Meja Study

8 Jenis Meja Study Terbaik Di Malaysia

Meja study adalah antara keperluan bagi para pelajar baik di sekolah mahupun di universiti. Dengan banyaknya permintaan terhadap meja belajar ini menjadikan wujudnya pelbagai jenis meja study di pasaran pada masa ini. Keperluan meja study makin bertambah dalam kalangan para pelajar universiti memandangakn golongan ini memerlukan tempat belajar secara sendiri selepas selesai kelas di kampus. Pemilihan jenis meja ini penting untuk memberi keselesaan sepanjang belajar atau menyiapkan tugasan. 

Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis meja yang sesuai untuk dijadikan meja belajar yang popular dalam kalangan pembeli di Malaysia. Selamat membaca!

Meja Study Moden

Meja belajar moden ini adalah model terbaru yang paling popular dalam kalangan pembeli dalam talian, dengan konsep reka cipta yang moden dan ringkas meja ini sangat sesuai untuk pelajar masa kini. Meja study ini memaparkan ciri-ciri yang kemas terutamanya pada bahagian penyambung kaki meja. Penyambung kaki meja ini diperbuat dari jenis besi yang ketat agar tidak bergoyang dan longgar apabila siap pasang. Bahagian tapak kaki dilengkapi dengan lapisan getah untuk mengelakkan meja bergerak atau gelongsor apabila digunakan. 

Material meja ini diperbuat daripada jenis kayu yang berkualiti dan cantik, ia juga mudah untuk dibersihkan dan tidak meninggal kan kesan pada meja. Meja ini hadir bersama 3 jenis pilihan warna untuk citarasa anda. Yang menariknya set meja ini juga hadir bersama kerusi, jika anda inginkan set meja dan kerusi yang sama maka pilihan ini adalah terbaik untuk anda. 

Meja Tulis Berwarna / Meja Komputer

Meja ini jenis meja moden yang sesuai dijadikan meja untuk belajar di rumah atau di pejabat. Kelebihan meja ini adalah mempunyai tempat menyimpan barang di bahagian bawah meja. Meja ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai banyak buku-buku atau alatan lain yang ingin disimpan di meja. Meja belajar ini mempunyai 3 sorok meja di bahagian sisi untuk memudahkan anda menyimpan barang2 keperluan belajar. Di Sebelah sisi satu lagi meja ini menyediakan tempat untuk meletakkan PC monitor anda. Meja ini bukan sahaja sesuai dijadikan meja study, malah ia juga sesuai dijadikan meja komputer atau laptop. 

Meja ini hadir bersama 3 jenis warna dan 2 jenis saiz meja untuk pilihan anda. Dengan harga yang mampu milik dan kualiti yang setanding menjadikan meja ini antara pilihan bagi pembeli dalam talian. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual. 

Laptop Lipat AntiSlip 

Meja study jenis lipat ini direka untuk memudahkan pelajar yang mahu study di mana-mana sahaja. Dengan saiznya yang kecil dan boleh dilipat kakinya menjadikan ia mudah untuk dibawa, samada di atas lantai mahupun di atas katil.  Meja ini juga sangat sesuai untuk dijadikan meja untuk sarapan pagi di atas katil. 

Diperbuat dari material yang berkualiti dan tahan lasak dan mempunyai balutan getah di bahagian bawah kakinya bagi memberi lebih cekapan apabila digunakan. Meja study ini hadir dengan 5 jenis warna yang menarik untuk pilihan anda. Dengan harga yang mampu milik, meja ini menjadi pilihan ramai dan telah terjual sebanyak lebih 4000 unit secara dalam talian shopee.

Meja Study Komputer Ringkas & Moden

Meja belajar ini adalah meja yang direka dengan kelebihan untuk lebih stabil apabila digunakan. Mempunyai lapisan material meja dan kaki yang tebal memberikan ketahanan yang kuat dan stabil pada meja. Material meja ini yang diperbuat daripada kayu juga hadir dengan 3 jenis warna untuk pilihan anda. 

Selain untuk dijadikan meja study, meja ini juga mempunyai ruang rak di bahagian bawah sesuai untuk dijadikan tempat menyimpan buku-buku atau peralatan komputer anda. Tambahan dengan ruang meja yang luas dan tebal membolehkan anda untuk meletakkan komputer anda di atas meja. Meja ini sangat sesuai dijadikan meja pejabat ataupun untuk menyimpan barang-barang berat kerana mempunyai kapasiti yang kuat dan stabil. Jika anda berminat dengan meja ini anda boleh dapatkan dengan menekan butang di bawah untuk terus ke laman pembelian dalam talian shopee.

Meja Study IKEA

Anda inginkan meja belajar yang mempunyai konsep seperti meja ikea? Meja inilah yang sesuai untuk anda. Meja ini direka dengan konsep ringkas dan stabil untuk para pengguna, kelebihan meja ini adalah mempunyai ruang meja yang luas sesuai untuk kegunaan laptop atau komputer. Selain itu, meja ini juga mempunyai rak di bahagian bawah meja sebagai tempat untuk meletak buku-buku atau barangan elektrik lain. 

Meja ini telah terjual sebanyak lebih 400 unit di pasaran dan telah mendapat lebih 200 rating 5 bintang. Dengan harga bawah RM100 anda boleh mendapatkan meja yang berkonsep kan meja ikea yang berkualiti dan terbaik, untuk butiran lanjut boleh terus tekan butang di bawah. 

Meja Komputer Sokano

Meja study ini adalah jenama sokano yang direka dengan konsep jimat ruang. Kelebihan meja ini adalah mempunyai 3 tingkat meja menjadikan ia boleh menempatkan barang dalam ruang yang kecil. Bahagian bawah meja ini mempunyai rak untuk meletak buku-buku dan barangan keperluan belajar, lapisan kedua pula adalah lapisan meja utama iaitu untuk meletak buku semasa belajar ataupun meletak laptop dan komputer, manakala bahagian atas sekali pula terdapat bahagian ketiga juga sangat sesuai untuk meletakkan bahan keperluan lain  seperti jam, nota, dan buku.

Meja belajar ini juga sangat sesuai untuk mereka yang inginkan konsep minimalis di dalam rumah. Meja ini juga diperbuat dari material yang berkualiti yang mana lebih tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan. Dengan harga yang premium meja jenama ini sangat bagus untuk mereka yang inginkan konsep minimalis di dalam rumah. Untuk butiran lanjut berkenaan meja ini boleh terus tekan butang di bawah.

Meja Pejabat Sokano

Model meja sokano ini adalah berkonsep kan kekemasan dan keselesaan, meja ini mempunyai kaki dan lapisan meja yang tebal dan tahan lasak. Mempunyai ruang meja yang luas sangat sesuai untuk dijadikan meja untuk laptop dan komputer anda.  Keunikan meja ini adalah mempunyai kaki yang tebal dan stabil di sisi kiri dan kanan meja, kaki meja ini direka untuk memberi lebih cekaman pada lantai rumah bagi mengelakkan sebarang gegaran. 

Diperbuat dari bahan kayu yang tahan lasak dan tahan lama, meja ini sangat sesuai dijadikan meja pejabat dan meja belajar di rumah bilik tidur. Untuk maklumat lanjut berkenaan meja ini boleh terus tekan butang di bawah.

Meja Belajar Beroda

Jika dan inginkan meja yang boleh digerakkan di rumah rumah atau pejabat, maka meja ini adalah pilihan terbaik. Dengan adanya roda di bahagian bawah kaki meja ini membolehkan ia digunakan secara bergerak. Selain dijadikan meja study, konsep meja beroda ini juga sesuai untuk dijadikan meja makan.  

Meja ini juga mempunyai ketinggian yang boleh diubah sesuai dengan keadaan semasa penggunaan. Meja ini hadir dengan 3 jenis warna dan boleh didapati dengan harga bawah RM100 sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh tekan butang di bawah untuk terus ke halaman pembelian dalam talian shopee.

Akhir kata

Pemilihan meja study adalah penting bagi memastikan keselesaan bagi para pelajar untuk lebih fokus. Selain itu, meja ini juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti untuk hidangan makanan di dalam bilik dan untuk dijadikan meja komputer. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat dan pilihan untuk anda sebagai pengguna. Selamat membaca.

error: Content is protected !!
Exit mobile version