Table of Contents
Terdapat beberapa cara untuk buat duit online tanpa modal yang boleh anda lakukan hanya melalui telefon pintar sahaja. Dengan perkembangan pengguna gadget dan internet menjadikan pembelian atas talian atau online shopping semakin meningkat. Lantaran itu, terdapat banyak peluang buat duit online yang orang ramai boleh buat di rumah sahaja.
Secara umumnya, buat duit online ini telah bermula di zaman search engine lagi iaitu Yahoo dan Google. Pada masa itu tidak ramai yang memcuburi bidang ini kerana memerlukan kepakaran untuk membuat website.
Namun kini dengan pesatnya penggunaan media sosial dan ecommerce membolehkan ramai pengguna terjun ke bidang buat duit secara dalam talian. Di dalam artikel ini kami akan kongsikan cara buat duit tanpa modal di dua platform popular iaitu Shopee dan Tiktok Malaysia.
Kelebihan Buat Duit Secara Dalam Talian @ Online.
Jika anda baru sahaja in mencuburi kerjaya buat duit dalam talian ini pastinya nak tahu kelebihan apabila boleh menjana pendapatan secara dalam talian ini. Antara kelebihan menjana pendapatan dalam talian ini adalah:
Boleh bekerja sendiri
Dengan menjana pendapatan online sebenarnya anda sedang bekerja untuk diri sendiri @ self employed. Ini bermakna anda perlu tentukan sendiri halajutu bisnes anda, seperti produk apa nak jual? Berapa income hari ini? Berapa modal dan sebagainya. Oleh itu, buat duit online ini sangat sesuai dengan jiwa seorang yang nak berniaga.
Waktu kerja lebih fleksibel
Antara kelebihan buat duit dalam talian ini adalah anda boleh tentukan sendiri waktu kerja harian anda. Sebagai seorang self employee, anda perlu bahagikan masa anda untuk bekerja dan rehat. Dengan membahagi masa harian anda ini menjadikan anda lebih rasa bebas berbanding bekerja dengan orang.
Apabila bekerja sendiri anda dibayar berdasarkan jumlah jualan harian anda berbanding bekerja dengan orang anda dibayar berdasarkan jumlah waktu anda bekerja.
Tentukan pendapatan anda sendiri
Antara keseronokan bekerja sendiri adalah anda boleh tentukan sendiri berapa gaji anda nak capai. Apabila bekerja sendiri tidak had maksima untuk anda memperoleh pendapatan, anda tentukan sendiri gaji anda, anda buat dan usaha, inshAllah anda dapat.
Anda tentukan sahaja berapa nak sehari, seperti RM50 sehari, RM200 sehari, atau RM1000 sehari. Selepas tetapkan pendapatan anda, anda hanya perlu buat marketing secara konsisten untuk mencapai target gaji anda. Marketing inilah part yang paling penting yang saya akan kongsikan di dalam artikel ini.
Cara Buat Duit Online Tanpa Modal di Shopee & Tiktok
Di dalam artikel ini kami akan fokuskan cara buat duit di Shopee dan juga di Tiktok. Ini kerana 2 platform ini adalah yang paling popular berbanding platform lain. Shopee adalah laman e commerce manakala Tiktok pula adalah laman sosial yang popular. Saya yakin pasti anda sudah mengenali kedua-dua platform ini bahkan mungkin pernah beberapa shopping di sana.
Affiliate Tanpa Modal di Tiktok & Shopee
Sebenarnya anda masih boleh menjana duit online walaupun tanpa memegang stok barang. cara nya adalah dengan menjadi affiliate kepada produk yang anda ingin jual. Cara ini adalah yang sedang trending di Tiktok dan Shopee sekarang ini.
Setelah menjadi affiliate, anda hanya perlu promote bag kuning (di Tiktok) dan link affiliate (di Shopee). Jika terdapat pembelian melalui bag kuning atau affiliate link, anda sebagai affiliate akan mendapat komisen.
Dropship Tanpa Modal di Titkok & Shopee
Dropship adalah salah satu cara buat duit di internet yang popular sebelum affiliate. Kaedah dropship ini masih sama, anda tidak perlu memegang stok produk sebaliknya anda hanya perlu fokus menjual di Tiktok atau Shopee. Jika ada pesanan anda hanya perlu menghantar detail pembeli kepada vendor produk untuk urusan postage.
Cara dropship ini semakin kurang diminati kerana memerlukan teknikal untuk listing, berbanding affiliate anda hanya perlu promote link atau letak bag kuning sahaja. Oleh itu, saya cadangkan anda fokus kepada affiliate sahaja kerana lebih mudah.
Cara Marketing Melalui Content
Setelah anda mendaftar sebagai affiliate, kini anda boleh terus melakukan pemasaran di laman sosial. Cara terbaik untuk promote barang-barang anda jual samada affiliate, dropship, ataupon barang sendiri adalah dengan melalui cara mencipta content yang bermanfaat untuk penonton.
Content marketing yang mempunyai nilai tambah dan bermanfaat untuk ditonton adalah cara mempromosi yang terbaik kerana content-content ini lebih tahan lama berbanding content kontroversi dan mengharapkan viral semata-mata.
Cara promote affiliate Shopee
Untuk affiliate shopee anda boleh melakukan promosi link affiliate di laman facebook, instagram, tiktok, youtube, dan banyak lagi. Anda hanya perlu pilih produk yang bagus, create link affiliate dan boleh mulakan mencipta content yang bagus. Untuk affiliate Shopee anda dicadangkan untuk mempromosi link affiliate di platform berikut:
- Live di Shopee
- Facebook Group
- Tiktok (letak link di bio)
- Instagram (letak link di bio)
- Telegram (kena kumpul follower dahulu)
Berikut pula adalah beberapa contoh tajuk content yang bagus:
- 5 kedai baby murah di Shopee
- 7 kedai bag tangan murah di Shopee
- 3 kedai barang dapur harga murah di Shopee
Terdapat banyak lagi idea-idea content yang bermanfaat yang boleh cipta. Pastikan content-content ini diposting dan dipromosikan di Grup Facebook yang percuma. Pastikan konsisten untuk hasilkan result yang berpanjangan.
Cara promote affiliate Tiktok
Berbeza pula di tiktok, sebagai affiliate anda hanya perlu melakukan pemasaran di dalam laman Tiktok sahaja. Terdapat dua cara pemasaran yang anda boleh lakukan iaitu:
- Mencipta video tiktok yang menarik dan bermanfaat
- Promote link affiliate melalui siaran langsung @ Live di tiktok
Anda boleh memilih salah satu daripada 2 cara di atas, anda hanya perlu add bag kuning pada video dan live anda untuk menjual sebagai affiliate. Pastikan live dan video tiktok anda tidak melanggar rule di tiktok. Ini penting kerana laman tiktok juga terkenal dengan ban user tanpa notis. Sebagai affiliate segala komisen yang terkumpul akan burn jika di ban oleh tiktok.
Akhir Kata
Terdapat banyak cara menjana pendapatan secara dalam talian atau online yang boleh dibuat. Info yang saya sampaikan ini adalah cara mudah buat duit online yang telah terbukti berjaya. Malah jangan terkejut terdapat affiliate yang menjana komisen puluhan ribu setiap bulan hanya dengan mempromosi barang affiliate sahaja. Jom baca artikel seterusnya cara memperkenalkan diri semasa temuduga. Semoga bermanfaat