Rak Kasut Kayu

6 Rak Kasut Kayu Pilihan Nitizen Malaysia

Memiliki rak kasut yang cantik dan kemas adalah idaman bagi ramai orang, oleh itu terdapat banyak pilihan rak kasut kayu yang terdapat di pasaran buat masa kini. Yang menariknya walaupun terdapat rak kasut diperbuat daripada besi, namun rak kasut yang diperbuat daripada kayu masih menjadi pilihan ramai disebabkan nilai tradisional dan corak yang sesuai dengan deco rumah. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis rak kasut kayu yang menjadi pilihan nitizen di Malaysia.

3 Tier Wooden Shoe Rack / Rak Kasut Kayu Murah

Rata-rata rak kasut kayu diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi dan tahan lama, oleh itu tidak hairan rak kasut ini mempunyai nilai harga yang mahal dan bertaraf premium. Namun, terdapat juga rak kasut kayu yang menawarkan harga yang murah dengan kualiti yang setanding. Rak kasut kayu tiga tingkat ini adalah rak kasut yang terbaik yang boleh didapati dengan harga yang mampu beli, rak kasut ini sesuai untuk kediaman yang bersaiz kecil ataupun dijadikan rak kasut untuk bilik sahaja. 

  • Rangka ringan dan mini, sesuai untuk rak kasut bilik dan kediaman kecil
  • Mempunyai 3 tingkat tempat letak kasut
  • Sesuai dijadikan tempat letak kasut, bag, pasu bunga dan dll

Rak kasut ini mempunyai saiz L63 x W26 x H48 dan seberat lebih 1.1 kg. Rank kasut kayu 3 tingkat ini telah terjual sebanyak lebih 400 unit dan telah mendapat rating 5 bintang sebanyak 200 di laman jual beli online shopee. Jika anda berminat boleh tekan butang di bawah untuk butiran lanjut. 

Almari Kabinet Rak Kasut Kayu DIY 2 Pintu 

Jika anda inginkan rak kayu berkonsepkan DIY maka kasut ini sesuai untuk anda. Rak kasut ini bersaiz mini dan mempunyai 2 pintu hadapan. Rak ini adalah jenis yang tertutup sesuai untuk melindungi kasut anda dari habuk dan bendasing lain. Disebabkan tertutup, di habagian atas anda boleh jadikan sebagai alas untuk pasu bunga, bag, atau sebagainya. 

  • Mempunyai 2 pintu hadapan
  • Material tahan lama dan berkualiti
  • Mudah disambungkan

Rak kasut ini mempunyai saiz H670mm x W765mm x D300mm dan mempunyai berat hampir 2 kg. Untuk butiran lanjut anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

Rak Kasut Kayu Bertutup Sazi Tinggi

Rak Kasut Kayu

Terdapat banyak jenis rak kasut kayu tertutup di pasaran, ada yang berkualiti dan ada juga yang tidak berkualiti. Untuk jenis rak bertutup ini kami cadangkan anda mencuba rak kasut dari furnituredirect ini. Kesitimewaan rak kasut ini adalah mempunyai ketinggian sepanjang 180cm, menjadikan ia kelihatan seperti almari rumah. Ia juga mempunyai 2 pintu hadapan yang boleh ditutup dan dibuka bila perlu. Rak kasut ini mempunyai sembilan tingkat, maka anda boleh memilih untuk meletak kasut anda sepasang di setiap tingkat rak. 

  • Mempunyai 2 saiz iaitu 4 kaki tinggi dan 6 kaki tinggi
  • Tombol pintu diperbuat daripada besi
  • Tingkat rak yang boleh diubah kedudukan
  • Mudah dipasang

Rak kasut bertutup ini menawarkan harga yang murah dan mampu milik, selain itu ia juga hadir dengan 2 jenis warna untuk pilihan anda. Jika anda berminat untuk mendapatkan rak kasut ini anda boleh terus tekan butang di bawah.

Rak Kasut Kayu Ikea Moden

Rak Kasut Kayu

Tidak dinafikan konsep deko ikea ini menjadi pilihan ramai apabila melibatkan barangan kediaman termasuklah rak kasut. Rak kasut ini mempunyai konsep minimalis dan elegen sesuai untuk kediaman yang ringkas dan moden. Keunikan rak kasut ini adalah kasut akan disimpan dalam posisi menegak dan tertutup. Konsep ini bukan sahaja menjadikan rumah anda kemas malah ia juga boleh menjimatkan ruang rumah anda. Pintu buka rak ini seperti corong meja yang boleh dibuka dan ditutup dengan satu tangan sahaja.

Rak ini mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 2 bahagian tempat letak kasut. Model rak kasut ikea ini ternyata cantik dan kemas untuk digunakan, jika anda berminat untuk dapatkan model rak kasut ikea ini boleh terus tekan butang di bawah untuk butiran lanjut.

Rak Kasut Kayu Simple Buloh 4 tingkat / Shoe Rack Bamboo Wooden 4 Tier

Rak Kasut Kayu

Jika anda inginkan rak kasut yang simple tapi kemas dan cantik untuk tempat kediaman anda, maka rak kasut ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Rak kasut ini adalah rak kasut jenis terbuka dan mempunyai 4 tingkat rak. Keunikan rak ini juga anda boleh gunakan untuk meletakkan alatan-alatan rumah lain seperti dijadikan rak buku, permainan kanak-kanak dan sebagainya. 

  • Mempunyai 4 rak tingkat
  • Rak bewarna kayu
  • Material diperbuat daripada bahan rotan
  • Mudah dipasang

Model rak kasut kayu simple ini sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kediaman baik kediaman golongan bawahan, pertengahan, ataupun atasan. Jika anda berminat untuk mendapatkan rak kayu simple ini anda boleh terus ke laman penjual shopee melalui butang di bawah. 

Rak Kasut Minimalis Kayu Jati

Rak Kasut Kayu

Rak kasut kayu jati ini ditawarkan dengan harga yang premium disebabkan material rak ini diperbuat daripada 100% kayu jati original. Sedia maklum bahawa kayu jati ini mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran dunia disebabkan kualitinya yang sangat baik serta tahan lama. Rak kasut ini sesuai untuk dimiliki oleh golongan atasan yang mempunyai kediaman yang mewah dan eksklusif. Keunikan rak kasut ini adalah mempunyai konsep ikea iaitu kasut boleh disimpan dalam keadaan tegak, kelebihan ini menjadikan rak kasut ini sesuai untuk menjimatkan ruang di tempat kediaman anda.

  • Model diperbuat dari indonesia
  • Warna emas seperti kayu
  • Warranty selama setahun
  • Material diperbuat 100% dari kayu jati 

Jika anda berminat untuk mendapatkan rak kasut kayu jati anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman pembelian shopee.

Akhir kata

Terdapat pelbagai lagi jenis rak kasut yang terdapat di pasaran untuk pilihan pengguna, tidak dinafikan rak kasut kayu ini adalah antara yang paling mendapat sambutan. Selain daripada keunikan material yang berkonsep kan kayu, rak kasut kayu ini juga mempunyai kelebihan – kelebihan lain seperti direka untuk menjimatkan tempat di kediaman anda. Diharap dengan sedikit info ini boleh membantu anda sebelum membuat pembelian. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top