5 Cincin Belah Rotan Pilihan Netizen Malaysia

Bagi masyarakat melayu cincin ini sangat sinonim dijadikan sebagai tanda kepada seseorang yang telah bertunang mahupun sudah berkahwin. Salah satu jenis cincin yang digunakan adalah cincin belah rotan. Cincin belah rotan adalah sejenis rotan yang digunakan ketika merisik seseorang, disebabkan itu terdapat banyak pilihan cincin belah rotan yang terdapat di pasaran masa kini. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis cincin belah rotan yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia.

Jenis-jenis cincin kahwin

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa terdapat beberapa jenis cincin kawin yang berlainan nama dan ciri-ciri, sesuai dengan kegunaannya untuk merisik, meminang, dan berkahwin. Bakal-bakal pengantin yang ingin menjalani proses rumah tangga harus terlebih dahulu mengetahui keperluan dalam mengenakan cincin yang betul ketika merisik, meminang, dan berkahwin.

Cincin Merisik 

Permulaan dalam proses kawin adalah merisik, cincin merisik ini dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupun nama belah rotan, namun cincin ini tidak mempunyai sebarang bahan dari rotan. Ia mempunyai ciri-ciri yang ringkas dan simpel, tidak mempunyai batu berlian ataupun corak yang menonjol pada permukaan. Cincin ini akan disarungkan kepada gadis sebagai tanda bahawa sudah dirisik. 

Cincin Tunang

Cincin seterusnya adalah cincin tunang, ciri-ciri cincin tunang adalah mempunyai barisan batu berlian yang disusun secara memanjang atau menjajar sepanjang permukaan cincin. Kebiasaannya batu berlian ini bersaiz kecil sahaja, cincin tunang ini mempunyai corak yang lebih sedikit berbanding cincin merisik yang hanya ringkas dan kosong sahaja. Ada juga pasangan tidak memerlukan cincin tunang memandangkan selepas merisik terus mengadakan majlis perkahwinan.

Cincin Nikah

Akhir sekali adalah cincin nikah, ciri utama cincin nikah adalah mempunyai batu permata yang besar pada permukaan luarnya. Cincin ini kebiasaan ya ringkas sahaja kecuali pada bahagian batu permata yang mempunyai corak dan hiasan yang cantik dan menarik. Kebanyakan cincin nikah ini diperbuat daripada emas putih kerana kelihatan lebih cantik dan sesuai untuk majlis perkahwinan. 

Cincin belah rotan paling popular di Malaysia

Cincin Belah Rotan Kosong & Simple

Cincin belah rotan adalah cincin yang mempunyai ciri-ciri yang ringkas dan simple. Secara asasnya cincin ini mempunyai luaran yang kosong sahaja. Jika anda inginkan cincin belah rotan yang kosong maka cincin jenis ini sesuai untuk anda. Cincin ini diperbuat daripada emas 916 tulin, cincin ini mempunyai banyak pilihan dari segi saiznya, anda boleh memilih mengikut saiz jari anda. Cincin ini telah terjual sebanyak lebih 300 unit di laman jualan shopee dan telah mendapat rating jualan yang baik. Untuk melihat review dari pembeli shopee anda boleh terus tekan butang di bawah.

Cincin Belah Rotan 916 Corak Terkini

Anda juga boleh memiliki cincin belah rotan yang mempunyai corak terkini di shopee. Keunikan cincin ini adalah mempunyai corak yang cantik di permukaan walaupun ringkas dan kosong. Cincin ini juga diperbuat daripada emas 916 original dan dijual dengan harga yang mampu beli. Sebelum anda membuat belian, di nasihatkan terlebih dahulu agar anda mengetahui berapa ukuran cincin yang sesuai untuk anda. Jika anda memerlukan sebarang bantuan anda boleh terus tekan link di bawah untuk terus ke laman penjual.

Cincin Belah Rotan Pasir

Walaupun cincin belah rotan mempunyai corak yang kosong, namun terdapat juga jenis belah rotan yang mempunyai corak berpasir di luarannya. Corak pasir di permukaan luarnya menjadikan cincin ini lebih cantik dan menyerlah kepada si pemakai. 

  • Mempunyai pelbagai ukuran
  • Boleh request ukuran anda
  • Diperbuat dari emas 916

Jika anda berminat untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan cincin ini anda boleh terus tekan butang di bawah untuk ke laman penjual shopee.

Cincin Belah Rotan Pelbagai Corak

Cincin belah rotan ini mempunyai pelbagai corak yang boleh dipilih mengikut citarasa anda. Cincin ini adalah cincin kosong seperti cincin belah rotan yang lain tetapi mempunyai empat corak yang berbeza. Selain itu, cincin ini juga menawarkan harga yang murah dan mampu beli.

  • Postage dalam 24 jam selepas pembelian
  • 100% cincin terbaru
  • Tiada alahan produk
  • Mudah dibersihkan

Jika anda berminat anda boleh terus ke laman penjual dengan menekan butang di bawah, untuk membuat pembelian anda boleh memilih jenis corak yang ada dan memilih ukuran saiz jari anda.

Cincin Belah Rotan Lebar

Terdapat juga jenis cincin belah rotan yang beraiz lebar untuk si pemakai, keunikan ini menjadikan cincin ini lebih menyerlah disertakan dengan corak yang cantik. Disebabkan cincin ini bersaiz lebih besar berbanding ukuran biasa, maka ia boleh didapati dengan harga yang premium.

  • Diperbuat daripada 100% emas tulin
  • Emas 916
  • Bernilai untuk digadaikan

Cincin ini mempunyai beberapa jenis harga bergantung kepada berat dan ukuran satu-satu cincin. Jika anda bercadang untuk mempunyai cincin belah rotan lebar maka anda boleh terus tekan butang di bawah untuk terus ke laman penjual di shopee. 

Akhir kata

Terdapat pelbagai jenis cincin belah rotan yang terdapat di pasaran masa kini, anda sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat sebarang pembelian secara dalam talian apatah lagi jika ia melibatkan barangan berharga seperti cincin emas. Diharap dengan info di atas membantu anda dalam mencari penjual cincin belah rotan yang berkualiti dan dipercayai. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version