sofa kayu

6 Jenis Sofa Kayu Terbaik Di Malaysia

Memiliki sofa yang berkonsepkan kayu menjadi pilihan bagi kebanyakan orang ramai masa kini. Terdapat beberapa jenis sofa kayu yang terdapat di pasaran dengan pelbagai pilihan corak dan kualiti bahan kayu yang digunakan. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis sofa kayu yang menjadi carian dalam kalangan nitizen di Malaysia.

Sofa Kayu Moden Solid Gaya Cina Baru

sofa kayu

Sofa ini dikategorikan sebagai sofa kayu moden disebabkan diperbuat daripada material kayu yang diolah agar lebih berkualiti dan tahan lama. Sofa ini juga mempunyai reka bentuk moden dan minimalis dengan gabungan kusyen sofa yang terkini dan kemas. Dengan kriteria ini menjadikan sofa ini adalah barangan yang sesuai untuk golongan atasan dengan harga yang premium. 

Sofa ini boleh didapati dalam beberapa set mengikut saiz dan set sofa itu sendiri. Jika anda berminat untuk mendapatkan set sofa ini anda boleh membuat pembelian secara dalam talian shopee melalui butang di bawah. Produk ini adalah pre-order dan mengambil masa 15 ke 25 hari untuk sampai kepada pembeli.

Set Sofa Kayu Jati Original Cobra

sofa kayu

Jika anda mencari set sofa kayu jati yang asli dan berkualiti, maka set sofa kayu jati original ini adalah sesuai untuk anda. Tidak dinafikan kayu jati adalah material yang berkualiti dengan harga yang premium, maka sofa ini sudah pasti mempunyai kelebihan dari segi ketahanan dan penggunaan. Keunikan sofa ini adalah mempunyai kusyen pada bahagian bawah tempat duduk sahaja, manakala bahagian bersandar pula 100% daripada kayu jati. 

Set sofa kayu jati ini mempunyai enam jenis corak dan warna untuk pilihan anda, walaupun ditawarkan dengan harga yang premium, namun set kayu ini telah terjual sebanyak lebih 30unit secara dalam talian shopee sahaja. Jika anda berminat untuk mendapatkan set sofa kayu jati ini anda boleh terus tekan butang di bawah.

Morris Solid Rubberwood Frame Sofa Kayu Murah

sofa kayu

Set sofa ini dikategorikan sebagai set sofa murah di Malaysia kerana menawarkan harga yang mampu milik sesuai dengan kualiti material. Sofa ini sangat sesuai dijadikan sebagai sofa untuk ruang tamu untuk kebanyakan rumah golongan pertengahan. Sofa ini juga mempunyai kelebihan diperbuat dari material yang kalis air, maka ia bagus untuk dijadikan tempat duduk ruang tamu.  

  • Rangka 100% diperbuat dari kayu
  • Fabrik yang kalis air dan tahan lasak
  • Percuma meja kecil

Meja ini hadir dengan satu tahun warranty selepas pembelian, selain itu ia juga mempunyai 3 jenis ukuran dan anda boleh membuat samada 1 set lengkap ataupun satu set sofa panjang sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh tekan butang di bawah.

Pallet Sofa DIY

sofa kayu

Sofa kayu pallet ini adalah set sofa yang diperbuat dari kayu jenis pallet, penggunaan kayu pallet ini bukan asing dalam kalangan masyarakat eropah, kayu ini sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam DIY sesuatu reka bantuk perabut rumah. 

Kini, produk-produk DIY ini kian mendapat tempat dalam kalangan nitizen Malaysia, salah satunya ialah dengan wujudnya sofa yang diperbuat dari kayu pallet. Set sofa kayu pallet ini berkonsepkan simple dan mudah untuk di selenggara selain dijual dengan harga yang mampu beli. 

  • Rangka 100% dari kayu pallet
  • Mempunyai 2 jenis warna iaitu putih dan hitam
  • Untuk jadikan set sofa memerlukan 2 keping kayu pallet
  • Tak termasuk kusyen

Jika anda mencari kayu pallet untuk DIY set sofa ataupun barangan lain, anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman pembelian dalam talian shopee.

Sofa Kayu Ikea

Perabot rumah dengan ikea memang tidak dapat dipisahkan, konsep ikea itu sendiri yang menawarkan perabut yang cantik dan kemas manjadikan ia pilihan ramai suri rumah. Jika anda inginkan set sofa yang berkonsepkan ikea maka set sofa kayu ini adalah terbaik untuk anda.

  • Density 24
  • Rangka diperbuat daripada oak+MDF+plywood
  • Rangka kaki diperbuat dari Malaysia oak
  • Berat maksima 130kg per seater

Set sofa kayu ini mempunyai tiga ukuran iaitu untuk 1 seat, 2 seat, dan 3 seat. Dengan setiap pembelian set sofa ikea ini hadir dengan warranty selama setahun kepada pembeli. Untuk bantuan lanjut anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual.

Sofa Kayu Jati Mewah

Tidak dinafikan perabut kayu jati ini sangat mendapat sambutan dalam kalangan pembeli di Malaysia. Jika anda inginkan set sofa kayu jati berkonsepkan mewah, maka sofa ini adalah pilihan terbaik untuk anda, set sofa ini direka dengan reka bentuk dan corak yang berkonsepkan mewah sesuai untuk kediaman golongan atasan. Terdapat lapan jenis corak dan bentuk yang anda boleh pilih berdasarkan citarasa anda.

  • 100% kayu jati dari Indonesia
  • Saiz untuk 3 seater sahaja
  • Warna dan design yang mewah
  • Kusyen yang lembut dan selesa

Set sofa kayu jati ini dijual dengan harga yang premium, jika anda ingin dapatkan set sofa ini anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman jual beli dalam tali shopee. 

Akhir kata

Terdapat banyak jenis sofa kayu yang ada di pasaran untuk pilihan para pengguna di Malaysia. Pemilihan sofa ini amatlah penting bagi memastikan deco rumah terutamanya ruang tamu mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik untuk tatapan tetamu mahupun seisi keluarga. Diharap dengan perkongsian ini memberikan sedikit panduan buat anda sebagai pengguna.

error: Content is protected !!
Scroll to Top