Padanan Warna Baju Dan Tudung

Padanan Warna Baju Dan Tudung Terkini

Padanan warna baju dan tudung adalah penting dalam dalam menjaga keterampilan luaran seseorang terutamanya kaum wanita yang bertudung. Info dan tips padanan jenis warna untuk tudung yang dikongsikan ini boleh dijadikan sebagai rujukan semasa pemilihan baju untuk hari raya, pakaian ke majlis, baju untuk kerja dan sebagainya.

Perlu Matching Warna Baju Dan Tudung?

Jawapn yang pasti adalah “YA” anda perlu memilih warna tudung yang sesuai agar lebih matching warna baju dan tudung yang dipakai. Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan padanan baju ini perlu untuk menaikan keyakinan dan personaliti anda. Teknik matching warna ini perlu kerana:

Sampaikan Mesej
Dengan padanan warna yang betul akan menonjolkan mesej yang betul. Setiap warna mempunyai mesej yang berbeza kepada individu yang melihat warna tersebut. 

Kesan Visual
Dengan kombinasi tonar warna yang betul turut memberikan kesan visual kepada si pemakai. Contohnya, seseorang yang mengenakan warna tonar yang lembut @ pudar akan kelihatan lebih kecil @ kurus. 

Enak Dipandang @ Harmoni
Dengan kombinasi warna yang betul boleh memberikan anda imej yang baik @ sedap mata memandang oleh orang sekeliling. Kombinasi ini disebut sebagai sifat warna harmoni, ia boleh memberikan imej yang positif kepada seseorang. 

3 Tips Padanan Warna Baju Dan Tudung 

Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk kombinasi warna baju dan warna tudung untuk rujukan anda. Tips yang dikongsikan oleh Perunding Imej Puan Mary ini adalah yang paling mudah difahami dan turut sesuai untuk pemilihan warna seperti rumah, bilik, dan lain-lain.

Padanan Warna Neutral & Warna Fesyen.

Asas pemahaman warna adalah ia mempunyai 5 warna neutral, warna-warna ini boleh dikombinasikan dengan mana-mana warna lain. Warna-warna selain daripada warna neutral ini dikenali dengan nama warna fashion. 

5 Jenis Warna Neutral:  

  • Hitam
  • Putih ‘
  • Kelabu
  • Biru Navy
  • Perang

Keunikan warna neutral ini adalah ia lembut, harmoni apabila dikombinasikan, dan yang paling penting ia mudah untuk dipadankan dengan warna neutral dan warna fashion. 

3 Warna Tonar Sahaja

Tips seterusnya adalah dengan menggunakan kombinasi warna yang sama tetapi berlainan tonar. Setiap warna mempunyai beberapa lagi tonar yang berlainan. Contohnya warna biru mempunyai tonar:

  • Biru muda
  • Biru gelap
  • Biru terang
  • Biru kusam

Kombinasi tonar-tonar warna ini menjadikan tudung dan baju anda nampak lebih sepadan antara satu dengan yang lain. Namun begitu, pastikan anda sepadankan maksima 3 jenis tonar sahaja dalam satu-satu masa.

Teknik Roda Warna @ Analog

Untuk teknik padanan ini anda perlu merujuk roda warna yang mempunyai 12 jenis warna padanya. Terdapat banyak cara dan info berkenaan teknik roda warna ini, namun disini kami kongsikan yang paling mudah dan simple sahaja.

Padanan Warna Baju Dan Tudung

Untuk kombinasi baju dan tudung yang menarik, caranya adalah dengan menggunakan kombinasi warna yang bersebelahan di dalam roda warna. Contohnya warna kuning sesuai dipadankan dengan warna kuning orange.

Rujukan bergambar padanan warna tudung & baju (Kredit Puan Mary)

Padanan Warna Baju Dan Tudung
Padanan Warna Baju Dan Tudung
Padanan Warna Baju Dan Tudung
Padanan Warna Baju Dan Tudung
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Tudung Murah : https://shp.ee/qm42c9m

Jarum Peniti : https://shp.ee/sudvaz5

Akhir Kata

Setiap wanita yang bertudung mesti mempunyai kombinasi baju dan tudung yang sesuai agar lebih yakin apabila keluar rumah. Tambahan dengan kombinasi yang betul boleh menjaga imej seseorang untuk lebih yakin dan berkaliber di tempat kerja. Untuk rujukan lebih detail anda boleh membaca artikel baju baby blue tudung warna apa. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top