Table of Contents
Tote bag bukanlah suatu yang asing dalam kalangan kaum wanita, terutamanya bagi mereka yang suka shopping di pasaraya besar. Tote bag ini adalah bag yang boleh memuatkan isi kandungan yang banyak serta mempunyai tempang pemegang di bahagian sisinya. Tote bag ini sinonim sebagai bag untuk meletak barang-barang semasa pembelian. Kelebihan tote bag adalah ia boleh diguna semula berbanding bag plastik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja.
Jenis tote bag ini mempunyai pelbagai variasi yang merangkumi jenis material, saiz, dan juga corak. Kini tote bag juga banyak digunakan selain untuk meletak barang, ia juga sesuai dijadikan perhiasan bilik dan juga hadiah. Tote bag adalah alternatif terbaik kepada penggunaan bag plastik, selain boleh digunakan semula, ia juga diperbuat daripada material kain yang mesra alam.
Tidak dinafikan bag tote ini mula popular selepas trend menukar penggunaan bag plastik ke bag ulang guna, dari situ bermulalah penggunaan tote bag ini. Malah bag ini sangat banyak digunakan dalam kalangan para pelajar untuk ke sekolah. Reka bentuk bag ini yang ringkas dan mudah disimpan menjadikan ia pilihan bagi para pelajar di Malaysia.
3 Jenis Tote Bag Murah Paling Popular
Bag Tote Eksklusif Label Nama
Jika anda inginkan bag tote yang khas dan eksklusif untuk anda, maka bag tote ini yang anda cari. Keunikan bag ini adalah anda boleh memohon untuk meletak nama pada bag anda menjadikan ia lebih eksklusif. Selain daripada kegunaan peribadi, bag tote ini juga bagus untuk dijadikan sebagai hadiah atau cenderama untuk seseorang. Keunikan ini menjadikan bag tote ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah perkahwinan atau hadiah hari jadi seseorang.
Bukan itu sahaja, bag tote ini juga diperbuat dari material yang premium dan berkualiti. Material yang digunakan adalah daripada kulit kayu jute dan sangat sesuai digunakan untuk mengangkat barang-barang berat. Anda boleh perhatikan review positif dari pembeli-pembeli sedia ada yang menyukai bag ini. Untuk makluman anda, bag ini telah terjual sebanyak lebih 11000 unit secara dalam talian shopee. Anda boleh membaca review-review positif di laman penjual tersebut dengan menekan butang di bawah.
Tote Bag Canvas Untuk Pelajar
Terdapat juga jenis tote bag yang dipanggil sebagai tote bag canvas. Sesuai dengan nama, bag ini diperbuat dari material canvas yang tahan lasak dan ringan. Bag tote tidak berkonsepkan mahal, maka ia sesuai dijadikan sebagai bag untuk pergi belajar ataupun digunakan untuk membawa barang.
Keunikan bag tote ini adalah mempunyai lapisan poket di bagian dalamnya, ia boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil di dalam bag. Bag ini mempunyai enam jenis corak pada bag, anda boleh memilih berdasarkan citarasa anda. Untuk makluman, bag tote ini telah terjual sebanyak lebih 7000 secara online. Untuk melihat review-review dari pembeli sediada, anda boleh tekan butang di bawah.
Tote Bag Canvas Sebaguna
Jika anda inginkan tote bag yang mempunyai banyak poket kecil, maka bag ini sesuai untuk anda. Keunikan bag tote ini adalah mempunyai poket-poket di bahagian luarnya, poket-poket ini boleh digunakan untuk mengisi pelbagai barang keperluan anda. Bag ini sesuai untuk fesyen gaya ringkas bagi golongan muda. Ia juga sesuai untuk dijadikan bag untuk melancong atau bercuti.
Bag ini diperbuat daripada material canvas yang sudah terjamin kualitinya. Di bahagian luar bag ini mempunyai tiga legi extra poket kecil, bag ini juga mempunyai zip pada dalamnya, maka barang-barang anda selamat daripada risiko terjatuh atau hilang. Jenis bag tote ini mempunyai lima jenis warna yang cantik dan menarik, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bag ini anda boleh terus ke lama penjual dengan menekan butang di bawah.
Jika dan ingin jenis tote bag yang berlainan daripada senarai di atas, anda boleh menekan butang di bawah untuk terus ke laman carian shopee. Terkini, terdapat pelbagai jenis bag tote dan juga bag jenis lain yang dijual secara dalam talian shopee, nasihat kami agar anda hanya memilih produk yang telah banyak terjual dan mempunyai rating yang bagus dari buyer. Anda juga boleh melihat gambar produk yang telah diterima dari pembeli. Dengan ini sedikit sebanyak boleh memberi keyakinan kepada anda sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Akhir Kata
Bag tote adalah bag pelbagai guna yang bagus untuk semua golongan bukan sahaja untuk kegunaan membeli-belah, malah ia juga baik untuk alam sekitar kerana mengurangkan penggunaan bag plastik. Selain itu, anda juga boleh menjadikan bag tote ini sebagai hadiah ketika di majlis perkahwinan atau majlis hari jadi seseorang. Diharap dengan info di atas serba sedikit membantu anda sebelum membuat keputusan untuk membeli tote bag.