Gelang Pulut Dakap

7 Gelang Pulut Dakap Popular Di Malaysia

Gelang emas adalah antara perhiasan emas yang diminati dalam kalangan kaum wanita. Terdapat beberapa jenis gelang emas yang terdapat di pasaran, antara yang popular adalah jenis gelang pulut dakap. Gelang pulut dakap amat banyak dijual di pasaran disebabkan bentuknya yang cantik dan menarik, selain itu, berat satu-satu gelang pulut dakap juga menjadi faktor kepada harganya yang mahal. 

Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis gelang pulut dakap yang popular dalam kalangan netizen Malaysia. 

Maksud Gelang Pulut Dakap

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa gelang pulut dakap dipanggil dengan nama pulut dakap? Sebenarnya tidak diketahui asal usul bagaimana ia digelar pulut dakap, cuma berdasarkan dari segi fizikal gelang jenis ini kelihatan seumpama sejenis makanan tradisional melayu iaitu kuih pulut dakap.

Gelang Pulut Dakap

Perkara ini juga tidak asing apabila diperhatikan dalam kalangan jenis emas-emas lain yang juga menggunakan nama makanan-makanan melayu sebagai nama ekasesori emas seperti:

  • Gelang biskut tawar
  • Gelang coco petai
  • Gelang roti bun
  • Gelang boba
  • Gelang jagung
  • Gelang biji ketumbar
  • Gelang biji sawi
  • Gelang ekor kucing
  • Gelang coco

Terdapat beberapa lagi nama gelang dan cincin emas yang menggunakan nama bahasa melayu, mungkin gelaran ini diambil disebabkan ciri-ciri fizikal emas itu sendiri menyamai gelaran yang diberikan. 

7 Gelang Pulut Dakap Popular Di Malaysia

Gelang Pulut Dakap Bajet Emas Bangkok

Gelang Pulut Dakap

Jika anda inginkan gelang pulut dakap dengan bejet yang murah maka gelan emas ini adalah terbaik buat anda. Dengan harga yang ditawarkan sekitar bawah RM100 anda sudah boleh memiliki gelang pulut dakap yang diperbuat dari emas Bangkok 100%. Selain daripada pulut dakap, terdapat juga gelang emas coco dan biskut air tawar yang dijual dengan harga yang sama. Terdapat tiga saiz gelang yang anda boleh pilih berdasarkan saiz pergelangan tangan anda. 

Koleksi gelang emas ini telah terjual sebanyak lebih 1000 unit secara dalam talian shopee, anda boleh menekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual dan membawa review-review dari pembeli sediada. 

Gelang Pulut Dakap 1cm Emas 916

Anda mencari gelang pulut dakap yang diperbuat dari emas 916? Maka inilah emas pilihan terbaik anda. Seperti juga gelang pulut dakap lain, emas ini diperbuat 100% daripada emas korea. Saiz pulut dakap gelang ini adalah berukuran 1cm sahaja, ia dikatogerikan sebagai pulut dakap saiz kecil dan sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Anda boleh juga menjadikan gelang ini sebagai hadiah kepada kanak-kanak memandangkan harganya adalah sekitar bawah RM50 sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus tekan butang di bawah untuk ke laman penjual.

Gelang Pulut Dakap Besar Cop 916

Terdapat juga banyak carian di internet untuk mencari gelang pulut dakap yang berukuran besar. Pulut dakap yang berukuran besar dan lebar ini lebih sesuai dipakai oleh orang dewasa, kelebihan pulut dakap saiz yang lebar ini akan menyebabkan kecantikan gelang emas anda lebih menonjol apabila dikenakan. 

Koleksi pulut dakap ini mempunyai beberapa jenis corak untuk menjadi pilihan anda, yang menariknya adalah gelang ini juga dijual dengan harga yang mampu beli, dengan harga bawah RM50 sahaja anda sudah boleh memiliki gelang pulut dakap besar pilihan anda. 

Gelang Pulut Dakap Rama Rama Cop 916

Gelang Pulut Dakap

Terdapat juga jenis gelang yang dipanggil pulut dakap rama-rama, sesuai dengan gelarannya, pulut dakap rama-rama ini mempunyai bentuk fizikal seakan sama seperti rama-rama. Bentuk rama-rama serta corak yang cantik ini menjadikan pulut dakap ini tarikan kepada peminat gelang pulut dakap. 

  • Diperbuat dari emas korea
  • Mempunyai cop 916
  • Dakap berukuran lebar 1.3cm
  • Mempunyai panjang 18cm

Terdapat enam koleksi pulut dakap rama-rama untuk pilihan citarasa anda, untuk sebarang maklumat dan review membeli sediada anda boleh terus menekan butang di bawah. 

Gelang Pulut Dakap Batik

Selain dakap rama-rama yang menjadi tarikan, gelang pulut dakap batik juga antara menjadi carian warna netizen Malaysia. Seperti gelarannya, pulut dakap batik ini mempunyai corak seakan sama seperti kain batik yang popular dalam pemakaian tradisi orang melayu. Bentuk dakap yang tidak besar ini menjadikan ia sesuai untuk digayakan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Untuk membaca review daripada pembeli sediada anda boleh terus menekan buatng di bawah.

Gelang Pulut Dakap Baby

Gelang Pulut Dakap

Anda seorang ibu yang mencari gelang untuk bayi anda? Ya terdapat gelang pulut dakap yang direka untuk para bayi yang kecil. Yang paling istimewa apabila anda boleh menempah pulut dakap ini untuk diukir nama anak anda padanya. Gelang ini diperbuat daripada copy emas tulen 100%, maka ia selamat untuk kulit bayi daripada alergi dan gatal-gatal. Gelang emas ini sesuai untuk bayi yang berusia 5 ke 6 tahun.

  • Diperbuat dari copy emas tulen 100% sama seperti emas original
  • Tidak gatal dan tidak alergi pada kulit
  • Boleh dijadikan perhiasan ketika keluar rumah

Jika anda berminat untuk bantuan dan rujukan lanjut anda boleh menekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual shopee. 

Gelang Pulut Dakap Budak Cop 916

Gelang Pulut Dakap

Terdapat banyak jenis gelang pulut dakap untuk kanak-kanak yang dijual di pasaran. Untuk pulut dakap kanak-kanak ini lebih sesuai dikenakan dengan dakap yang berukuran kecil dan sederhana. Ukuran dakap yang sesuai untuk saiz gelang kanak-kanak adalah antara 1 ke 2cm sahaja. 

Jika anda mencari pulut dakap untuk dihadiahkan kepada anak atau keluarga anda, maka pulut dakap ini terbaik untuk anda. Gelang pulut dakap ini diperbuat daripada 100% emas korea dan mempunyai panjang sepanjang 14cm, anda juga boleh mempunyai request untuk memotong gelang ini agar lebih sesuai dipakai oleh anak-anak anda. Untuk bantuan lanjut anda boleh terus ke laman penjual shopee untuk rujukan segera, tekan butang di bawah. 

Akhir kata

Gelang pulut dakap sudah menjadi trend terkini yang popular dalam kalangan kaum wanita. Oleh itu tidak hairan makin banyak koleksi pulut dakap yang dijual dengan harga yang menarik di pasaran. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih bijak sebelum membeli gelang pulut dakap pilihan anda.  Selamat membaca!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top