan
  • Kerap bermimpi air, seperti sungai, kolam, dan laut
  • Suka minum air dengan banyak, kadang-kadang kurang minum air
  • Kerap mimpi bertelanjang @ mimpi berjalan berkaki ayam
  • Kerap menghidu bau busuk
  • Bawah punggung sakit yang tidak sembuh
  • Rasa lemas, stress, sukar bergaul dan takut untuk keluar rumah.

Tanda sihir digantung:

  • Berasa cepat panik dan sesak ketika angin bertiup
  • Kerap pening kepala dan sukar fokus
  • Jantung kerap berdebar-debar
  • Gemar tidur meniarap
  • Gemar melakukan onani
  • Menjadi lurus dan sangat tunduk kepada seseorang seperti hamba
  • Gemar melakukan hubungan intim
  • Kerap berpeluh semasa tidur.

Kredit Ahmad Salihin Zamri

Tanda-tanda ini adalah tanda umum seseorang yang terkena sihir, anda boleh jadikan simptom-simptom ini sebagai rujukan dan boleh menilai media @ cara yang digunakan untuk menghantar sihir kepada anda.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Minyak Kasturi Kijang
https://shope.ee/2fXIWvMEnB

Kurma Ajwa
https://shope.ee/8KBfHNm31c

Dutch Lady Full Cream
https://shope.ee/5pUKIrBcJN

Minyak Habbatus Sauda
https://shope.ee/2pqijR7cZM

Akhir Kata

Tanda kena sihir ini adalah simptom yang boleh dilihat pada seseorang yang mengalami gangguan sihir. Yang pasti tujuan utama tukang sihir ini adalah untuk memberikan mudarat kepada seseorang tanpa ada bukti sabit salah. Ini jelas bertentang dengan ajaran Islam dan boleh membawa kepada syirik. 

Boleh disimpulkan juga sihir ini adalah untuk menggangu minda dan emosi seseorang dan boleh menyebabkan enxiaty. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yang mencari jawapan kepada gangguan sakit anda. Bara juga artikel ayat pembatal sihir. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top