lampu gantung

9 Lampu Gantung Cantik & Terbaik Di Malaysia

Memiliki lampu gantung yang sesuai dan kena dengan tema deko rumah adalah penting terutamanya bagi mereka yang mementingkan keselesaan ketika di dalam rumah. Terdapat pelbagai jenis lampu siling yang terjual di pasaran dan untuk memilik yang terbaik sudah semestinya memerlukan masa dan kepakaran dalam hiasan dalam rumah. 

Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis lampu gantung yang popular dalam kalangan para pembeli di malaysia. Semua review ini kami peroleh daripada pembelian secara dalam talian di seluruh Malaysia. 

Lampu Gantung LED Crystal Chandeliers

lampu gantung

Lampu gantung ini adalah sejenis lampu chandeliers yang semestinya berkonsepkan mewah dan kelas atasan. Lampu ini mempunyai batu hiasan kristal yang yang cantik dan menawan ditambah pula dengan fungsi lampu LED yang memberikan aura mewah ketika di dalam rumah. Lampu jenis ini sangat sesuai dipasang di kawasan ruang tamu atau di bilik tidur anda. 

Lampu ini hadir bersama dengan 4 jenis pilihan set yang mengikut bilangan jenis lampu LED. Lampu ini mempunyai ketinggian 11.8 inci dan berdiameter sepanjang 11inci. Lampu ini telah terjual sebanyak lebih 100 unit dan memperoleh rating 5 bintang sebanyak 79 rate. Jika anda menginkan lampu siling yang berkonsepkan mewah maka lampu ini adalah terbaik ini anda.  

Lampu Gantung Hiasan Ruang Tamu Vintage Retro

lampu gantung

Lampu ini berkonsepkan style vintage dan retro sesuai untuk golongan yang ingin deko yang bersahaja dan stylish. Mempunyai 5 jenis bentuk lampu iaitu bentuk kiub, piramid, oval, loft, dan bentuk bola. Lampu ini juga menyediakan pilihan tapak gantung yang berbentuk individu, bulat, dan memanjang. Dengan pelbagai pilihan bentuk lampu dan tapak gantung menjadikan lampu ini antara pilihan ramai pengguna.

Dengan konsep dan reka bentuk lampu ini sangat sesuai dijadikan pilihan utama bagi deko untuk ruang makan, kedai makan, dan juga office. Disebabkan saiznya yang lebih kecil maka lampu ini tidak sesuai diletakkan di ruangan yang luas di dalam rumah. Lampu ini telah terjual sebanyak lebih 4000 unit dan memperoleh rating 5 bintang sebanyak 1000 lebih di market laman jual beli online shopee.

Lampu Gantung Siling Modern

lampu gantung

Tidak dinafikan deko rumah berbentuk moden sekarang menjadi pilihan kebanyakan pengguna termasuklah dalam pemilihan lampu gantung. Lampu siling moden ini sangat sesuai untuk menonjolkan konsep moden di dalam rumah. Berbentuk separa bulat dan memiliki pilihan tapak 3 jenis iaitu tapak individu, tapak bulat, dan tapak panjang. 

Lampu modern ini sangat sesuai dijadikan lampu gantung di bilik tidur, meja belajar, ataupun meja makan. Disebabkan saiz yang kecil maka lampu ini sesuai dijadikan lampu sampingan di ruang yang besar seperti ruang tamu rumah. Dengan berkonsepkan moden dengan harga yang mampu milik, lampu ini sesuai untuk golongan pertengahan dan atasan. 

Lampu Siling Gantung LED Minimalist

lampu gantung

Selain konsep deko moden, konsep rumah minimalis juga menjadi pilihan ramai. Lampu gantung juga tidak terkecuali daripada konsep minimalis ini. Lampu ini mempunyai saiz yang panjang dan diperbuat dari pencahayaan LED, keistimewaan lampu siling ini adalah pengguna boleh mereka bentuk gabungan lampu-lampu ini menjadi corak yang menarik di siling. 

Konsep lampu minimalis ini amat sesuai dijadikan lampu siling di ruangan pejabat untuk mewujudkan ruang kerja yang selesa dan produktif. Untuk deko rumah pula lampu ini sudah pasti memerlukan kos yang tinggi untuk dipasang dan memerlukan khidmat nasihat dalam pemasangan bagi mengelakkan sebarang ralat pada masa akan datang. Lampu minimalis ini hadir bersama beberapa pilihan iaitu material diperbuat dari kayu dan plastik hitam, dan mempunyai 4 jenis ukuran untuk kesesuaian siling rumah anda.  

Lampu Gantung Pendant Lights Modern

lampu gantung

Lampu ini adalah jenis lampu berkonsepkan modern dan ringkas. Dengan reka bentuk yang kecil dan memiliki tapak yang berbentuk bulat dan panjang, menjadikan lampu ini sesuai untuk ruangan kecil. Dengan reka bentuk lampu yang berbentuk petak segi empat panjang yang jarang menjadikan ia sesuai ditempatkan di kawasan dapur, meja makan, dan ruang bilik peribadi. 

Lampu ini telah terjual sebanyak lebih 200 unit dan memperoleh rating 5 bintang sebanyak lebih 100. Jika anda mencari lampu yang berkonsepkan modern untuk ruang dapur rumah anda, maka lampu siling ini adalah pilihan terbaik. 

Lampu Hiasan Siling Mewah

lampu gantung

Jika anda mencari lampu siling berkonsepkan mewah tetapi pada harga mampu milik, maka lampu ini adalah pilihan terbaik. Lampu ini direka untuk bersesuaian dengan deko rumah mewah, memiliki corak lampu yang cantik dan menawan yang berbentuk separuh suku bulatan memberikan aura pencahayaan yang mewah ketika dipasang.  

Lampu ini mempunyai pilihan-pilihan yang boleh disesuaikan dengan rumah anda. Termasuklah mempunyai 4 jenis lampu LED dan mentol, dan 3 jenis tapak untuk dipasang di siling rumah. Lampu mewah ini telah terjual sebanyak lebih 100 unit lebih di laman jual beli dalam talian shopee. 

Lampu Gantung Rotan Kraftangan

Jika anda inginkan konsep rumah yang berbentuk tradisional dan semulajadi, makan lampu gantung jenis rotan ini adalah pilihan terbaik anda. Walaupun citarasa konsep tradisional dan semulajadi ini agak jarang kita lihat namun ia menjadi pilihan bagi sesetengah orang. 

Lampu ini 90 peratus diperbuat dari bahan rotan semulajadi yang dicorak berbentuk bulatan yang untuk dijadikan lampu rumah. Salah satu kelebihan lampu ini adalah tahan lasak disebabkan diperbuat dari bahan rotan yang tahan lama. Mempunyai 4 jenis corak buatan untuk pilihan anda. 

Lampu Gantung  Kristal Chandelier 

Konsep lampu mewah chandelier yang sesuai untuk mereka yang inginkan deko rumah mewah dan ringkas. Lampu ini mempunyai 4 mentol utama dan dikelilingi oleh hiasan berlian yang memberi pencahayaan mewah apabila dipasang. 

Mempunyai 2 jenis warna iaitu warna hitam dan putih, lampu ini juga menawarkan harga yang mampu milik. Jika anda ingin mencari konsep lampu mewah dan ringkas untuk ruang tamu dan rumah bilik tidur maka lampu ini adalah pilihan terbaik. 

Lampu Pendant Style Minimalist

Lampu ini adalah lampu siling berkonsepkan minimalis dan moden. Memiliki bentuk leper separa bulat menjadikan ia mempunyai bentuk yang minimalis yang unik untuk ruang rumah anda. Sama seperti lampu bersaiz kecil yang lain, lampu ini juga hanya sesuai ditempatkan di ruang yang kecil seperti ruang meja makan, dan meja belajar. Lampu ini diperbuat dari material besi dan kayu yang tahan lama untuk kegunaan harian. 

Akhir kata

Memilik lampu gantung yang cantik dan menarik adalah keinginan dalam kalangan ramai orang. Terdapat banyak jenis lampu dengan variasi harga yang boleh anda dapati di pasaran. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda dalam membuat pilihan sebelum membeli.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top