cara cuci emas

Cara Cuci Emas Sendiri Di Rumah

Terdapat beberapa cara cuci emas yang anda boleh buat sendiri di rumah, caranya sangat simple dan mudah sahaja dibuat. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa emas yang dipakai samada cincin, rantai, atau gelang tangan perlu di bersihkan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tidak kiralah emas itu jenis apa pon, ia mesti dibersihkan sebulan sekali jika digunakan secara kerap. 

Proses ini perlu dilakukan untuk memastikan emas anda berada dalam keadaan bersih daripada bendasing seperti daki, debu, dan habuk. Bendasing inilah yang menyebabkan kulit mengalami alergic @ alahan untuk sesetengah orang. Tambahan, dengan mencuci emas ini boleh menjadikan emas anda lebih cantik apabila dipakai. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa cara mudah untuk mencuci barangan emas anda. 

3 Cara Cuci Emas Mudah

Berikut adalah beberapa cara mencuci barang emas anda yang popular dan boleh dibuat di rumah sendiri. Anda boleh menghantar barang emas anda ke kedai emas untuk proses cuci, namun anda sebenarnya boleh buat sendiri dengan menggunakan beberapa alatan di dapur sahaja. Antara cara yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Mengunakan air teh

Mencuci emas dengan menggunakan air teh adalah cara yang popular, cara ini popular kerana ia tidak mengunakan sebarang bahan kimia dan hanya menggunakan uncang teh sahaja. Berikut adalah caranya:

  1. Rendam 1 atau 2 uncang teh ke dalam air suam, biarkan teh meresap ke air
  2. Ambil barang kemas dan rendam ke dalam air teh tadi, biarkan selama 30 minit.
  3. Gunakan pencuci gigi lama, gosok emas tadi hingga kembali bersinar.
cara cuci emas
cara cuci emas
cara cuci emas

Kredit Anis KakNik

Mengunakan pencuci pinggan sunlight

Selain mengunakan teh, anda juga boleh menggunakan pencuci pinggan jenis sunlight. Selain mencuci pinggan, ia juga boleh digunakan untuk mencuci emas dengan selamat. Berikut adalah caranya:

  1. Masukkkan pencuci pinggan sunlight ke dalam bekas, isi air suam kacau hingga sebati
  2. Masukkan barang kemas anda ke dalam air bancuhan tadi, biarkan semalaman, bendasing akan tertanggal dengan sendiri.
  3. Namun jika terdapat bendasing, anda boleh menggunakan berus gigi terpakai untuk berus emas anda hingga kembali cantik.
cara cuci emas
cara cuci emas

Kredit Alisa Mey 

Menggunakan ubat gigi

Tahukan anda ubat gigi juga boleh digunakan untuk mencuci barang kemas anda. Ubat gigi ini anda boleh guna mana-mana jenama sahaja, salah satu yang popular adalah pastinya jenama colgate. Berikut adalah caranya.

  1. Sediakan air suam atau air panas
  2. Dengan mengunakan ubat gigi terpakai, picit ubat gigi seperti ingin mengosok gigi.
  3. Gunakan ubat tadi, berus emas anda hingga semua sekata.
  4. Rendah ke dalam air suma tadi selama 1 jam, angkat anda bilas dengan air bersih. 
cara cuci emas

Beli Emas Online?

Anda seorang peminat dalam menyimpan barangan kemas yang bernilai? Tahukah anda bahawa anda boleh membeli emas secara dalam talian di Shopee. Mungkin anda kurang yakin untuk membeli emas secara dalam talian kerana ia adalah barangan yang bernilai tinggi, sedangkan banyak kes barang hilang apabila membeli online.

Namun kini tidak lagi, anda boleh membeli dengan selamat di Shopee. Ini kerana di Shopee wang anda hanya akan diberi kepada penjual setelah barang selamat sampai. Tambahan pula, courier untuk barangan bernilai ini mempunyai polici hanya nama pembeli sahaja yang boleh menerima barang anda. 

Disebabkan itu kini semakin banyak jenama-jenama kedai emas yang sudah mempunyai kedai di Shopee. Jadi sekarang anda boleh membeli emas secara dalam talian sahaja! Anda juga boleh menebus voucher percuma terutamanya ketika sale hari gaji dan banyak lagi. Berikut kami kongsikan beberapa kedai emas di Shopee yang popular, link kedai di hujung artikel ini. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Link kedai emas jenama terkenal di Shopee

Tomei : https://shope.ee/9K49LMgGw4

POH KONG : https://shope.ee/AJwgX5fMTw

Habib : https://shope.ee/4zvABMt6m0

Akhir Kata

Jika anda mempunyai barang kemas yang dipakai setiap hari, anda mesti melakukan proses mencuci emas ini sekurangnya sekali sebulan. Anda boleh mengunakan barang-barang yang terdapat di dapur rumah anda sahaja untuk mencuci emas ini. Namun jika anda mempunyai sedikit masa, dan boleh sahaja mencuci emas anda di kedai emas berdekatan. Baca juga artikel tanda kena sihir. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top