Coklat Langkawi

9 Coklat Langkawi Paling Popular

Sebut sahaja Langkawi sudah semestinya tidak asing lagi dalam kalangan netizen Malaysia khusus mahupun warga asing amnya. Pulau Langkawi adalah salah satu wilayah negeri Kedah yang terletak di pesisir Selat Melaka. 

Salah satu tarikan apabila melancong ke Pulau Langkawi sudah semestinya adalah coklat Langkawi. Boleh dikatakan coklat Langkawi ini ibarat buah tangan yang wajib dibawa pulang setiap kali melancong ke Langkawi, bahkan ada yang sanggup ulang alik hanya semata-mata ingin membeli coklat di Langkawi.  

Kenapa Coklat Di Langkawi Murah? 

Mungkin ramai yang ingin tahu kenapa coklat di Langkawi ini murah dan sangat famous? Jawapannya adalah disebabkan Langkawi adalah kawasan bebas cukai untuk kebanyakan produk jualan termasuklah coklat. Selain coklat, terdapat juga beberapa produk lain yang juga bebas cukai di Langkawi seperti bag bagasi, alatan dapur, kain pelikat, kain batik, dan banyak lagi.

Jika anda ke Langkawi untuk mencari coklat yang murah, anda harus ke satu tempat yang terkenal dengan menjual coklat secara harga borong iaitu Perniagaan Haji Ismail Group (HIG). Di sini hampir kesemua coklat-coklat yang ada di pasaran dunia boleh didapati di sini dengan harga yang murah, dan yang paling penting ianya berstatus Halal.

Jangan terkejut apabila anda datang ke HIG ini sudah pasti sesak dengan orang ramai kerana disini terdapat banyak pilihan coklat untuk pilihan anda. Rata-rata pelancong yang datang ke HIG ini menghabiskan beratus-ratus hanya untuk membeli coklat untuk dibawa pulang. Menarik bukan?

9 Coklat Langkawi Boleh Dibeli Online

Buat peminat coklat Langkawi, anda kini boleh membeli coklat Langkawi ini secara dalam talian atau online. Terdapat beberapa penjual di shopee yang menjual coklat Langkawi dengan harga tidak jauh beza dengan harga coklat yang dijual di Langkawi. Disini kami kongsikan beberapa jenis coklat Langkawi yang boleh didapati di Shopee sahaja, kesemua coklat ini adalah stok coklat terus dari Langkawi. 

Coklat Ferrero Rocher Langkawi Sedap

Antara coklat jenama terkenal di dunia yang boleh didapati di Langkawi adalah coklat Ferrero Rocher. Mungkin di kedai-kedai biasa coklat Ferrero Rocher ini dijual dengan harga yang premium, namun jika anda membeli di Langkawi anda boleh dapatkan separuh harga sahaja.

Namun, jika anda sukar untuk ke Langkawi anda boleh sahaja terus membuat pembelian secara dalam talian Shopee sahaja. Anda tidak perlu risau akan coklat yang dipos kerana ia dijamin dipack dengan baik dan kemas, coklat akan sampai dalam keadaan baik. Yang paling penting adalah stok coklat ini dijual oleh penjual terus dari Langkawi. Jika anda berminat untuk dapatkan coklat Ferrero Rocher ini, anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual di Shopee. 

Toblerone 100g Coklat Langkawi

Salah satu jenama yang popular boleh didapati di Langkawi adalah coklat Toblerone. Coklat ini berada di dalam bentuk bar yang panjang dan boleh dimakan begitu sahaja. Sudah pastinya, di Langkawi anda mempunyai pilihan untuk memilih perisa Toblerone ini. Terdapat tiga jenis perisa Toblerone yang anda boleh pilih iaitu:

  • Milk coklat
  • Dark coklat
  • White coklat

Jika dan berminat untuk dapatkan coklat Toblerone, anda boleh dapatkan secara online di shopee. Anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual shopee.

Coklat Langkawi Ritter Sport

Jika anda ingin mencari coklat yang dalam bentuk pack kecil anda boleh dapatkan coklat Ritter Sport. Coklat ini boleh didapati dalam bentuk pack kecil dan sederhana saiz, ini menjadikan coklat ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja, sesuai untuk dijadikan makanan ringan ketika bercuti dan berjalan-jalan. Antara perisa Ritter Sport yang boleh didapati adalah:

  • Coklat mix
  • Yogurt mix
  • Thank you
  • Happy birthdays

Dengan pak Ritter Sport yang comel ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah hari jadi mahupun cenderamata untuk seseorang istimewa. Packaging coklat Ritter Sport ini juga berwarna-warni, sangat sesuai diberikan kepada kanak-kanak.

Coklat Langkawi Hershey’s Kisses All Flavour

Antara coklat yang popular di Langkawi adalah Hershey’s Kisses. Coklat ini tidak asing dalam kalangan pelancong di Langkawi, malahan anda boleh dapatkan dengan harga yang murah di shopee sama seperti di Langkawi. Coklat Hershey’s Kisses ini dipack dalam bentuk kon yang kecil, sesuai dijadikan hadiah mahupun cenderamata untuk seseorang. Coklat Hershey’s Kisses ini mempunyai empat pilihan perisa iaitu:

  • Milk choc
  • Almond
  • Cookies & creme
  • Milk choc Vedition

Coklat Hershey’s Kisses juga mempunyai banyak jualan di shopee, namun jika anda mencari yang paling murah anda boleh memilih jualan stok terus dari Langkawi. Untuk membuat pembelian di shopee, anda boleh terus menekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual Langkawi.

Coklat Langkawi Nutella

Coklat Langkawi

Di Langkawi juga anda boleh membeli Nutella dengan harga yang murah. Kebanyakan peminat coklat pastinya menggunakan Nutella sebagai jem untuk disapu pada roti mahupun jadikan bahan untuk membuat aktiviti pastry. Jika anda inginkan stok Nutella dengan harga yang murah, anda boleh sahaja mendapatkan secara dalam talian sahaja. Nutella Langkawi ini boleh digunakan untuk sebarang aktiviti memasak selain dari dijadikan sebagai jam roti.

Coklat Beryls Langkawi

Coklat Langkawi

Mungkin ramai disini yang meminati coklat dalam bentuk biji-biji coklat, berita baiknya anda boleh dapatkan coklat jenama Beryls di Langkawi. Coklat jenama Beryls ini boleh didapati di dalam bekas kedap udara, bekas ini mengandung biji-biji coklat pelbagai jenis coklat dan filling kekacang. Keistimewaan coklat Beryls adalah mempunyai beberapa jenis perisa coklat yang digabungkan dengan kacang almond dan buah kismis. Untuk membawa review dari pembeli sediada, anda boleh tekan butang di bawah dengan menekan butang di bawah. 

Coklat Daim Langkawi

Coklat Langkawi

Sebut sahaja “daim” pastinya sinonim dengan coklat langkawi, coklat daim adalah jenama yang popular di seluruh dunia dan yang seronoknya anda boleh membeli coklat daim dengan harga murah di Langkawi. Terdapat beberapa variasi coklat daim yang ada, namun yang paling terkenal di Langkawi adalah daim dalam bentuk pack kecil seperti packing gula-gula.  

Coklat daim ini boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata untuk seseorang, selain itu daim ini juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk membuat kek ataupun pastry. Anda boleh dapatkan coklat daim dengan harga murah ini secara dalam talian shopee.

Coklat Langkawi Cadbury

Coklat Langkawi

Bagi peminat coklat di Malaysia, coklat Cadbury adalah jenama yang paling laris di pasaraya-pasaraya Malaysia. Namun tahukah anda bahawa anda boleh membeli Cadbury dengan harga yang lebih murah di Langkawi? 

Anda boleh dapatkan Cadbury ini secara dalam talian sahaja sekarang. Berita baiknya, anda juga boleh mendapatkan Cadbury dengan pelbagai jenis dan variasi. Untuk ketahui lebih lanjut anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual.

Coklat Langkawi Whittakers

Coklat Langkawi

Antara carian coklat paling banyak di google melibatkan coklat adalah coklat Langkawi Whittakers. Coklat ini boleh didapati dalam bentuk pack yang kemas dan cantik. Coklat Whittakers ini mempunyai beberapa variasi jenis coklat dan kekacang. 

  • Almond gold
  • White coklat
  • Coconut block
  • Creamy caramel
  • Peanut butter

Anda berminat untuk mendapatkan coklat Whittakers secara dalam talian? Anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual dari Langkawi untuk dapatkan dengan harga yang murah.

Akhir Kata

Tidak dinafikan coklat Langkawi adalah antara tarikan utama bagi para pelancong ke Kedah. Dengan adanya laman jual beli dalam talian @ online seperti shopee, anda boleh dapatkan coklat Langkawi dengan tanpa anda perlu ke Pulau Langkawi dan yang paling penting anda boleh dapatkan coklat ini dengan harga yang murah. Diharap dengan info ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membeli coklat langkawi online.

error: Content is protected !!
Scroll to Top