sihir pemisah

Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir pemisah masih ada walaupon sudah berada pada era teknologi dan moden, kini masih banyak lagi golongan yang masih lagi mengamalkan ilmu sihir dengan tujuan untuk memberi mudarat kepada seseorang. Salah satu sihir yang biasa kita dengar adalah sihir pemisah.  

Sihir pemisah ini dituju kepada pasangan suami isteri dengan tujuan untuk memecah belahkan rumah tangga yang dibina. Ini bertujuan untuk memporak perandakan kehidupan seseorang apabila bersama pasangan, tujuan utama sihir ini adalah untuk pasangan bercerai-berai.

Tanda Sihir Pemisah

Terdapat banyak tanda sihir pemisah yang boleh dilihat pada zahirnya, ia bertujuan untuk menggangu hubungai suami isteri agar menjadi tegang dan tidak harmoni. Namun sekali lagi harus diingat, suasana tegang dalam rumah tangga tidak semestinya berpunca daripada sihir, ia juga boleh berpunca daripada sebab-sebab rumah tangga yang lain.

Terdapat beberapa cara tuju sihir pemisah ini, salah satunya adalah dengan menggunakan gambar atau barang peribadi mangsa yang dicuri, barang-barang ini akan dijadikan sebagai buhulan sihir dan disembunyi atau dibuang ditempat yang sukar untuk dijumpai, selagi mana buhul ini tidak rosak atau dimusnahkan selagi itulah sihir akan terkena kepada pesakit (dengan izin Allah)

Tanda-tanda sihir pemisah:

  • Rasa benci kepada pasangan tanpa sebab yang jelas
  • Salah faham kecil boleh menjadi pertengkarang besar
  • Tumbul rasa syak wasangka terhadap pasangan
  • Timbul rasa cemburu yang melampau terhadap pasangan
  • Rasa sakit apabila bersama pasangan
  • Rasa tawar hati apabila melihat pasangan
  • Melihat pasangan dengan pandangan yang hodoh dan tidak menarik
  • Timbul bisikan pada suami untuk melafakan cerai @ isteri meminta cerai
  • Hubungan sentiasa tegang apabila berkahwin walaupun dengan pasangan yang berbeza, dan rasa bahagia selepas bercerai.

Ini adalah tanda-tanda umum sihir pemisah, namun ia juga boleh disebabkan penyakit ain atau gangguana jin tanpa sebab. Untuk merawat sihir pemisah ini tiada cara lain melainkan pasangan itu sendiri yang perlu mendekatkan diri dengan Allah dan amalan sunnah, perawat hanya boleh membantu sahaja.

Cara Mengenali Orang Yang Menghantar Sihir Pemisah

Apabila anda sedang mengalami gangguan sihir, antara perkara yang anda perlu tahu adalah elakkan daripada membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh. Kesilapan kebanyakan pesakit dan perawat mereka akan cuba untuk mencari orang yang menghantar sihir, ini secara tidak langsung membuka lagi pintu fitnah kerana sihir ini adalah mainan jin di alam ghaib.

Apa yang perlu dibuat adalah anda perlu belajar untuk sabar, redha dengan ujian, dan bersangka baik, walaupun ianya pahit untuk diterima. Semua ini berlaku dengan izin Allah untuk memberikan pahala dan menghapuskan dosa anda. 

Malah terdapat juga situasi gangguan yang bukan disebabkan sihir, iaitu mungkin penyakit ain atau jin itu saja-saja mengganggu manusia. Cara terbaik untuk atas pemikiran ini adalah dengan bersangka baik dengan takdir Allah. Dosa dan pahala atas semua perbuatan pasti akan dibalas di kemudian hari.

Sunnah Nabi Untuk Melemahkan Jin

Tahukah anda dengan mengamalkan sunnah baginda Nabi Muhamad juga boleh melemahkan jin sihir. Inilah salah satu cara untuk mengelakkan gangguan sihir kerana sihir ini adalah mainan jin kafir, syitan dan iblis, makhluk yang dilatnak Allah ini sangat takut akan sunnah baginda Nabi Muhammad.

Namun harus diingat, pastikan niat utama mengamalkan amalan sunnah nabi ini sebagai rutin untuk mendapatkan pahala sunnah dan berkah, bukannya untuk menyakitkan jin semata-mata. Setiap daripada amalan sunnah ini apabila diamalkan mempunyai berkah dalam kehidupan manusia, setaip amalan sunnah ini pasti ditakuti oleh jin kafir, syaitan, dan iblis.

Kesilapan ramai pesakit adalah sanggup menghabiskan wang untuk pergi berubat dengan beberapa orang perawat sedangkan untuk melawan gangguan sihir ini memerlukan amalan daripada diri sendiri sahaja. Berikut adalah amalan sunnah untuk melemahkan jin sihir.

  • Mulakan aktiviti dengan lafaz “Bismilahirrahmanirrahim”
  • Minum susu segar
  • Minum air jari kelinking di bawah gelas
  • Makan kurma ajwa 7 biji pada pagi
  • Solat sunat @ Qada solat bila ada masalah/ hajat
  • Sedekah niat untuk sembuhkan sakit

**Link Shopee semua alat bantu ini ada di hujung artikel ini. 
Dapatkan dengan harga jimat & murah.

Kesemua amalan ini adalah rujukan daripada sunnah nabi Muhammad yang boleh diamalkan oleh semua orang. Mengikut bekas pesakit gangguan sihir mula berubah apabila hanya dengan mengamalkan bismilah 5 sebelum makan sahaja, kesan ini akan lebih positif apabila dijadikan amalan hidup dan istiqamah. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Minyak Kasturi Kijang
https://shope.ee/2fXIWvMEnB

Kurma Ajwa
https://shope.ee/8KBfHNm31c

Dutch Lady Full Cream
https://shope.ee/5pUKIrBcJN

Minyak Habbatus Sauda
https://shope.ee/2pqijR7cZM

Akhir Kata

Harus diingat bahawa semua ujian sakit termasuklah sihir ini adalah ujian dan berlaku dengan izin Allah. Oleh itu, anda mesti bersyukur dengan ujian ini dan ikhtiarlah dengan cara yang betul mengikut syarie. Setkan fikiran bersangka baik dengan takdir Allah, inshaAllah mesti akan ada jalan penyelesaian, malah terdapat pesakit yang sembuh daripada sihir hanya dengan setkan pemikiran bersangka baik dengan takdir Allah dan teruskan hidup seperti biasa. Artikel seterusnya cara ukur gelang tangan

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top