Table of Contents
Kredit anda habis dan nak tahu cara share kredit Celcom yang betul dan terkini. Jika anda pengguna sim prepaid pastinya sukar apabila kredit habis atau tamat tempoh tanpa anda sempat untuk topup. Inilah masalah yang kerap berlaku kepada pengguna sim prepaid, disebabkan itu, kini pihak telco Celcom telah menyediakan cara untuk mengatasi masalah ini. Terdapat dua cara yang boleh digunakan adalah:
- Share Kredit Celcom
- Pinjam Kredit @ Sos Top Up Celcom
Hampir semua telco di Malaysia menawarkan khidmat share kredit dan SOS Top Up ini. Jadi jika anda pengguna sim prepaid dan terlupa nak top up atau kredit habis, jangan risau kerana ada pilihan untuk share kredit dan pinjam kredit untuk anda. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara share kredit celcom dan cara pinjam kredit celcom.
Share kredit Celcom @ Share Top Up
Jika anda kehabisan kredit @ tamat tempoh anda boleh pinjam kredit @ top up daripada pengguna sim Celcom lain. Atau anda boleh share kredit anda kepada pengguna Celcom yang kehabisan kredit @ top up.
Syarat untuk share kredit adalah:
- Jumlah share boleh sehingga RM25 kredit untuk sekali share dan maksima RM100 kredit dalam sehari.
- Untuk setiap share kredit yang berjaya, caj RM0.50 akan dikenakan.
Cara Share Kredit Celcom Guna Apps
Cara paling mudah adalah dengan melalui Apps rasmi Celcom iaitu Celcom Life. di dalam App Celcom Life mempunyai feature tambah nilai pra bayar. Jadi anda boleh menggunakan Prepaid Reload ini untuk top up kredit ke nombor kawan-kawan atau keluarga yang memerlukan kredit.
- Buka Apps Celcom Life.
- Buka Prepaid Reload
- Masukkan nombor mobile untuk share kredit
- Pilih jumlah kredit
- Teruskan dengan pembayaran.
Setelah selesai pembayaran, jumlah top up akan terus dikreditkan ke nombor yang anda letakkan tadi.
Cara Share Kredit Celcom Guna SMS
Anda juga boleh share kredit celcom dengan menggunakan sistem SMS. cara ini snagat mudah iaitu anda hanya perlu nyatakan jumlah amount kredit untuk diberi dan nombor untuk share kredit.
Menggunakan SMS juga anda boleh request untuk pinjam kredit kepada kawan-kawan atau keluarga anda. Berikut adalah cara-cara untuk share kredit dan request kredit celcom.
Cara Share kredit;
- Taip kod RM<amount>
- Sent ke nombor untuk share kredit
- Contoh : RM20 sent ke 12345678910
- Nombor penerima kredit akan menerima SMS untuk rujukan lanjut
Cara Request kredit:
- Taip kod RM<amount>
- Sent ke nombor untuk minta/request kredit
- Contoh : RQ RM20 sent ke 12345678910
- Nombor request kredit akan menerima SMS untuk rujukan lanjut
Cara Share Kredit Celcom Guna USSD Dial
Jika anda tidak mahu menggunakan dua cara di atas, anda masih boleh share kredit melalui USSD dial. Caranya sangat mudah iaitu:
- Dail *365*4*2# > Pilih 1 untuk ‘Pindah Kredit’ > Balas dengan jumlah kredit dan nombor telefon untuk pindahkan kredit > Pilih 1 untuk meneruskan transaksi.
Pinjam Kredit Celcom @ Celcom SOS Top Up
Salah satu cara lagi adalah ada boleh mohon untuk pinjam dahulu kredit dari pihak Celcom. Atau dipanggil Celcom Credit Advance. Potongan jumlah top up dan caj akan berlaku setelah anda top up semula nanti.
Syarat untuk Pinjam Kredit Celcom @ Celcom SOS Top Up adalah:
- Nombor celcom prepaid anda mestilah aktif
- Tiada tunggakan Pinjaman Kredit SOS Top Up yang sebelumnya. (jika ada)
- Baki kredit semasa bawah RM0.50
- Anda bukan pengguna Celcom FIRST Prabayar, Celcom IOX Disposable & Celcom Traveler SIM.
Jika anda tiada kawan atau keluarga yang boleh share kredit kepada anda, anda boleh menggunakan cara pinjam kredit ini. Terdapat 2 cara untuk mohon Celcom Credit Advance iaitu:
SOS Top Up Celcom Melalui SMS
Untuk mendapatkan Credit Advance (SOS Top Up) dari Celcom, ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi SMS
- Taip kod samada ADV2, ADV5, atau ADV10 mengikut jumlah yang anda inginkan.
- Hantar SMS tersebut ke nombor 22262.
- Tunggu pengesahan topup.
- Semak semula baki kredit anda untuk pastikan topup berjaya.
- Proses SOS Top Up Celcom anda kini berjaya.
Contoh:
– Untuk mendapatkan RM2, taip ADV2 dan hantar ke 22262.
– Untuk mendapatkan RM5, taip ADV5 dan hantar ke 22262.
– Untuk mendapatkan RM10, taip ADV10 dan hantar ke 22262.
SOS Top Up Celcom Melalui Apps Celcom Life
Untuk memohon Credit Advance (SOS Top Up) melalui aplikasi Celcom Life, anda boleh ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Celcom Life.
- Pilih menu My Services.
- Pilih Credit Advance
- Masukkan jumlah kredit yang ingin anda pinjam.
- Tempoh aktif untuk kredit yang dipinjam bergantung kepada nilai yang dipinjam. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak RM10 mempunyai tempoh aktif selama 10 hari.
- Pastikan catat berapa jumlah SOS top up beserta caj yang dikenakan nanti. **caj akan berubah mengikut masa dan keadaan.
Akhir Kata
Dengan adanya khidmat share kredit dan sos top up ini membolehkan pengguna sim prepaid lebih mudah untuk top up ketika dalam keadaan kecemasan dan terdesak. Tambahan pula keperluan gajet dan internet yang pesat ini sangat memerlukan penggunaan sim yang aktif. Nak lebih banyak info jom baca cara buat duit online. Semoga bermanfaat!