Table of Contents
Bagi yang mempunyai baju hijau tudung warna apa yang sepadan? Boleh ke hanya guna warna hijau yang berlainan tonar? Busana yang berwarna hijau ini biasanya kerap dijadikan sebagai pakaian rasmi untuk ke pejabat dan untuk urusan kerja. Oleh itu, baju dan tudung perlulah nampak sepadan.
Baju hijau ini boleh dipadankan dengan tudung yang berwarna hijau berlainan tonar. Tetapi, sebenarnya anda masih boleh kombinasikan lagi beberapa warna untuk lebih kelihatan kemas dan cantik. Caranya adalah dengan menggunakan colour wheel yang akan ditunjukkan dalam artikel ini, teruskan membaca ya..
Kenali Warna Hijau @ Green
Hijau adalah hasil daripada kombinasi dua jenis warna iaitu biru dan kuning. Terdapat beberapa lagi jenis warna hijau yang berlainan tonar, cahaya, dan kecerahan. Warna hijau ini bersifat semulajadi dan boleh membawa mesej alam semulajadi, tumbuhan dan harmoni.
Warna hijau ini juga sesuai untuk dijadikan warna untuk menyampai mesej pembaharuan tenaga dan kebersihan persekitaran sekeliling. Selain itu, ia juga simbol kepada kewangan, cita-cita dan juga sifat cemburu. Seseorang yang meminati warna hijau ini juga dikenali dengan sifat optimis.
Padanan Baju hijau Tudung Warna Apa?
Selain warna biru, warna hijau juga adalah sejenis warna yang sering dikenakan oleh golongan wanita. Kerap kali warna ini dijadikan warna tema untuk hari raya setiap tahun. Bagi busana wanita pastinya memerlukan beberapa jenis warna tudung yang boleh digabungkan bersama warna baju warna hijau.
Mengikut rujukan colour wheel, warna hijau ini sebenarnya boleh dipadankan dengan beberapa lagi warna untuk kelihatan lebih cantik. Selain itu, kombinasi ini juga boleh dijadikan tema untuk pakaian harian anda. Berikut kami kongsikan beberapa kombinasi warna yang boleh dijadikan rujukan warna tudung untuk baju hijau anda. Hijau Code : #00FF00
Kombinasi Warna Analog
Shade of green-cyan
#0DFF96
Shade of green
#0CE84A
Shade of green
#59E80C
Shade of yellow-green
#B6FF0D
Kombinasi Warna Monochromatic
Medium dark shade of green
#008000
Medium light shade of green
#4DFF4D
Medium dark shade of green
#268026
Medium dark shade of green
#00CC00
Kombinasi Warna Complementary
Medium dark shade of green
#00B300
Shade of green
#19FF19
Medium dark shade of pink
#B30059
Shade of magenta-pink
#FF0080
Kombinasi Warna Split Complementary
Medium dark shade of magenta
#8712B3
Shade of magenta
#BD0DFF
Medium dark shade of red
#B32912
Shade of red
#FF300D
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..
Baju Kurung Hijau : https://shp.ee/b26j8x7
Tudung Murah : https://shp.ee/qm42c9m
Jarum Peniti : https://shp.ee/sudvaz5
Akhir Kata
Dengan rujukan colour wheel ini boleh memberikan anda lebih banyak idea untuk pilihan warna tudung anda. Anda boleh memilih salah satu daripada padanan warna di atas untuk dijadikan tema busana harian anda. Jika anda mempunyai baju berwarna hitam, dan boleh merujuk artikel baju hitam tudung warna apa untuk lebih banyak pilihan warna tudung.