kereta control

4 Jenis Kereta Control @ Kereta Kawalan Jauh Di Malaysia

Kereta control adalah salah satu permainan masa kini yang boleh dijadikan sebagai hobi di masa lapang. Kereta control atau biasa dikenali dengan panggilan kereta kawalan jauh ini kian mendapat tempat dalam kalangan orang ramai apatah lagi dengan munculnya banyak persatuan dan kelab berlatar belakangkan kereta kawalan jauh. 

Di dalam artikel ini membincangkan 5 jenis kereta kawalan jauh yang popular di dunia.

Saiz kereta control


Sebelum itu, jika anda masih baru dalam dunia kereta kawalan jauh anda harus terlebih dahulu tahu berkenaan saiz kereta control anda. Jangan terkejut bahawa saiz ini adalah nisbah berbandingan yang sama pada kereta sebenar. Antara nisbah yang boleh popular digunakan adalah:

  • 1:6
  • 1:8
  • 1:10
  • 1:12

Nisbah saiz ini adalah berdasarkan saiz sebenar jenis kereta itu sendiri berbanding kereta control yang dijual. Nisbah saiz yang paling popular adalah 1:10 kerana nisbah ini adalah yang paling biasa dijual dan paling sesuai dengan permainan jalan raya di malaysia. Nisbah ini juga merujuk kepada kelajuan, berat, dan komponen-komponen yang ada pada kereta control itu sendiri.

4 jenis kereta control yang popular di dunia


RC Touring Car


Kereta control jenis ini adalah yang paling biasa dijual dan paling ramai digunakan oleh pemain kereta kawalan jauh. Kereta kawalan jauh jenis ini sesuai digunakan di atas jalan tar seperti kereta sebenar. Kereta ini mempunyai badan yang rendah yang direka agar mempunyai kelajuan yang tinggi. Tayar kereta control ini dibuat dari getah, namun anda boleh juga menggantikan dengan tayar foam. 

Kekurangan kereta kawalan jauh jenis ini adalah hanya sesuai untuk jalan yang rata sahaja, tidak sesuai untuk jalan yang mencabar seperti bukit, pasir, rumput, dan batu bata. 

RC Buggy


Kereta control ini adalah direka untuk semua jenis jalan (all-terrain) termasuk jalan pasir, jalan berbatu, jalan bukit dan sebagainya. Jika anda inginkan kereta kawalan jauh yang tahan lasak dan mencabar maka kereta inilah yang sesuai. Kelebihan kereta control ini adalah kerana mempunyai penyerap (absorber) yang besar yang boleh menyerap tekanan dari jalan yang tidak rata. Selain itu, penggunaan saiz tayar yang besar dan pejal juga menjadikan kereta ini “selesa” di laluan yang mencabar. 

RC Trucks


Selain rc buggy, rc trucks juga sesuai untuk jalan yang tahan lasak dan mencabar. Ini kerana kereta control ini juga mempunyai penyerap (absorber) yang besar dan boleh menyerap tekanan pada jalan yang tidak rata. Kelainan rc trucks ini adalah badan kereta yang terletak lebih tinggi, ini sesuai dengan namanya “truck” yang mena berfungsi untuk membawa barang.

RC Crawler


RC Crawler pula adalah jenis kereta control yang direka khas untuk jalan yang berbukit. Kereta kawalan jauh ini mempunyai tayar dan absorber yang kuat dan lebih ringan berbanding kereta kawalan jauh yang lain. Kekurangan kereta control jenis ini adalah ia tidak mempunyai kelajuan yang tinggi dan hanya fokus untuk jalan mendaki bukit sahaja.  

Anda berminat untuk dapatkan kereta control pada harga mampu beli? Tekan link promo shopee di bawah : https://shp.ee/35vpqwk

Kereta control paling laju 


Berdasarkan jenis kereta kawalan jauh di atas maka boleh dilihat jika anda ingin kereta control laju maka RC Touring Car adalah pilihan terbaik untuk anda. Reka bentuk kereta ini yang rendah bertujuan untuk mencapai kelajuan yang tinggi di atas jalan. 

Berita baik jika anda berniat untuk membeli kereta kawalan jauh jenis ini, anda boleh membuat membelian di shopee, yang menariknya anda boleh memilih pelbagai jenis kereta kawalan jauh di shopee dengan harga yang berpatutan. 

Akhir kata


Hobi bermain kereta kawalan jauh bukanlah suatu yang asing di malaysia, kini terdapat banyak kelab-kelab yang berkaitan yang boleh anda jadikan sebagi rujukan. Yang pasti sebelum anda memasuki sebarang jenis hobi anda harus terlebih dahulu asas dan info-info berkaitan aktiviti tersebut.  Semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top