7 Jenis Pintu Tandas Pilihan Netizen Di Malaysia

Memiliki pintu rumah yang cantik, kemas, dan tahan lama adalah keperluan termasuklah pintu tanda di rumah. Jika diperhatikan pintu tandas sering kali cepat rosak dan tidak tahan lama, ini disebabkan penggunaan tandas yang berulang-ulang oleh seisi keluarga, bahkan jika dikira pintu tandas dibuka dan tutup lebih banyak dari pintu utama rumah.oleh sebab itu, membeli pintu tandas yang kemas dan tahan lama penting untuk kegunaan seisi keluarga anda. 

Di dalam artikel kali ini kami kongsikan beberapa jenis pintu tandas yang menjadi pilihan para nitizen di Malaysia. Semua data yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan daripada laman sesawang jual beli dalam talian shopee.

Pintu Tandas Lipat Pvc

Pintu lipat ini adalah jenis pintu tandas yang paling biasa dilihat terutamanya dalam golongan pertengahan. Pintu ini mempunyai beberapa keping PCV yang di sambungkan bersama untuk membentuk pintu yang boleh dilipat secara zig zag. 

Kelebihan pintu ini adalah anda tidak perlu untuk ambil ruang yang banyak berbanding pintu buka tutup biasa. Selain itu, pintu jenis ini juga selamat terutamanya daripada kemalangan seperti tersepit dan sebagainya. Jelas sekali konsel pintu zig zag ini adalah pilihan ramai untuk dijadikan pintu toilet rumah. Pintu ini mempunyai 5 jenis warna dan 2 jenis ukuran saiz pintu untuk pilihan para pembeli serta telah terjual sebanyak 500 unit dengan lebih 200 rating 5 star di shopee. 

Pintu Tandas Bi-Fold

Selain pintu jenis lipat, pintu toilet jenis Bi-fold ini menjadi pilihan kedua para nitizen. Pintu jenis ini mempunyai fungsi sama seperti pintu lipat iaitu boleh dilipat dan dibuka, tetapi jenis b-fold ini lipatan pintu ialah berbentuk V. Fungsi ini secara tidak langsung menjadikan pintu ini lebih tahan lama berbanding pintu lipat zig-zag dan lebih mahal.

Selain itu, kelebihan pintu ini adalah mempunyai lebih banyak corak dan warna disebabkan permukaannya yang luas. Maka jika anda mementingkan deko dalam rumah anda boleh memilih corak yang sesuai dengan citarasa anda. Pintu ini hadir bersama 18 jenis berlainan corak dan warna untuk pilihan para pembeli.

Pintu Tandas Lipat AE Zimmer

Pintu jenis bi-fold yang kemas dan berkualiti untuk para pengguna. Keistimewaan jenama ini adalah menawarkan pintu lipat bi-fold dengan ciri-ciri berikut:

  • Terbukti tahan lasak dengan uji kaji lebih 200000 kali buka dan tutup tanpa kerosakan
  • Mempunyai penyangkut baju
  • Kekunci diperbuat dari material zink aloi
  • Mempunyai frame pada permukaan pintu
  • Bahagian bawah dan atas terbukti mempunyai kadari geseran yang kurang dan lancar untuk mengelakkan kerosakan.

Jenama ini hadir dengan lebih 11 jenis corak untuk pilihan para pembeli. Harga yang sedikit premium namun pintu ini menyediakan fungsi yang terbaik dan berkualiti untuk pengguna.

Pintu Tandas Lipat PVC chubby.my

Model pintu tandas ini adalah jenis pintu lipat zig zag, tetapi mempunyai kualiti yang baik dan tahan lasak. Kelebihan pintu tanda jenama ini adalah seperti berikut:

  • Jenis hook
  • Ketebalan material 8mm
  • Diperbuat daripada material PVC baru, bukan PVC kitar semula
  • Material tahan UV
  • Sekali set dengan roller 360 yang berkualiti dan lancar
  • Braket atas dan bawah yang tebal dan lasak
  • Pasang siap dengan sangat mudah
  • Jenama yang mendapat tempat di Malaysia dan Singapore

Pintu toilet jenama ini telah terjual sebanyak lebih 100 unit di laman jual beli dalam tali shopee. Set pinti ini hadir bersama 8 jenis corak dan warna, serta menyediakan 2 jenis saiz ukuran. Jika adan ingin pintu tandas lipat zig zag yang berkualiti tahan lasak, makan ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Pintu Tandas Bi Fold Aluminium iDECO

Jenama pintu toilet ini adalah antara yang termahal di dalam pasaran. Harga yang premium ini adalah disebabkan material yang berkualiti dan corak pintu yang menarik untuk set ini. Pintu ini diperbuat daripada material aluminium termasuklah di bahagian permukaan pintu, tambahan pintu ini mempunyai lebih 500 jenis corak dan gambar yang realistik, jadi jika anda yang mencari pintu yang bersesuaian dengan tema bilik mandi, maka produk ini sesuai untuk anda.

Antara kelebihan pintu tanda jenama iDECO adalah:

  • Video cara pasang disediakan
  • Pintu bi fold yang berkualiti
  • 100% bahan aluminium
  • Corak/gambar yang realistik
  • Roller yang tahan lasak

Walaupun dengan harga yang premium, pintu bi fold ini telah terjual sebanyak lebih 500 unit dan memperoleh rating yang baik. Pintu ini juga menawarkan 2 jenis warna iaitu corak warna putih dan silver serta mempunyai saiz M sahaja. Sebarang butiran lanjut anda boleh tekan link di bawah untuk terus menghubungi penjual.

Pintu Tandas Jenis Swing

Walaupun pintu tandas jenis lipat menjadi pilihan ramai, namun kini pintu tolak yang tradisional juga hadir dengan kualiti yang tahan lama dan cantik. Malah jangan terkejut pintu tolak biasa ini juga menawarkan harga yang premium. Pintu ini diperbuat daripada 3 lapisan frame yang tebal dan tahan lasak. Pintu ini juga mempunyai 2 jenis tema corak iaitu warna hitam dan putih.

Antara kelebihan pintu tolak ini adalah

  • Boleh digunakan sebagai pintu utama untuk rumah dan pejabat
  • Lapisan tebal dan tahan lasak
  • Diperbuat dari bahan kalis air
  • Warna dan corak sangat modern dan terbaru

Berita baiknya, produk ini menawarkan penghantaran secara percuma ke seluruh semenanjung. Jika anda ingin mencari pintu rumah, pejabat, dan tanda yang moden dan terkini maka produk ini sesuai untuk anda.

Pintu Tandas PVC Lipat 35″ x 82″

Sama seperti pintu lipat zig zag yang lain, pintu ini mempunyai kelebihan yang sama kecuali mempunyai kekunci yang lebih tahan lasak dan juga magnet di hujung pintu. Set produk ini mempunyai 8 jenis corak dan warna serta 2 jenis ukuran pintu. Pintu ini telah terjual sebanyak 100 unit lebih di shopee dengan rating yang baik.

Perkakas Pintu 

Jika di atas kami kongsikan beberapa jenis pintu tandas yang popular, untuk terakhir ini kami kongsikan pula perkakas roller untuk pintu yang rosak. Sudah menjadi kebiasaan pintu lipat zig zag ataupun bi fold ini akan mengalami kerosakan pada roller jika tidak di selenggara dengan baik. Berita baiknya adalah daripada anda menukar pintu yang menelan kos tinggi, lebih baik anda menukar kompenen-komponen yang rosak sahaja.

Akhir kata

Mempunyai bilik air yang cantik dan kemas adalah impian bagi semua orang. Dengan adanya pintu tandas yang kemas, cantik, tahan lama, dan sesuai dengan tema bilik menjadikan rumah anda lebih selesa untuk berehat bersama keluarga. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan sebelum membeli pintu rumah anda. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version