7 Baju Hujan Terbaik Malaysia

Table of Contents

Baju hujan adalah antara keperluan yang wajib terutamanya bagi seorang pembonceng motosikal memandangkan iklim negara Malaysia yang sentiasa hujan dan mendung. Sebagai seorang pembonceng motosikal atau rider perlulah menyediakan baju hujan yang sesuai dengan saiz dan jenis motorsikal agar selesa untuk digunakan dan mudah untuk dibawa. 

Selain itu, pemilihan baju hujan yang berkualiti juga penting agar lebih tahan lama dan mudah tidak mudah rosak. Di dalam artikle ini membincangkan 7 jenis baju hujan yang boleh menjadi pilihan anda. 

Baju Hujan Benkia Premium Raincoat

Baju hujan benkia ini adalah baju hujan premium bagi membonceng motosikal. Baju hujan ini juga mempunyai bentuk penutup kepala hoodie menjadikan ia lebih bergaya bila dikenakan. Seluar hujannya pula mempunyai ruang lebihan kali pada bahagian bawah celah kankang untuk mengelakkan seluar hujan daripada terkoyak ketika menunggang motosikal. 

Baju Hujan Givi

Baju hujan jenama givi juga tidak asing dalam kalangan pembonceng motosikal di Malaysia. Baju hujan givi ini hadir bersama material yang berkualiti dan set pakaian yang kemas dan menarik. Mempunyai jalur garisan pantulan cahaya sangat sesuai digunakan pada waktu malam. Hadri dengan enam saiz untuk pilihan pengguna. 

Baju Hujan Arai 2 Layer Raincoat

Baju hujan arai adalah jenama yang popular di Malaysia dan menjadi pilihan sebagai baju hutan motor. Baju hujan ini mempunyai 2 lapisan dan datang dengar topi hujan. Baju hujan arai ini mempunyai kain yang selesa dan tidak tebal, yang paling penting baju hujan ini mempunyai garisan pantulan cahaya sesuai untuk digunakan jika hujan pada waktu malam.

Baju hutan arai juga mempunyai poket yang sesuai untuk tujuan menyimpan barang-barang keperluan ketika hujan. Setiap pembelian baju hujan ini akan disertakan dengan seluar hujan yang boleh dipakai bersama ketika hujan. Baju hujan arai mempunyai 5 jenis saiz yang anda boleh pilih bersesuaian dengan saiz anda.

Baju Hujan Yamaha Raincoat

Jenama yamaha juga mempunyai baju hujan yang popular dalam kalangan pembonceng motosikal. Baju hujan yamaha ini mempunyai 2 jenis warna iaitu warna merah dan warna biru, ia turut hadir dalam satu set bersama seluar hujan. Yang menjadikan baju hujan yamaha lebih unik apabila jenama ini turut mereka kasut hujan. Kasut hujan yamaha ini boleh didapati berasingan dengan set baju dan seluar hujan. 

Baju Hujan Mhr R12 2 Layer

Baju hujan jenama mhr ini boleh menjadi pilihan baik kepada mereka yang mencari set pakaian hujan bawah RM100. Setanding dengan harga yang ditawarkan, baju hujan ini hadir dengan material yang sederhana sahaja. Mempunyai zip di bahagian depan baju serta terdapat garis pantulan cahaya di bahagian belakang baju.

Baju Hujan Foxdry Raincoat Rain

Baju hujan foxdry ini menjadi pilihan ramai disebabkan menawarkan harga bawah RM100 dengan kualiti yang bagus. Bahu hujan jenama ini datang dengan 4 set iaitu baju hujan, seluar hujan, bag kalis air, dan pouch kalis air. Mempunyai poket pada bahagian dalam baju agar lebih selamat daripada terkena hujan, baju hujan ini juga mempunyai 2 lapisan zip bagi pada bahagian depan. Baju hujan ini hadir dengan 4 saiz beserta 3 jenis warna untuk pilihan para pembeli. 

Baju Hujan Star Field Knight Rain

Baju hujan star field knight adalah berkonsepkan baju hujan hoodie. Baju ini sesuai dikenakan kepada mereka yang mementingkan personaliti setiap masa walaupun ketika hujan. Bahagian penutup kepala baju hujan ini boleh dilipat dan disimpan ke belakang dan memiliki getah di bahagian pergelangan tangan. 

Baju hujan ini direka dengan material yang lembut dan mempunyai lapisan net di bahagian dalam. Terdapat juga garisan pantulan cahaya pada baju dan seluar menjadikan ia selamat digunakan pada waktu malam, baju hujan ini hadir 1 set bersama seluar hujan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top