cincin tunang

5 Cincin Tunang Paling Popular Di Malaysia

Proses pertunangan adalah sebahagian daripada persiapan untuk mendirikan rumah tangga yang dilalui oleh pasangan lelaki dan wanita yang telah selesai merisik. Dalam Majlis pertunangan perlulah menyediakan cincin tunang sebagai tanda satu-satu pasangan telah pun bertunang. 

Pemilihan cincin untuk pertunangan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana setiap cincin memerlukan ciri-ciri yang tertentu. Terdapat 3 jenis cincin yang perlu diketahui iaitu cincin merisik, cincin bertunang, dan cincin kahwin. Setiap satu cincin ini mempunyai perbezaan dari segi corak dan batu permata pada permukaan suatu cincin. 

Untuk cincin tunang biasanya mempunyai barisan batu permata kecil dan halus di sekitar permukaan cincin. Cincin bertunangan ini boleh datang dalam dua jenis warna iaitu warna emas dan warna perak. Warna emas bermakna cincin tersebut disalut atau diperbuat dari emas manakala waran perak @ silver pula menandakan cincin tersebut diperbuat daripada perak. 

Cincin Tunang Jari Mana?

Mungkin ramai yang belum tahu akan hal ini, dalam tradisi orang melayu apabila menyarungkan cincin sebagai tanda pertunangan, cincin tersebut hendaklah disarung di jari manis tangan kanan. Berbeza dengan jari untuk cincin merisik pula perlu disarungkan samada di:

  • Jari manis tangan kiri, atau 
  • Jari tengah tangan kanan, atau 
  • Jari kelinking tangan kanan, dan yang terakhir 
  • Jari manis kanan tangan.

Jadi dengan info ini kepada bakal pasangan tunang bolehlah mula untuk membuat persiapan di hari pertunangan nanti.

5 Jenis Cincin Tunang Yang Popular

Disebabkan permintaan yang banyak dalam kalangan bakal-bakal pasangan bertunang, kini terdapat banyak jenis cincin bertunang yang boleh didapati di pasaran. Bukan itu sahaja, cincin ini juga direka dengan pelbagai bentuk dan corak batu permata untuk menyerlahkan lagi aura cantik cincin tunang tersebut. Cincin ini juga ditawarkan dengan harga yang mampu beli untuk semua golongan netizen Malaysia.

Cincin Tunang Perempuan Silver 

cincin tunang

Jika anda ingin mencari cincin tunang silver maka cincin ini adalah sesuai buat anda. Ramai tidak tahu, cincin perak ini adalah antara pilihan ramai dalam kalangan orang melayu berbanding cincin berwarna emas, ini mungkin disebabkan warna [email protected] itu sendiri yang memberi aura mewah kepada pemakai. 

Cincin silver ini direka dengan batu pertama kecil yang disusun di sekitar permukaan cincin dan terdapat satu batu permata yang besar dan menarik perhatian mata yang memandang. 

  • Diperbuat dari material 925 silver
  • Batu permata yang berkualiti
  • Ukuran batu permata 6mm
  • Berat bersih 2.0g
  • Material mesra kulit

Sebelum anda mempunyai pembelian anda harus terlebih dahulu tahu ukuran jari manis anda. Jika anda perlukan bantuan anda boleh terus hubungi penjual untuk bantuan lanjut. Anda juga boleh melihat review dari pembeli-pembeli sediada di shopee melalui butang di bawah.

Cincin Tunang Perempuan Silver P49

cincin tunang

Cincin ini adalah cincin tunang yang mempunyai batu-batu permata kecil sahaja di sekitarnya. Cincin ini juga diperbuat daripada perak dan berwarna silver. Jika anda inginkan cincin bertunang yang simple maka inilah terbaik buat anda. Disebabkan tidak mempunyai batu permata besar, cincin ini kelihatan lebih ringkas dan simple sesuai untuk majlis pertunangan yang berkonsep mewah dan ringkas. 

Cincin ini mempunyai 20 ukuran jari untuk pilihan yang bersesuaian dengan jari anda. Untuk bantuan berkenaan ukuran jari anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman rasmi penjual di shopee. 

Cincin Tunang Belah Rotan

cincin tunang

Cincin belah rotan sangat sinonim dengan cincin untuk merisik disebabkan ciri-cirinya yang ringkas dan kosong, namun terdapat juga cincin tunang belah rotan yang terdapat di pasaran kini. Mempunyai lima jenis corak cincin belah rotan ini boleh juga dijadikan sebagai cincin untuk bertunang. 

Tidak mempunyai gabungan batu permata menjadikan cincin ini ringkas dan simple. Selain itu, cincin ini juga hadir dengan harga yang mampu milik untuk semua golongan, jika anda inginkan cincin bertunang dalam kadar yang mampu beli maka inilah pilihan terbaik untuk anda. 

Cincin Tunang Sepasang Lelaki Dan Perempuan

Terdapat juga pilihan cincin bertunang yang boleh dibeli secara berpasang, iaitu untuk lelaki dan untuk perempuan. Cincin ini mempunyai corak yang sama tetapi saiz yang berbeza berdasarkan jantina. Mempunyai barisan batu permata kecil di kiri dan kanan batu permata besar sudah pastinya menarik perhatian apabila dikenakan. Tambahan dengan warna silver menyerahkan lagi kemewahan di majlis pertunangan. Menariknya cincin ini ditawarkan dengan harga yang mampu beli iaitu dibawah RM70 sahaja. Untuk melihat review dari pembeli terdahulu anda boleh terus ke laman penjual dengan menekan butang di bawah.

Cincin Tunang Emas 916

Terdapat juga permintaan untuk cincin bertunang yang diperbuat daripada emas 916, disebabkan cincin ini diperbuat 100% daripada emas 916 maka tidak hairan apabila ia ditawarkan dengan harga yang premium. Cincin ini direka dengan corak lipan pada seluruh permukaan luarnya. Walaupun tidak mempunyai barisan batu permata, cincin ini tetap nampak cantik dan menawan disebabkan emas tulin yang digunakan dan juga corak lipan yang juga cantik dilihat. 

Akhir Kata

Cincin bertunang adalah satu simbolik kepada satu-satu pasangan yang telah bertunang dan menunggu hari perkahwinan. Dengan pemilihan cincin tunang yang betul dan sesuai sudah pasti menjadikan majlis pertunangan lebih berseri dan tambah bahagian. Diharap dengan info ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda berkenaan cincin tunang dalam tradisi melayu. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top