8 Kanopi Murah Terbaik di Malaysia

Kanopi adalah antara keperluan apabila datangnya hari-hari perayaan atau aktiviti majlis jamuan. Terdapat beberapa jenis kanopi yang terdapat di pasaran yang boleh dipilih berdasarkan keperluan kegunaan masing-masing. Terdapat pelbagai variasi harga kanopi mengikut beberapa faktor seperti material dan saiz. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis kanopi yang menjadi pilihan ramai nitizen.

Kanopi Pasar Malam 10×10 Kanvas Oxford Polyester

Kanopi ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagi khemah untuk peniaga pasar malam, set ini hadir bersama rangka dan kanvas yang berukuran 10×10.  Terdapat 4 jenis warna kanvas untuk pilihan citarasa anda. Dengan setiap pembelian set kanopi ini anda akan peroleh percuma penutup khemah. 

Ciri kanopi pasar malam ini adalah:

  • Saiz berukuran 10 kaki x 10 kaki (3mx3m)
  • Mempunyai berat kasar 15kg
  • Kanvas diperbuat daripada material Oxford Polyester
  • Ketinggian bumbung adalah 80cm
  • Mudah alih dan mudah dibuka
  • Mudah untuk diangkat dan dibawa
  • Kalis air dan kalis hujan
  • Harga kanopi yang terbaik dan paling murah

Kanopi ini menawarkan harga yang murah dan telah terjual sebanyak lebih 7000 unit di laman pembelian dalam talian shopee. Untuk maklumat lanjut sila tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual.

Khemah Pasar Malam 10 x 15 Kanvas Oxford Polyester

Berbeza dengan kemah-kemah lain, kanopi ini mempunyai saiz 10 x 15 kaki menjadikan ia lebih memanjang dan sesuai untuk penjual yang mempunyai gerai-gerai makan yang memanjang. Hadir dengan 2 jenis warna kanvas kanopi ini juga diperbuat dari material  Oxford Polyester. 

Ciri kanopi 10 x 15 ini adalah:

  • Saiz berukuran 10 kaki x 15 kaki (3mx4.5m)
  • Mempunyai berat kasar 25kg
  • Mempunyai ketinggian bumbung 80cm
  • Mudah dibawa dan dialihkan
  • Kalis air dan cahaya matahari

Kanopi ini juga menawarkan harga mampu milik yang terbaik dan telah terjual sebanyak lebih 1000 unit serta memperoleh rating 5 bintang sebanyak lebih 600 rate. Untuk maklumat lanjut sila boleh tekan butang di bawah.

Kanopi 10×10 Dinding Tepi

Jika anda inginkan kanopi yang mempunyai dinding di bahagian sisi maka set kanopi ini adalah terbaik untuk anda. Kemah ini mempunyai kelebihan iaitu boleh dipasang kain di bahagian sisi, keunikan ini sesuai untuk melindungi kawasan bawah kanopi daripada angin, habuk, atau panas terik. 

Ciri kanopi 10×10 dinding tepi adalah:

  • Kanopi ada dinding sis / sidewall canopy
  • Tahan hujan, angin, dan panas terik
  • Mudah dibawa dan tahan lasak

Kanopi ini juga telah mendapat banyak jualan di shopee dengan lebih 1000 unit telah terjual. Kanopi jenis dinding ini sesuai untuk digunakan pada setempat sahaja seperti untuk menutup kenderaan, menutup pokok-pokok bunga, dan lain-lain.

Kain Kanvas Kanopi Sahaja 

Jika anda sudah mempunyai kanopi dan mengalami kerosakan pada bahagian kanvas, anda sebenarnya boleh membeli kanvas kanopi sahaja. Kini terdapat penjual dalam talian shopee yang menjual kanvas ini dengan harga yang murah sahaja. 

  • Mempunyai variasi pilihan warna dan saiz mengikut rangka kanopi
  • Sesuai untuk rangka kanopi yang mempunyai saiz bumbung 80cm
  • Kalis air dan cahaya matahari
  • Jimat dan murah
  • Material diperbuat daripada Polyester Oxford

Selain itu, anda juga boleh memilih jenis dan warna kain kanvas yang berkualiti serta sesuai untuk anda. Terdapat juga variasi saiz mengikut rangka kanopi anda masing-masing. Dengan hanya menukar kanvas anda boleh menjimatkan wang anda dari membeli kanopi yang baru, untuk butiran lanjut boleh rujuk butang di bawah.

Kanopi 8×8 (2.5m x 2.5m)

Jika anda inginkan saiz kanopi yang kecil bersesuaian dengan kawasan anda, anda boleh memilih kanopi 8×8. Kanopi saiz kecil ini mempunyai lebihan lebih ringan dan sesuai untuk penggunaan kecil-kecilan. Kemah ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kanopi yang kecil untuk kegunaan sendiri atau dalam kawasan rumah. 

  • Kemah ini kalis air dan cahaya matahari
  • Rangka yang berkualiti
  • Lebih ringan berbanding saiz yang lebih besar
  • Sesuai untuk kegunaan sendirian atau aktiviti mini yang tidak memerlukan jumlah yang ramai/banyak

Kemah ini telah terjual sebanyak lebih 300 unit di dalam talian shopee dan telah memperoleh rate 5 bintang sebanyak lebih 100 lebih. 

Kanopi Sidewall Pelbagai Saiz

Anda mencari kanopi dinding sisi untuk pelbagai saiz? Maka inilah kanopi terbaik untuk anda. Kelebihan set kanopi ini ialah mempunyai kanopi sidewall pelbagai saiz untuk keperluan penggunaan anda. Kanopi ini mempunyai kanvas sisi yang diperbuat dari bahan lutsinar membolehkan anda melihat dari luar dan dalam kanopi.

  • Mempunyai 3 jenis saiz iaitu 8×8, 10×10, 10×15
  • Mempunyai kanvas untuk tutup bahagian sisi
  • Warna biru sahaja

Kanvas ini sangat bagus digunakan semasa cuaca yang teruk seperti panas yang terik, berhabuk dan berangin. Model ini juga dikategorikan sebagai kanopi murah dengan harga bawah RM100 sahaja.

Kanopi Arabian 20×20 (kanvas sahaja)

Dengan permintaan yang tinggi terhadap kanopi yang cantik dan berkonsep menjadikan kanopi arabian ini juga mendapat tempat dalam kalangan netizen. Kanopi ini mempunyai keunikan pada bahagian bumbung yang berbantuk kubah seperti di timur tengah dan mempunyai kanvas yang berkualiti. 

Kanvas ini sangat sesuai dijadikan kemah untuk orang-orang atasan ataupun untuk organisasi yang kerap melakukan majlis. Disebabkan saiz yang besar dan sukar untuk diubah alih, kemah jenis ini kurang sesuai untuk aktiviti-aktiviti semasa seperti peniaga pasar malam. Kanvas ini diperbuat dari bahan yang berkualiti dan tahan lama, oleh itu harganya sedikit premium.

Kanopi Piramid 20 x 20 Postage Seluruh Malaysia

Jika anda pengusaha makanan, atau menyediakan pengkhidmatan sewa kanopi kahwin, maka anda boleh dapatkan kanopi piramid 20×20 ini. Kemah jenis ini hanya sesuai untuk majlis besar besaran atau aktiviti outdoor sahaja. 

  • Kanopi berbentuk piramid saiz 20 x 20
  • Rangka yang mudah dipasang
  • Untuk kegunaan outdoor seperti katering dan majlis makan

Jika anda peniaga yang mencari kanopi untuk tujuan perniagaan maka kanopi ini ada terbaik untuk anda. Selain itu, ramai juga yang menggunakan kemah kenopi ini untuk tujuan sebagai tempat letak kereta di kawasan rumah. Dengan menggunakan kanopi sebagai tempat letak kereta bukan sahaja boleh menjimatkan duit, tetapi ia juga mudah untuk diubah dan dialihkan jika perlu.

Akhir kata

Terdapat pelbagai jenis variasi kanopi yang terdapat di pasaran sediada, anda sebagai pembeli harus bijak dalam memilih kanopi yang sesuai dan terbaik untuk kegunaan harian anda. Diharap dengan perkongsian ini memberikan anda sedikit sebanyak info berkaitan kemah kanopi sebelum membuat sebarang pembelian. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version